Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
153,134
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 34

ROAD trip Raya dua hari satu malam yang dirancang kembar itu dan dilaksanakan oleh ayah mereka mencapai objektif diluar jangkaan masing-masing. Paras kasih sayang antara Umar dan Aqi mencanak tinggi, manakala antara Umar dan Mimi pula menjunam jatuh.

Yang lebih haru lagi, Umar seakan tidak pedulikan keadaan hubungan rumah tangganya yang semakin rapuh menunggu roboh. Malah, ahli keluarganya juga perasan keadaan lelaki itu.

Mereka tahu Umar marah kerana Mimi melarikan diri bila diajak beraya di kampung kelahiran Umar, tetapi mereka tetap terkejut bila Umar tidak memandu balik ke taman perumahan mereka melainkan memandu terus ke vila sedangkan dah lewat malam.

"Mar, taknak balik rumah dulu ke...?" Orang dah penat....

"Kita lepak kat vilalah, dulu... boleh main meriam terus."

"Kita boleh balik rumah dulu. Mandi. Tukar baju. Tidur.... esok kita pergi vila. Lagi selesa nak letupkan kereta Bang Farid.... " Berhenti bercakap seketika, mengharap respon dari si pemandu. Tapi tiada. "Kau taknak jenguk kalau Mimi ada kat rumah...?"

Lelaki itu tak menjawab. Melihat dinginnya respon itu, Aqi akhirnya memilih diam.

Setiba di vila, mereka bertukar ceria bila melihat Farid dan keluarganya dah pun balik dari beraya di kampung Maya. Terus buluh dikeluarkan dan disimpan di stor rumah itu, malah diterima oleh Farid dengan senyum lebar.

"Buluh bagus ni, Mar. Kau ambik dari mana?" soalnya sambil mengetuk buluh beberapa kali. Kena buang miangnya dulu supaya mereka tak gatal bila nak main nanti.

"Marang."

"Marang? Teganu??"

Angguk. Kening Farid bercantum dengan mulut terbuka, bertanya logik pada Umar namun si adik membiarkan tanda soal itu terapung tanpa jawapan.

"Jauhnya cari buluh sampai pergi ke Marang?" soal Maya pula sambil masuk semula ke dalam rumah, diekori yang lain.

"Kami balik kampung ayah!" jelas Ami dan Emir serentak.

"Trip mengejut tapi seronok. Emir jumpa ayam!!" ujar pemuda 14 tahun itu lagi dengan mata bercahaya.

Aqi memerhati anak lelakinya dengan senyum sebelum menoleh pada Umar yang melabuh duduk di sebelahnya di sofa 2-seaters itu. Sedap je duduk sebelah orang sedangkan kerusi lain banyak yang kosong.

Maya pula terkedu, namun terhibur melihat gelagat pemuda itu. "Tak pernah jumpa ayam?"

Kepala digeleng. "Selama ni Emir duduk hotel atau motel... berpindah-pindah negara sebab... something. Tapi this is the first time for everything," luahnya lagi. Benar-benar kesukaan.

Farid dan Maya berpandangan, tidak memahami sejarah itu. Bila ditoleh pada Aqi, wanita itu hanya menggelengkan kepala, meminta mengabaikan sedikit rahsia yang terlepas keluar.

Keterujaan Emir membuatkan Ami menarik kepala abangnya lalu digosok kepala itu macam menggosok kepala budak 5 tahun. Ditepis si abang kerana tak suka, tetapi Ami terus menyerang hingga mereka bergaduh di tengah ruang.

Anak lelakinya itu tidak berpeluang untuk melalui pengalaman childhood yang normal macam remaja lain, dan itu membuatkan Aqi menahan rasa haru yang menggigit jiwa. Dia tidak pasti sebab sebenar Umar mengangkut mereka ke kampung kelahirannya, tetapi keputusan itu nyata memberi impak yang baik pada anak-anak mereka. Dengan penuh rasa sayang, tangan Umar yang berehat di atas paha itu dicapai kemudian digenggam lembut.

Umar spontan menjeling jemari halus yang memegang tangannya.

Aqi pula turut berkerut dahi pada tangannya sendiri. Ego menyoal hati, kenapa berani sangat pergi pegang tangan laki orang. Pedulikan jelingan Umar, dia menarik semula tangannya macam tak berlaku apa-apa. Darah spontan berderau bila tangannya pula dicapai lelaki itu.

