Home Novel Cinta Cinta Yang Dilupakan (Ebook)
Cinta Yang Dilupakan (Ebook)
nurshaza
27/9/2021 16:54:07
2,181
Kategori: Novel
Genre: Cinta
CYD 20

AISYAH tersenyum puas apabila dia berjaya menyiapkan kerja rumah sebelum kepulangan si suaminya itu. Masakannya turut sudah terhidang dan masih panas. Dia bersungguh-sungguh mahu mengambil hati Luth seperti dijanjikan pada Thia. Dia berusaha untuk mengembalikan Luth ke jalan yang benar. Sekarang Luth tidak lagi bergaul dengan kawan-kawan gaynya itu. Dia lebih sibuk menguruskan syarikatnya dan juga Luqman. Thia sentiasa menjadi pembantunya. Ada beberapa penyanyi muda baru yang menyertai produksi mereka dan sekarang produksi Luth meletup lebih-lebih selepas dia berkahwin dengan Aisyah.

Bunyi ekzos kereta mengejutkan Aisyah dari lamunan. Pantas dia menutup televisyen dan menyambut kepulangan Luth namun dia tidak nampak pula kelibat Thia mungkin tidak ikut balik hari ini. Aisyah memerhatikan Luth yang memicit-micit kepalanya sambil keluar dari kereta.

"Assalamualaikum awak." Aisyah mengucup tangan Luth.

"Waalaikumussalam..." jawab Luth kemudian dia hanya memandang sejenak wajah Aisyah.

"Aku laparlah," ngadu Luth.

Aisyah tersenyum. "Awak pergilah mandi dulu lepas tu makan."

Luth tidak membantah. Dia terus memanjat tangga masuk ke dalam biliknya. Selepas menghidangkan lauk-pauk di atas meja, Aisyah menunggu Luth.

"Mana dia ni? Lamanya..." risau Aisyah. Dia bangun lalu memanjat tangga dan berdiri di hadapan pintu bilik Luth.

"Awak...awakk..." dia mengetuk pintu bilik Luth.

Beberapa saat kemudian, Luth membuka pintu dengan wajahnya yang memucat. Dia mengerutkan dahi lalu tangannya memegang tangan Aisyah.

"Kepala aku sakit sangat... Migrain aku datang." Aisyah terus membantu Luth berdiri dengan stabil kemudian mereka turun bawah bersama-sama.

"Awak alas perut dulu lepa stu makan ubat. Biar saya suap." Luth terdiam. Dia tak sangka Aisyah melayani dia sebaik itu sedangkan dia masih berdingin dengan Aisyah dan menggunakan gelaran 'kau' 'aku'.

Aisyah menggunakan tangannya untuk menyuap Luth. Lauk sambal ayam dan sayur sawi goreng menyelerakan Luth walaupun dia sedang menahan sakit migrainnya itu.

"Awak ada ubat migrain?" Luth mengangguk lalu menunjukkan ke arah kabinet. Aisyah mengambil ubat itu kemudian menghulurkan segelas air kepada Luth.

Gulp... gulp...

"Aku nak rehat," kata Luth. Langsung tak tahu nak berterima kasih pada Aisyah yang bersusah-payah menolongnya.

Aisyah hanya tersenyum. Beginilah lelaki kalau sakit sedikit seperti mahu masuk ICU sakitnya. Luth bangun kemudian membawa langkahnya ke tangga, baru nak memijak anak tangga pertama tubuhnya sudah melayang entah ke mana. Cepat-cepat Aisyah mendapatkannya dengan memaut tangan Luth.

Luth tergamam saat dia merasa telapak tangan Aisyah yang lembut itu.

"Saya hantar awak masuk bilik," kata Aisyah lalu memaut pinggang Luth memanjat tangga masuk ke dalam bilik. Sepanjang itu, Luth merenung sisi wajah Aisyah tanpa isterinya itu sedari.

