Home Novel Cinta DIA LELAKI HK
DIA LELAKI HK
Syaza Arisha
7/8/2019 23:16:27
2,019
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Asalamualaikum, Dear pembaca,

Terlebih dahulu sebelum kalian mendalami kisah cinta Encik Denial dan Hana, saya ingin kalian tahu bahawa novel ini sudah pun dihantar ke publisher dan saya hanya akan kongsi 15 bab awal sahaja diportal ini.  Terima kasih sudi baca dan sebarang plagiat ke atas karya ini akan diambil tindakan. Boleh follow saya kat FB syaza arisha dan instagram saya Zays06 untuk sebarang pertanyaan mengenai karya ini^^, sekian terima kasih^^

 

*Cik penulis*

 

_____


Aku berpeluk tubuh melihat ke arah Encik Denial yang tengah makan dengan berselera sekali. Matanya langsung tidak memandang aku, hanya fokus pada makanannya saja. Aku hembuskan nafas bosan. Sumpah aku langsung tiada selera nak makan dengan dia. 

“Saya nak minta diri.” Aku akhirnya mengambil kata putus untuk berdiri. Makin lama kat depan dia boleh buat otak aku asyik fikir nak buat benda jahat aje. Ya, sempat juga aku berfikir nak bubuh racun dalam makanan yang dia tengah makan sekarang ni, atau baling pisau pemotong stik ni tepat kat mata dia. Ah! Sumpah aku masih tak puas hati lagi.

“Duduk!” bahuku ditahan oleh dua orang pengawal di kiri dan kananku. Sumpah  buat aku menyirap! Ni rumah ke penjara? Mana saja aku jejak kaki dalam rumah ni, mesti ada dua orang makluk yang digaji olehnya. Ah! Aku tak tenteram!

“Kau nak pergi mana?” Dia menyoal tanpa melihat ke arahku. Sabar jelah.

“Nak naik atas.” Beritahuku. Dia angkat muka memandang aku dengan pandangan tajam. Mungkin kata-kataku membunuh selera makannya. Garpu dan pemotong stik diletakkan di tepi pinggannya. Mulut dilap dengan napkin, sesudah itu baru dia memandang aku.

“Dalam rumah ni, selagi aku tak siap makan takkan ada sesiapa dibenarkan pergi melainkan dengan arahan aku.” Dia mengangkat jari telunjuknya lalu diajukan kepada Mak Hanim dan Kak Allisyah. 

“Kau beruntung tak berdiri sama dengan mereka. So, kalau kau tak nak aku bertindak kejam, makan aje makanan kau dan duduk diam.” Arahnya. Gelas yang berisi fresh orange diteguk sambil melihat ke arahku. 

Aku hempas meja makan lalu berdiri. Aku tak kisah dia nak marah atau nak menengking sekalipun. Aku bukan orang gajinya, bukan juga pekerjanya. Aku adalah wanita yang mengandungkan anaknya. Jadi suka atau tidak, dia kena terima perangai aku!

“Encik dah melanggar peraturan nombor tujuh dan encik akan dihukum! Selama dua hari ni, encik tak dibenarkan bercakap atau dekat dengan saya!” Aku berpaling dengan lagak sombong namun sepantas kilat bahuku ditahan oleh pengawal yang digaji olehnya.

“Lepas!” arahku. Aku tentang anak mata pengawal poyo yang memakai kaca mata hitam itu, namun lelaki itu langsung tidak menghiraukan kata-kataku. Malahan kedua bahuku ditahan agar duduk kembali. Ah! Aku dah hilang sabar. Garpu aku raih lalu aku acu ke arah perutku.

“Lepaskan tangan awak, atau saya apa-apakan anak bos awak!” ugutku. Laju lelaki itu merampas garpu ditanganku namun aku segera menepis hingga terjadi aksi perebutan diantara kami berdua.

Eldry. let her go.” Perintah Denial.

“Dengar tu! Ke nak saya ulang lagi? Lepaskan saya!” marahku. Lelaki yang kononnya bernama Eldry itu pun melepaskan genggamannya dari bahuku.

“Gila! Semua orang kat rumah ni gila!” bentakku. 

Aku naik ke atas dengan wajah masam mencuka. Sumpah aku nak saja lari dari rumah ni. Tapi takkan aku nak mengalah begitu saja? Denial harus dihukum agar dia tak sewenang-wenangnya memperlakukan wanita sesuka hatinya.