"Mar..." desisnya sambil cuba menarik tangannya.

Umar merendahkan kepala. "Ada apa?"

"Erk... takda apa. Sorry... terpegang."

"Terpegang?" Pelik.

"Tak... ermm... nak cakap thank you... sebab bawak kami ke sana... yang buatkan kembar kita merasa pengalaman tu walaupun sekejap.... Yang jadi problem ialah kau buat mengejut sampai pergi sehelai sepinggang." Pada rahang Umar, dia berkata-kata. Terlalu malu nak menentang anak mata hazel itu. Dia secara rasminya sangat lemah untuk berhadapan dengan lelaki itu kini.

"Hahaha. At least kau sempat mandi. Aku lap ketiak dengan tisu basah je."

"Hence, the reason kita kena balik rumah... tapi kau angkut kami ke sini..."

Senyap.

Aqi mengeluh. "Aku rasa kita ada baju spare sini..." luah Aqi sambil melangut ke bilik tetamu. "Sempat tumpang mandi kejap."

Tangan lalu disandarkan ke belakang sofa di belakang kepala Aqi, manakala tubuhnya didekatkan. "Nak mandi sekali?" bisiknya.

Dia menjeling pada si miang dengan muka sengal. "Tempat lain, aku boleh layan perangai kau. Kat sini, kau jangan mengada," ujarnya datar beserta tegas. Umar pula tersenyum melihat perubahan personaliti itu.

"I get it."

"Get what?"

"I've heard of it..."

"Heard what??"

"Perempuan, bila dalam mode survival, akan jadi maskulin sikit. Itulah kau sekarang, sebab nak protect yourself dari digelar perampas. Tapi masa kat kampung aku... you're in your feminine mode... sebab otak kau dah set nak jaga aku sebagai pasangan kau. Thats why you're full of love." Muka cantik itu direnung penuh suka. Kemudian dia merapat lagi hingga Aqi menjauhkan kepalanya. "Sebab tu kat sana pun suara kau jadi lembut... layan aku pun lembut... bercakap macam bawah selimut... gurau pun manja semacam..."

Muka Aqi bertukar merah bila mengingati tingkah lakunya. Sejujurnya, dia tiada jawapan kenapa tingkah lakunya berubah bila mereka hanya berdua tanpa gangguan sesiapa. Nyata dia semakin lemah bila berdepan lelaki ini.

"M-maybe sebab aku rindu nak jaga husband aku sendiri... untuk dilayan... untuk dijaga..."

"Untuk disayang..." sahut lelaki itu lagi, mengejar wajah Aqi bila wanita itu menunduk.

"Y-yea... tapi bukan dengan kau..." Makin gementar.

"Why not? Tak suka aku?"

"Kau juga yang suruh aku cari pengganti..."

"Sejak bila kau taat sangat nak dengar cakap aku? Habis kalau aku suruh kau ikut aku ke Thailand, kau nak?"

"Taknak Thailand. Nak pergi Afrika..."

"Whats with you guys and Africa?? Ami pun pernah cakap nak pergi Afrika."

"Sebab ayah dia macam singa... jadi dia pun suka singa..." Anak mata hazel itu ditentang malu. "Aku pun suka singa..." sambungnya. Suaranya halus, melimpah dengan nada kasih hingga Umar pula yang terlentok mendengar. "Jadi teringin nak tengok singa dengan keluarganya jalan-jalan open air..." jelas Aqi lagi sambil terus menentang sepasang mata hazel itu. Seakan meminta, sekaligus mencairkan hati si lelaki.

Akal lelaki mula berkira-kira nak menunaikan permintaan itu. "Kalau... kalau Allah izinkan kita menikah... kalau kita ada peluang merasa honeymoon sekali lagi... aku bawa kau ke sana..." Perlahan sekali ditutur, hanya untuk telinga Aqi.

Wanita itu terkaku. "Taknak bawa Ami dengan Emir?"

"Its a honeymoon, sayang, hahaha..." Seluruh rias wajah cantik itu direnung penuh suka. "Nak?"

Bodoh. Berbahang mukanya bila ditanya nak ke tidak. Kalau jawab 'nak' karang, nampak macam bersetuju nak kahwin semula. Tapi dia taknak jawab 'taknak'.