"I love you..." Aisyah menoleh saat dia terdengar sepertinya Luth mengatakan sesuatu.

"Apa dia, awak?" tanya Aisyah.

Laju saja kepala Luth menggeleng. Dia sendiri terkejut dengan mulutnya. Mujur Aisyah tak dengar kalau tidak jatuhlah saham dia.

Luth merebahkan dirinya di atas katil. Tangan kirinya ligat memicit kepalanya. Aisyah hanya mendiamkan diri.

"Awak... saya masuk bilik dulu?" Luth mengerutkan dahinya.

"Ni bukan bilik kau ke?" Aisyah pula yang mengerutkan dahi. Tahulah migrain takkan nyanyuk pula? Bukan ke tidur dalam bilik ni masa Thia ada saja?

"Tapi-."

"Jangan membantah cakap suami kau ni. Teman aku baring sini lepas tu picit kepala aku. Sakit..." Aisyah cuba menahan tawanya melihat keletah Luth yang agak berlainan hari ini. Beginikah sekiranya dia sakit? Mahu tanya Thia malu pula.

"Kau suka aku ke?" terhenti picitan Aisyah pada dahi Luth.

"Kenapa berhenti? Sakit tak hilang lagi ni." Aisyah menyambung semula picitannya. Apa yang harus dia jawab untuk soalan peperiksaan Luth itu? Betul-betul soalan KBAT mengalahkan menjawab soalan Sejarah Kertas 3 untuk SPM.

"Haaa tak jawab lagi soalan aku." Aisyah sudah tidak keruan. Dia tidak tahu mahu menjawab apa.

"Sa-sa..."

"Apa sa-sa? Sayang?" Luth menahan tawanya.

Aisyah tergamam sejenak.

"Hurmmm..." Aisyah tidak betah mahu jawab apa. Lain sungguh perangai Luth kali ini.

"Hurmm je? Betullah suka aku? Tak geli ke? Tak jijik aku ni gay? Aku dah sentuh-sentuh macam-macam laki yang tak ori," selamba saja Luth mengenakan Aisyah.

Aisyah tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Awak sentuh sejenis awak bukan perempuan ori. Saya tak geli pun kalau betul-betul awak dah berubah. Thia mesti suka," tersentak Luth apabila mendengar nama adiknya.

Dia mengerling ke arah Aisyah.

"Apa Thia bagitahu kau? Korang berdua ada rahsia dengan aku ke?" Aisyah menggelengkan kepala.

"Bukan rahsia hanya janji. Thia merayu pada saya supaya bawa awak ke pangkal jalan..." perlahan saja suara Aisyah memberitahunya.

Luth hanya mendiamkan diri. Dia tahu adiknya tidak pernah berhenti mengajaknya untuk berubah atau lebih tepat bertaubat.

"Awak... Thia ada cerita pada saya. Betul ke masa kecik awak...."

"Solat? Baca Al-Quran? Puasa?" Luth terlebih dahulu memotong percakapan Aisyah. Lambat-lambat Aisyah mengangguk.

"Ya memang betul. Kenapa tak percaya?" Aisyah tersenyum.

"Saya percaya tapi lebih percaya kalau sekarang awak lakukannya kembali. Dekatkan diri pada Allah." Luth hanya termenung memikirkan kata-kata Aisyah.

"Kau tahukan kenapa aku jadi macam ni? Kadang-kadang aku tanya kenapa Tuhan buat aku macam ni? Dia pergi saat aku berusia 8 tahun dan Thia 3 tahun. Kami masih kehausan kasih sayangnya. Jujur aku rindu dia. Aku adalah anak lelakinya yang paling manja sebelum Thia dilahirkan. Papa, selepas dia tinggalkan papa lebih sibuk dengan kerja dan dunia hiburannya. Aku terkontang-kanting menjaga Thia padahal aku tak terlalu pandai mengurusnya. Lebih-lebih lagi sewaktu Thia demam atau sakit teruk. Aku meminta bantuan orang lain tapi semuanya tak mahu tolong. Aku dukung Thia dan membawanya ke klinik dengan menaiki teksi. Ketika itu aku tawakkal. Aku masih ingat Tuhan tapi hati aku berbolak-balik apabila mengingati kisah silam itu. Dia pergi bersama seorang lelaki sebaya papa tanpa sedikit pun menghiraukan tangisan aku ketika itu merayu padanya supaya tidak meninggalkan aku dan Thia. Hati aku kuat mengatakan aku benci perempuan! Kerana dia, papa merana dan tak layan kami lagi! Kerana dia, aku jadi benci sebab dia ada lelaki lain!" nangis Luth teresak-esak.

Aisyah mengusap bahunya dan dia turut menangis mendengar kisah silam Luth dan Thia.

"Sabar awak. Allah sayangkan awak dan Thia. Semuanya ada hikmah. Tak terlambat lagi awak nak bertaubat. Allah sayang umatnya yang bertaubat. Awak buanglah perasaan itu jauh-jauh dan saya nak awak tahu. Saya jujur. Saya mula menyukai awak tatkala awak menyelamatkan saya dari tamparan Asfar dan ketika itu kuat hati saya mengatakan awak akan berubah suatu hari nanti. Tapi saya tak pernah terjangka kita akan disatukan dalam keadaan macam ni. Saya minta maaf. Sepatutnya saya ikut saja Thia ke tandas ketika itu. Sa-saya sayangkan awak Luth. Saya ingat saya dah tutupkan hati untuk tidak mencintai orang lain lagi selain Asfar. Dia adalah cinta pertama saya tapi awak cinta terakhir saya. Luth, marilah kita sama-sama ke jalan Allah. Saya pun banyak nak belajar lagi. Awak tak sayangkan saya tak apa. Saya tak kisah awak boleh ambil masa tapi awak sayangkan Thia lebih dari segalanya. Awak kena jadi seorang abang yang boleh memberikan contoh padanya." Luth tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aisyah. Sungguh dia tak sangka.

"Kau boleh terima aku? Aku... aku..." Aisyah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Saya tiada hak nak hina awak, Luth. Saya pun ada banyak buat dosa. Manusia tak pernah berhenti buat dosa, Luth tapi kita berusaha mencari pahala selagi mana kita mampu. Awak masih ada papa dan Thia tapi saya tak ada siapa-siapa. Arwah ibu dan ayah saya dah tak ada dan saya tak sempat nak balas jasa mereka..." nangis Aisyah.

Luth hanya tersenyum tipis kemudian dia menarik Aisyah ke dalam dakapannya. Rambut Aisyah dielus lembut.

"Kau ada aku, Aisyah. Aku suami kau walaupun kita disatukan dalam keadaan terpaksa. Aku akui aku mula sayang kau sewaktu hari pertama kita berjumpa dan kau satu-satunya perempuan yang berjaya membuka hati aku semula untuk menerima perempuan. Hanya kau saja yang aku cinta, Siti Aisyah." Aisyah menangis dengan penuh perasaan terharu kemudian memeluk erat tubuh Luth.

"Lepas ni tidur dengan abang ya, sayang..." meleret suara Luth berbisik pada telinga Aisyah.

Aisyah ketawa kecil. Dia tak sangka secepat ini Luth berubah.

"Baik abang..." jawab Aisyah.

'Ya Allah terima kasih, Ya Allah...' syukur Aisyah di dalam hati.

____________________________________________________________________________

Sesiapa nak dapatkan Ebuku Cinta Yang Dilupakan secara versi penuh, boleh beli di Esentral (https://www.e-sentral.com/book/info/327467/cinta-yang-dilupakan) atau whatsapp Shaza (01140463798) untuk pembelian. Shaza tak akan publish full story dekat wattpad. Hanya beberapa bab saja sebagai teaser.

Terima kasih atas sokongan anda.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.