Baru saja aku hendak melabuhkan punggungku, ketukan di luar pintu membuatkan aku mendengus marah. Ada saja yang nak menganggu aku. Aku baru aje naik atas dah ada yang rindu nak kena maki dengan aku.

“Apa!” bentakku sambil membuka pintu. Aku lihat Mak Hanim teragak-agak hendak menghulurkan susu panas kepadaku.

“Eh, Mak Hanim. Maaf, Hana ingat Encik Denial tadi.” Aku pasang senyuman serba salah. Kasihan pula aku melihat wajah cuak orang tua tu.

“Tak, Tak apa Hana. Mak Hanim faham.” Jawabnya. Susu aku raih lalu aku letak di atas meja berdekatan katil.

“Tuan Denial kata, Hana kena habiskan susu ni sebelum Tuan Denial naik dalam masa 30 minit lagi.” Beritahu Mak Hanim. Aku buat muka menyampah. Oh! Jadi sekarang ni mamat tu nak ugut akulah? Kita tengok siapa yang kalah dulu.

“Baiklah Mak Hanim. Nanti Hana minum. Emm…maaf pasal tadi. Saya tak maksudkan Mak Hanim dan Kak Allisyah, saya maksudkan Encik Denial dan bodyguard dia.” Mak Hanim hanya tersenyum mendengar kata-kataku. 

“Ya, Mak Hanim maafkan. Mak Hanim nak turun bawa nak kemas meja makan. Kamu jangan lupa minum susu tu ya. Nanti Tuan Denial marah kat Mak Hanim pula.” Pesan Mak Hanim.

“Baiklah Mak Hanim. Sampaikan kata maaf saya pada Kak Syah ya.” Balasku. Mak Hanim hanya mengangguk setelah itu keluar dari bilikku.

*****

Aku menghembuskan nafas. Bosan juga bila tak buat apa-apa kat dalam bilik ni. Nak keluar rumah tak boleh,sebab mamat HK tu ada kat bawah. Mohonlah dia berambus pergi mana-mana sebab aku dah tak tahan nak berperap aje dekat dalam bilik ni. Perut aku belai, kini kandunganku sudah mencecah 2 bulan. Aku akui Denial mematuhi segala peraturan dalam perjanjian kami. Dia memperlakukan aku seperti seorang puteri raja.

Tapi hidup bersamanya dengan semua serba tersedia tidak membawa apa-apa makna bagi aku. Dia lakukan semua itu hanya kerana bayi yang aku kandung. Aku tahu dia terpaksa tapi aku lagi terseksa. Dia terlalu berpegang pada prinsip hidup! Terlalu berwibawa dan berkelas sangat. Aku? Memang jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan dia.

“Kenapa kau tak minum lagi susu tu!” terang mataku bila mendengar sergahan dari arah ruangan pintu. Huh! Dia dah datang. Azablah aku lepas ni.

“Tak nak. Saya tak suka!” cepat aku membentaknya.

“I didn’t make this milk for you. It's for my child. Aku nak waris aku sihat, cergas! Minum cepat!” paksanya. Gelas itu diajukan kepadaku. Berketup ketap saja gigiku menahan sabar. Mahu tidak mahu aku ambil juga gelas itu.

“Puas!” 

“Nope!”

“Apa lagi!”

“Mulai hari ni, aku nak kau berhenti tabiat buruk kau yang suka makan junk food tu.” Tercengang aku melihat ke arahnya. Makanan kesukaan aku kut!

“Tapi tu makanan kegemaran saya!” bantahku.

“Benda tu tak berkhasiat.”

“Tapi itu je yang buat saya berselera nak makan. Awak tahukan saya alah dengan ikan, saya bencikan sayur!” Aku masih lagi mencuba nasib agar dia merubah kemahuanya.

“Do you think I care about what your likes amd dislikes? Mulai hari ni, kau kena makan ikan, kau kena makan sayur!” perintahnya.

“Eh! Siapa yang mengandung ni sebenarnya? Saya ke awak?” marahku. Tangan sudah berbulat geram. Kecil besar kecil besar saja aku tengok mamat ni!

“You.” Jawabnya. Walaupun ringkas namun sudah cukup padat untuk menyakitkan hatiku.

“Tahu pun!” bentakku.

“Tapi yang dalam perut tu anak aku. Suka atau tidak, kau kena ikut juga perintah aku .”

“Tapi!”

“Tak ada tapi!” 

“Eh! Bukan saya cakap tadi awak dihukum ke? Kenapa awak...”

“Stay in our topic, Hana!” Dia menitikkan hujahnya.