"Kalau Allah izinkan..."

"Hahaha..."

Tampan sekali bunyi ketawa di sebelah telinganya hingga membuat Aqi blushing tanpa filter. Debar di hati hanya diluah pada Ilahi. Kemudian mata dipejam dan nama Mimi disebut berkali-kali dalam kepala untuk memberi peringatan apa yang cuba diperjuangkan dari awal lagi.

Keduanya terus berbual dengan jarak yang cukup rapat serta suara perlahan. Langsung tidak sedar mereka sedang diperhati yang lain. Farid dan Maya berpandangan, manakala Munirah dan Junior bertanya pada Emir dan Ami yang tersengih. Maka kembar itu menjelaskan hubungan ibu bapanya bertambah baik sejak balik ke kampung.

"Ini bukan berbaik semata. Ini jatuh cinta semula..." bisik Maya rendah, memerhati bahasa tubuh Umar. Hidung lelaki itu rapat sekali dengan kepala wanita itu sekaligus mencuri hidu haruman rambut Aqi. Renungan mata hazel itu juga redup dalam fokus. Air mukanya nampak senang, senyumannya lembut, dan kehendak hatinya cukup terpamer pada seluruh rias wajah kacaknya. Aqi pula dah bertukar jadi anak dara pingitan. Gaya kasar dan aura yang kerap serius dan tegang itu menghilang dan berganti dengan muka blushing, kaki dikepit dan kepala tertunduk malu.

Munirah pula yang cair melihat aura cinta yang melimpah keluar dari pasangan cerai itu. Junior menongkat dagu, kini mendoakan pakciknya berjaya menikahi semula makciknya.

Farid yang paling praktikal dan enggan mengganggu momentum mereka, terus dia mengajak budak-budak itu untuk mencuci buluh terus alang-alang masing-masing masih ada tenaga. Datang pula idea jahat supaya Emir merasa miang buluh.

Maya pula masih tidak berkenan melihat pasangan itu, lalu bertanya. "Umar! Kau tak beraya dengan Mimi ke?"

Keduanya serentak menoleh. Aqi baru perasan tinggal mereka di ruang tamu itu, lalu kepala ditoleh-toleh mencari anak-anaknya manakala Umar membalas soalan kakak iparnya.

"Dia beraya dengan kawan-kawan dia."

"Kau biar betul? Kau bermalam kat Terengganu dengan Aqi tapi tinggalkan Mimi?"

Lelaki itu tidak membalas. Tidak pasti macammana nak memberi respon tanpa memburukkan nama isterinya. Aqi pula bangun.

"Kau kemana?" soal Umar terus.

"Tu, mereka cuci buluh. Aku takut anak kita terkena miang..."

"Anak lelaki kau memang dah miang, Aqi."

"Hahah yea! Ikut bapak dia!" Mata dicerlang pada lelaki itu. Umar tertawa, lekas mengejar wanita itu.

Maya melepaskan keluh. Apa cerita Mimi membiarkan Umar dengan perangainya? Lalu handphone dikeluarkan dan report dihantar pada adik iparnya itu. Maya merasakan Mimi ada hak untuk mempertahankan rumah tangganya, tambah-tambah bila Umar beraya dengan Aqi tetapi meninggalkan Mimi berseorangan. Di mata pihak ketiga, Umar suami yang dayus!


UMAR sedang memalitkan miang buluh ke badan Emir bila iPhonenya berdering. Nama Mimi pada skrin tidak mengganggu fokusnya untuk terus menakal dan menyusahkan abang dan anak-anaknya. Lebih seronok lagi bila Aqi turut jadi mangsa. Ketika ini Umar tak pedulikan sesiapa melainkan berseronok dengan keluarga kecilnya dan membina memori bersama mereka.

Pada missed call yang ke-15, barulah Mimi sampai di luar pagar vila. Ketika itu dah lebih 11 malam. Dari jauh, dia nampak CRV yang digunakan Umar di dalam garaj, dan batang tubuh tinggi itu berdiri di tepi kolam. Buluh-buluh disusun di tepi greenhouse, Ami berpaut di belakang ayahnya macam koala, manakala Emir terbaring meniarap di atas rumput basah. Bila dicari Aqi, tiada di mana-mana.

