Home Novel Cinta Andai Ku Tahu
Andai Ku Tahu
abbie castelli
22/5/2019 18:11:21
16,856
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Hujung minggu itu mereka bertemu lagi.

"Youuu.. finally... Qayyum agree untuk bisnes kita ni..I am so happy.." jerit Camelia kegembiraan.

"Alhamdulillah you..so finally..." wajah Jemima kelihatan bersinar.

Camelia tersenyum gembira.

"You ni selalu nampak cantik je.. hari ni berganda-ganda cantik.. I is jelly tauu..." kata Camelia dengan bahasa rojaknya.

"Ala you pun apa kurangnya.." cubit Jemima di pipi Camelia yang sedikit tembam.

"Huh sejak ada anak ni I dah gemuk tau.." Camelia bercekak pinggang. " Tengok.. pinggang pun dah hilang..dagu berdouble barrel.."

"Tengah happy, kan.. still muka you tak banyak berubah...bab body tu...lari sikit lah..." Jemima mengulas. "Dah lama ya kita tak bergather-gather?"

"Yup.. dah lima tahun lebih, kan? Lama betul.. so apa cerita you.."

"Sama sahaja. Day in day out.." Jemima melepaskan keluhan.

"Mana cik hubby tak datang hari ni?" matanya melingas mencari kelibat Haziq.

"Biasa lah.. dia out station..your sayang mana?"

"Qayyum..dia kat site.."

"Huh Ahad pun katsite..."

"Dia memang terlebih rajin...ehh jom kita bincang apa nak buat.."

"Hmm.. okay as I told you kan, I nak buat bakery dengan a bit of eatery kat outlet..so.."

"Ada tempat makan-makan lah kan..bukan just tempat beli kueh je.." Camelia tak sabar-sabar menyampuk. Terlalu ghairah mahu memulakan bisnes.

"And ni...I dah prepare menu list..my cadangan lah.."

"Amboi forward thinking nya you...tak salah I pilih partner bisnes I ni..."

Anak-anaknya sudah tiga-tiga bermain-main di ruangan permainan kanak-kanak. Mata Camelia tidak lepas memerhatikan sesekejap walaupun dia amat seronok memikirkan aktiviti barunya nanti sebagai business woman.

"Anak you mana Mim..?"

"Hmm kat rumah.. anak I dah besar lah..bukan dia orang nak ikut I jalan-jalan.. malu nak jalan dengan mama nya.."

"Ehh gitu pulak ya?" tanya Camelia.

"Hmm wait lah anak you dah besar nanati.. dia orang bukan nak join kita.."

"Sedih pula macam tu...harap-harap tak lah.." balas Camelia berkerut dahinya.

Dah agak petang mereka pun siap merancang tugas dan perkara-perkara yang perlu dilakukan bersama atau secara berasingan.

"Modal macam mana Lia.."

"Ni kita buat 50-50?"

"Kita buat sendirian berhad atau enterprise Lia?"

"Senangnya enterprise..tapi lebih selamat sdn bhd la .."

"You ada company secretary?"

"Ehh belum lagi. Nanti I tanya Qayyum.."

"Modal berapa ya?" tanya Jemima sedikit gusar.

"Dalam rm50K seorang?"

"I rasa Haziq tak mungkin akan bagi I modal tu.." tiap bulan pun kerap tak cukup duit, hampir sahaja Jemima mengeluarkan kata-kata itu. Namun, di hujungnya dia hanya berkata dalam hati. Malu sendiri dia hendak mengadu kepada Camelia yang tampak sempurna kehidupannya.

"Hmm tak apa.. ni semua boleh bawa bincang je.." Camelia menepuk bahu Jemima. Dia yakin Qayyum akan membantu mereka. Jika tidak seratus peratus, mungkin separuh dia terpaksa top up.



"Okay..I invest rm100k.. you run the show.." kata Qayyum. Camelia amat lega apabila Qayyum memberikan lampu hijau dan sanggup mengeluarkan wang sebagai modal untuk memulakan bisnes itu.

"Alhamdulillah you..."wasap Jemima ringkas. Lega sungguh Camelia kerana dia tidak perlu keluar wang untuk membangunkan bisnes tersebut. Bila sudah kukuh dan besar bisnesnya nanti boleh lah dia berhenti kerja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh abbie castelli