“Apa yang awak peduli sangat dengan cara pemakanan saya! Selama ni tak pernah ambil tahu pun,”

“Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak langsung ambil tau pasal kau.” Potongnya. Tanganku sudah berbulat seerat-eratnya. Semakin hilang sabar menangani kerenah lelaki HK ni.

“Dah tu kenapa susah-susah nak ambil tahu?” geramku. 

“Siapa cakap aku ambil tahu hal pasal kau. Aku cuma kisah anak aku je!” Dia menekan perutku menggunakan jari telunjuk sambil menatap wajahku. 

“Anak! Anak! Boleh tak untuk kali ni saja kita tak perlu nak bangkitkan isu ni!” Aku sudah geram gila. Dia saja hendak menaikkan kemarahan aku. Sikap penting dirinya ini memang menyebalkan! Laju tanganku ditarik lalu digenggam erat.

“Listen to me, Hana! If anything happens to this baby, I’ll make sure you are fully responsible to it!” ugutnya. Tanganku direntap kuat kemudian dia keluar dari bilikku. Gila! Lelaki kaya yang gila! 

“Tegas nak mampus! Silap hari bulan lepas beranak gamaknya aku boleh meroyan!” Aku bermonolog sambil genggam penumbuk. 

*****

Selepas pertengkaran tadi pagi, aku langsung tidak keluar bilik. Hanya berkurung saja. Malas aku nak tengok muka si hati kayu tu. Apa lagi mendengar bebelan dari mulutnya. Berani dia langgar peraturan dalam perjanjian kami berdua! Dasar tak tepati janji!

Aku segera berpaling saat mendengar bunyi kuapan pintu. Aku lihat Denial masuk dengan mendulang makanan. Dia dah mula nak ambil hatilah tu. Maaf! Aku tak layan rayuan gombal! Sebab hari ni aku sentap yang teramat sangat! Aku menarik lirikan dari terus melihat ke arahnya. Menyampah!

“Allisyah beritahu aku yang kau tak makan lagi, betul?” suaranya mendatar. Walaupun kedengaran kurang berminat namun nadanya lembut. Aku tidak berpaling. Masih setia berpeluk tubuh di luar beranda. Aku nak mogok dengannya.

“Aku ada masak sesuatu untuk kau.” Dia menghampiri aku lalu menyandarkan tubuhnya dipagar besi beranda itu. Aku membuang pandangan ke arahnya.

“Awak? Masak? Haha…” Aku tertawa sinis. Setelah itu aku tarik muka. Menyampah. Entah-entah dia main pesan aje.

“Jom makan.” Membulat mataku melihat tanganku dicapai olehnya. Air mataku jatuh menitik ke arah tangannya yang berlapis diatas tanganku. Kemudian itu aku pandang wajahnya yang langsung tak ada reaksi bersalah. Memang dasar HK!

“Whatever your plan is now, Encik Denial.”

“Jangan nak perasaan.” Balasnya selamba. Laju aku tarik tanganku lalu masuk ke ruangan dalam. Menyampah tahap kritikal. Rasa nak lari je dari rumah puaka ni! Kenapalah aku boleh terfikir untuk buat agreement baru? Kenapa aku tak lari aje terus?Argh!

“Kau nak ke mana?”soalnya bila melihat aku mengatur langkah meninggalkannya.

“Bersiar-siar kat taman.” Balasku. 

“Nope! Selagi kau tak makan, kau jangan harap dapat keluar dari bilik ni!” ugutnya tegas. Aku ketap bibir.

“So, now what!”

“Duduk sini!” arahnya lagi. Mahu tak mahu aku duduk juga.

“Nah!” sudu berisi bubur ayam itu disuakan ke mulutku. Aku tidak membuka mulut. 

“Buka mulut!” perintahnya. Aku tidak melakukan apa yang dia suruh hanya merenung dia dengan wajah sakit hati.

“Saya boleh makan sendiri!” Aku cuba merampas sudu dari tangannya, namun segera dia mengelak.

“Kalau aku suruh buka mulut, buka jelah!” suaranya sudah naik satu bar. Memperlihatkan betapa dedikasinya dia. Tanganku berbulat. Argh! Nak tumbuk! Nak tumbuk!

“Buka atau nak aku paksa je sudu ni masuk dalam mulut kau!” ugutnya lagi. Aku mendengus geram lalu aku turuti saja kemahuannya. Tolonglah masa cepat berlalu. Aku tak tahan hidup macam ni!


*Thanks sudi baca, sebarang komen amatlah dihargai^^

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaza Arisha