Lelaki itu bergerak ke CRV dan mencapai iPhonenya. Untuk seketika, Umar membatu bila memeriksa notification dan missed call. Ami di belakang seakan mengatakan sesuatu, tetapi lelaki itu tidak memberi respon.

Mimi mendengus, lalu menelefon lagi, mahu suaminya menyambut panggilannya. Tetapi Umar tidak menyambut panggilan itu, malah ditukar silent dan iPhone diletakkan ke dalam poket baju melayu yang basah.

Wanita itu terkedu.

Handphone dibiarkan bergetar tanpa henti. Umar mendapatkan anak lelakinya yang masih meniarap di atas rumput, tengah sengsara menahan gatal miang buluh. Umar tertawa rendah sebelum mencangkung di sebelah Emir.

"Ayah bawa kau ke klinik jom. Boleh bangun tak?"

Senyap.

"Ayah angkut je si lembik tu," komen Ami di belakang badan. "Dia demam sikit pun drama sampai macam nak mampus. Inikan pula miang seluruh badan."

Keluh terhembus sebelum memaut perut Emir untuk diangkat. Dah macam mengangkut baju basah. Teruk benar rupanya. Kemudian dia berjalan ke pintu vila. Kebetulan Aqi tiba-tiba memuncul di pintu dengan tuala di tangan.

Mimi masih memerhati di sebalik pagar dengan iPhone di telinga, sabar menunggu Umar menyahut panggilan yang bersambung-sambung. Melihat Aqi muncul, marah terus meletup meruap-ruap dalam dada. Perempuan celaka itu membaling tuala ke muka suaminya sebelum melayan kedua-dua kembarnya. Nampak macam Aqi bebelkan sesuatu, tetapi suaminya melayan.

Ami dan Emir dah masuk ke dalam vila. Kemudian Umar boleh selamba badak menanggalkan baju melayunya dan meletakkan baju basah itu atas kepala Aqi. Tahu la pernah ada history. Tak payahlah nak separuh bogel depan janda kau!

Mimi melihat Aqi mengeluarkan iPhone dari poket baju melayu Umar. Perampas itu macam tertawa sambil berbual ringan dengan suaminya. Entah Aqi cakap apa, tetapi Umar akhirnya menekan butang hijau dan membawa iPhone ke telinga.

"Ye?"

Jantung Mimi terasa jatuh ke perut. Suaminya menghadapnya hanya sebab Aqi yang suruh. Mata dipejam, menelan sakit pedih luka di hatinya.

"Abang kat mana sekarang??" Sengaja bertanya.

"Masih beraya."

Luruh hati perempuannya. Egonya dipijak-pijak. Disebabkan Aqi, suaminya tidak pergi memujuknya bila dia lari dari RnR, lepas tu ada perut beraya dengan Aqi. Lepas tu Aqi buatkan Umar tidak menelefonnya sepanjang di Terengganu, dan sekarang Aqi dah buatkan Umar menipu!!!

TAK GUNA TAK GUNA TAK GUNA!!!!!!

AQI mengerut dahi pada Umar yang menutup panggilan. Dia perasan bunyi enjin kereta dihidupkan di luar pagar vila, tapi dipedulikan sebab dia ada hal lain yang lebih penting untuk diberi perhatian.

"Call orang tak berhenti hanya sebab nak tanya aku kat mana? WhatsApp je la..." omel Umar pada perangai bininya. Kalau dulu dia peduli, tapi sekarang dah tawar hati nak melayan.

"Kenapa cakap masih beraya?" soal Aqi pula. Soalan alternatif ialah, kenapa menipu walhal member tu dah cuba hubungi kau sampai 30 kali?

"Sebab aku masih beraya... dengan korang..." Muka serius itu direnung. Melihat kerut di kening Aqi, Umar mengesan jawapannya mungkin salah. "Why do you look mad?"

"What do you think?"

Ah, sudah.... "Jangan main tarik tali dengan aku, Aqi. Kau belum jadi bini aku nak buat perangai macam ni dengan aku."

"Then I'm glad we keep it that way," dengus Aqi, lalu berkalih. Namun terhenti bila Umar menarik tangannya. Lambat-lambat, dia ditarik semula supaya bertentangan. Umar menunduk sambil mengelap muka, manakala Aqi merenung dengan serius.

"Tell me. Aku tak pandai baca hati... Aku cuma tahu kau nampak marah.... Talk to me..."

Aqi mengeluh perlahan. "Dia call kau sampai 30 kali, tapi kau menipu, Mar..."

"Dia yang kena tipu, kenapa kau yang marah?"

Ringan benar tangannya nak menumbuk dada bidang itu. "Berapa kali aku nak cakap. Jaga hati wife kau..."

"Tapi dia tak jaga hati aku, pun..."

Lalu wanita itu terkedu. Terus teringat kekecewaan Umar bila Mimi melarikan diri dengan kawannya berbanding ikut Umar beraya di kampung kelahirannya bersama mereka. Penolakan Mimi bukannya benda mengejut, tetapi penolakan yang berterusan itu nampaknya membuat Umar hampir give up dalam perkahwinan mereka. Malah Raya ini ialah limit lelaki itu yang mereka semua tak nampak.

Terkesan dengan keruh pada rias Umar, muka itu disentuh. Malah ditarik supaya menentang wajahnya. "Dia pregnant, Mar.... She's allowed to be unreasonable..." pujuknya lalu, mengingatkan lelaki itu atas faktor lain yang menjadi motivasinya supaya terus bertahan dalam gelombang rumah tangga.

Mata Umar terpejam. Lambat-lambat, keluh berat dihembus. "You're right..."

Spontan tersenyum melihat kusut pada wajah Umar memudar. "Ni baru sikit. Whatlike dua bulan? Kau masih ada tujuh bulan nak hadap gila dia..."

Dan barulah bibir itu meleret senyum nipis. Kepala diangguk. "You're right..." Kepala dipaling ke pintu pagar, pada rumahnya yang jaraknya dua puluh minit dari vila.

"Kau nak buat apa sekarang?"

"I don't know." Aqi dipandang semula. "Aku nak balik jumpa anak aku, tapi aku macam sayang nak tinggalkan korang. Kau rasa macammana?"

Jumpa anak dia, huh? Bukan jumpa Mimi. Berat nasib kau, Mimi.... Aqi menarik nafas lagi. "Baliklah, Mar... jumpa wife kau... buat apa yang kau rasa patut."

Lelaki itu diam lagi. Mengesan si lelaki tidak berpuas hati dengan jawapannya, Aqi tertawa halus.

"Kami masih kat sini. Kalau takda kat sini pun, kat tiga rumah jaraknya dari rumah kau. Come back to us bila kau rasa kau ada masa free to spend time with us."

Dan barulah Umar menguntum senyum lega. "I love you-damnThats the second time in one day!" dengusnya, terus masuk ke dalam vila untuk menukar baju. Aqi yang ditinggalkan di pintu rumah pula hanya mampu menjilat gigi.


MEMANDANGKAN CRV itu dipinjam, maka Farid menghantar Umar, Aqi dan kembar mereka pulang ke rumah masing-masing sebelum dia memandu balik ke vila. Ami dan Emir menyalami tangan Umar manakala lelaki itu menggosok kepala Aqi sebelum mereka berpisah arah. Senangnya rasa hati, hanya Allah yang tahu.

Semasa melalui laman, perasan tayar Priusnya pancit.

Bulat terus matanya. Umar terus memeriksa keadaan keretanya. Keempat-empat tayar kereta itu pancit kerana dicucuk benda tajam. Badan Prius dicalar tapi agak nipis. Hanya cakaran yang tiada makna. Cermin kereta tidak dipecahkan dan isi dalam kereta juga tidak disentuh. Ini vandalism yang agak menghairankan.

Dia terdengar bunyi pecah di dalam rumah, lalu terus masuk. Bulat matanya melihat Mimi sedang mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam rumah. Malah isterinya itu sedang memegang pisau untuk merosakkan sofa-sofa dan meja. Mengeluh lalu. "Tujuh bulan lagi, ehh..."

Bila Mimi menoleh padanya, Umar refleks menegak. Seakan awas bila bertembung dengan makhluk yang berbahaya. Niatnya nak bermain meriam buluh nampaknya perlu ditangguhkan sampailah bininya boleh dipujuk, yang dia tak tahu bila. Tapi demi memastikan perempuan yang naik hantu itu tidak terlepas ke luar rumah dan merosakkan kehidupan orang lain, pintu ditutup.

Dikunci.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena