Home Novel Cinta Back To February
Back To February
Scarlet
22/7/2019 20:03:32
614
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Zafril masih lagi merenung tajam ke arah ku. Pergelangan tangan aku di pengang erat.


"Lepaslah!" Tangan, aku rentap kuat.


"Tak payah kerja orang yang tak nak dekat kau." Kali ni suaranya sedikit perlahan.


"Sama macam kau? Mungkin kau pun aku patut berhenti kejar."


"Apa kau cakap ni?"


Aku terdiam seketika. Tunduk.


"Entahlah. Fikiran aku bercelaru sangat. Dulu bila aku tak ada kawan. Cara untuk tenangkan hati. Aku selalu tengok kau senyum, ketawa dengan kawan kau. Dan akhirnya aku dapat juga bercakap dengan kau. Tapi tipis sangat masa yang aku dapat bila tiba-tiba kau hilang." Mata memandang Zafril.


"Tapi.. bila kau muncul. Sikap kau? Cara kau bercakap sekarang. Terlampau banyak persoalan dalam kepala aku ni. Mungkin Zafril yang dulu dah tak ada. Aku... Entahlah. Abaikan jelah aku cakap."


Perlahan-lahan aku berjalan. Tapi tangan aku sempat di tarik olehnya.


"11 pagi. Dekat taman. Kau tunggu?"


Aku menoleh ke arahnya.


"Ye Zafril. 2 jam aku tunggu. Tapi kau tak datang. Aku cuma fikir, mungkin kau ada urusan."


"Maaf." Perlahan-lahan tangan di lepaskan. Punggungnya di labuhkan pada anak tangga.


"Masa aku nak keluar tu. Ibu dengan ayah aku bergaduh. Jadi aku cuba tenangkan mereka. Tapi perkara jadi semakin rumit bila aku campur tangan dan masa itu jugalah, ayah melafaskan cerai." Kepalanya di sandarkan pada besi tangga. Aku turut simpati dengan keadaannya.


"Zafril." Aku cuba dekatkan diri pada dia.


Tiba-tiba dahi aku di jentik. Lagi sekali.


"Adurh! Kau kenapa?!" Tangan aku tekup pada dahi.


"Kan aku cakap panggil aku Iman."


"Suka hati aku lah nak panggil apa!" Laju langkah aku menuruni tangga sambil kaki di hentak kuat. Dia ni kadang-kadang annoying juga. Ergg! Geram pulak aku!


'[email protected]#$/^&*()'


Omel ku seorang diri.


Zafril hanya senyum melihat gelagat Tia.


"Tia. Tia." Zafril menggeleng kepalanya.


"Tunggulah aku. Laju-laju nak ke mana?" Jerit Zafril.


Walaupun Zafril sedikit berubah sekarang. Tapi mungkin aku akan biasakan diri dengan Zafril yang sekarang.


Mungkin ada sesuatu sebalik Iman.


***


6 Febuari 2010.


Hari Sabtu.
Kasut sukan adidas aku sarung. Siap sedia untuk jogging.


Bbrrr.


Sejuk! Mulakan dengan renggangan otot. Hari ni ramai yang riadah dekat taman. Cutikan biasalah tu. Dua pusingan dah selesai. Bangku batu aku rehatkan diri.


"Hai Tia." Seseorang menyapa ku.


"Tasya." Tanpa di suruh, dia duduk di sebelah ku.


"Sorang je?"


Aku hanya mengangguk.


"Ermm.. Pasal semalam..."


Aku mengeluh.


"Lupakan jelah. Bukan salah awak pun. Jadi tak payahlah minta maaf."


Tasya hanya senyum lega.


"Boleh tak kalau saya nak berkawan dengan awak?"


"Isi borang dulu."


"Huh?"


"Haha. Gurau jelah. Saya tak kisah." Senyum.


"Awak kawan perempuan pertama yang saya ada."


"Sekolah sebelum ni awak tak ada kawan juga ke?" Aku memandang Tasya. Pelik bila dengar kawan pertama yang dia kata.


"Ada. Tapi pada awal je. Lama-lama diorang mengelak dengan saya. Tak tahu sebab apa." Tasya tundukkan diri.


"Kalau macam tu. Awak mulakan jelah hidup baru. Buku baru...."


"Dan kawan baru." Dengan pantas dia memotong percakapan ku.


Hahahaha.


Kami saling ketawa dan mula berbual tentang diri masing-masing.


Mungkin inilah permulaan sahabat yang sebenar. Harap begitulah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.