Home Novel Cinta OPS TERJATUH CINTA!
OPS TERJATUH CINTA!
Alin Alia
16/1/2020 23:32:03
4,024
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

ANGIN sepoi-sepoi meniup lembut ke wajah Emelda. Dia menarik nafasnya. Tenang sekali. Sudah lama dia tidak pergi ke pantai. Kali terakhir dia pergi masa dia di tingkatan lima. Dirinya rasa di peluk dari belakang. Emelda terkejut.


       "Awak suka datang sini?" Tengku Farid berbisik di telinga Emelda.


       "Ha..ah." Jawab Emelda pendek.


       "Awak nak tahu. Dalam banyak-banyak tempat kan? Laut lah tempat yang paling saya suka sekali. Bagi saya laut ni boleh buat saya rasa tenang tau." Tengku Farid memeluk erat pinggang Emelda.


       "Ermm.. saya nak pergi mandi ni." Emelda melepaskan pelukan dari Tengku Farid. Tengku Farid tersenyum.


        "Nanti malam kita pergi dinner. Saya nak tidur kejap." Tengku Farid berbaring di katil dan melelapkan matanya.


        Emelda merenung suaminya yang sedang tidur. "Time tidur pun kau kacak. Apatah lagi time tak tidur. Eh apa benda aku merepek ni." Gumam Emelda. Dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.



"AWAK. Boleh tak awak pakai baju yang kat dalam kotak ni?" Tengku Farid memberi satu kotak hadiah kepada Emelda.


        "Baju apa dalam ni?" Tanya Emelda.


        "Awak buka la. Ok saya tunggu awak dekat tepi pantai. Jangan lewat sangat." Tengku Farid meninggalkan Emelda di bilik.


       Emelda membuka kotak tersebut. Di dalamnya ada satu dress labuh berwarna biru laut, dan sehelai shawl berwarna krim. Emelda memegang dress tersebut. "Cantik." Bisik Emelda. 


      Dia mula menyarungkan dress tersebut di tubuhnya. Seterusnya shawl di pakaikan ke kepalanya. "Pandai dia pilih." Bisik Emelda lagi sambil melihat dirinya di cermin.


       Setelah bersiap-siap, Emelda keluar dari bilik hotel dan menuju ke tepi pantai seperti yang di arahkan oleh Tengku Farid.


       Kelihatan Tengku Farid sudah pun berada di situ menunggunya. Tengku Farid tersenyum manis melihat isterinya memakai dress yang di hadiahkan tadi. Dia menghampiri Emelda dan memimpin tangan Emelda menuju ke meja yang di letakkan di persisiran pantai. Ada cahaya lilin di atas meja tersebut.


          Kerusi di tarik. Tengku Farid mempersilakan Emelda duduk di kerusi tersebut. Datang seorang pelayan yang meletakkan sejambak bunga ros di atas meja. Tengku Farid mengambil bunga tersebut dan diberikan kepada Emelda.


          Emelda terkejut apabila mendapat bunga dari suaminya. Pelayan yang tadi mula mengambil pesanan dari mereka berdua. Setelah selesai mengambil pesanan, datang sekumpulan yang bermain muzik dihadapan mereka berdua.  Tengku Farid tiba-tiba memegang tangan Emelda dan mula menggengam tangan isterinya.


          "Awak suka?" Tanya Tengku Farid.


           Emelda tidak tahu ingin berkata ya atau tidak. Baginya semua ini adalah secara tiba-tiba. Tetapi dalam hatinya dia menyatakan yang dia suka dengan kejutan yang sebegini.


            "Saya tahu awak mesti terkejut dengan semua kejutan yang saya bagi ni kan? Tapi percaya la saya buat semua ni adalah untuk saya gembirakan hati awak. Untuk saya ambil hati awak. Kali pertama saya jumpa awak di tapak parking kereta, awak memang betul-betul dah curi hati saya. Saya tahu kita kahwin ni pun sebab bukan dari kerelaaan awak. Tapi terpaksa." 


            Tengku Farid menarik nafasnya. "Ok mulai hari ni, cuba awak buka hati awak untuk saya kenal lagi lebih dalam. Saya tahu awak masih kekok lagi dengan saya. But now I'm in love with you Emelda. Boleh awak terima saya dalam hidup awak?" Tengku Farid merenung tepat ke dalam mata Emelda.


           Emelda rasa terharu dengan kata-kata suaminya. Ada satu perasaan yang menusuk ke hatinya. Emelda tersenyum. "Saya terima abang dalam hidup saya "


           Tengku Farid terkejut mendengar isterinya menyebut perkataan abang. Ini bermakna isterinya sudi menerimanya.


             Selesai sahaja makan malam, Tengku Farid mengajak Emelda berjalan-jalan di persisiran pantai sambil.berpegangan tangan. Terdengar deruan ombak di sepanjang persisiran pantai. 


            "Awak thanks." Ucap Tengku Farid.


             Emelda tersenyum. "Abang saya juga nak ucap terima kasih sebab abang sudi terima saya dalam hidup abang." Emelda tersenyum manis.


             "Mulai hari ni abang akan jaga hati awak, awak jaga hati abang? Ok?"


              Emelda menganggukkan kepalanya.


              Sampai sahaja di dalam bilik hotel Emelda mula membuka shawl yang di pakainya. Tengku Farid berada di dalam bilik air. "Aduh macam mana ni. Dia akan mintak ke?" Gumam Emelda. Dia mula mundar mandir di dalam bilik.


              Kedengaran pintu bilik air di buka. "Awak nak mandi dulu?" Tanya Tengku Farid, yang sudah siap memakai seluar tracksuit dan bertshirt. 


             Emelda mengangguk dan mula bangun  menuju masuk ke bilik air. "Aduh dia nak ke ni?" Gumam Emelda lagi. Emelda mula risau jika suaminya meminta haknya.


            "Lama sangat awak dalam bilik air tu. Awak tidur ke dalam bilik air tu." Panggil Tengku Farid.


             "Nak keluar ni." Jerit Emelda.


              Emelda keluar dari bilik air dan mengenakan baju pajama berwarna kuning cair. Tengku Farid tersenyum.


              "Mari sini tidur." Tengku Farid menepuk-nepuk bantal Emelda. Emelda mula tidak tentu arah.


             "Awak takut eh saya minta?" Tanya Tengku Farid. Emelda masih berdiam diri. "Dah mari sini tidur. Jangan risau saya tak minta. Sebab saya tahu masih awal lagi. Awak pun belum bersedia lagi. Sini la." Panggil Tengku Farid.


              Emelda lega apabila suaminya berkata begitu. Emelda mula berbaring di sebelah suaminya. 

       

             Tengku Farid mula memeluk isterinya. "Tidurlah." Kata Tengku Farid. Tengku Farid mengucup pipi isterinya, dan mula memejamkan matanya. 


            Emelda merenung wajah suaminya. "Thanks abang." Bisik Emelda perlahan. Terdengar dengkuran halus suaminya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia