Home Novel Cinta Takdir Kita
Takdir Kita
Kasturi Madu
13/9/2022 08:57:22
3,753
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

BAYI kecil yang sedang lena itu direnung penuh tahjub.Bibir tak lekang menguntumkan sebuah senyuman penuh keterujaan.

Tak tahu kenapa bila tengok je bayi yang baru saja dilahirkan, Jasmin rasabegitu teruja. Kalau boleh nak je digomol bayi kecil itu sehingga puas.

Tak betah untuk terus memerhati, tangan naik membelai wajah kemerah-merahanitu. Sempat dicium dan dihirup sepuas-puasnya bau si kecil.

"Kenapalah awak ni comel sangat ya? Geram Mak Long tengok," bebelJasmin sendirian.

"Ha kau buat apa dengan anak aku tu?" sergahan Adlin menyentakkanJasmin. Lekas kepala ditolehkan ke arah wanita berusia 20-an itu.

Adlin, adik Azlan merangkap adik iparnya.

"Aku tak buat apapun. Saja tengok anak kau ni tidur. Comel anak kau,"puji Jasmin.

Tersungging senyuman bangga diwajah Adlin. Kening dah menari ronggeng."Kau tak payah nak bagitahu pun, aku memang dah tahu yang anak aku nicomel. Tu semua sebab turun menurun daripada akulah. Mama dia yang helokni."

Bebola mata dijulingkan ke atas. Adlin dengan perangai angkat bakul sendiri nimemang tak boleh dipisahkan lagi dah.

"Apa-apa jelah Lin. Asalkan kau bahagia," malas nak melayan si Adlintumpuan kembali diberikan kepada bayi kecil yang ada di hadapannya ini.

"Anak aku dah masuk 2 orang, kau tu bila lagi nak beranak Min? Kau takteringin ke nak ada anak macam aku ni?" sinis Adlin menyoal.

Soalan nilah yang paling Jasmin benci bila disoal setiap kali balik ke rumahkeluarga mentuanya ini.

"Setiap orang yang berkahwin dalam dunia ni, semuanya nak ada zuriatsendiri. Termasuklah aku. Cumanya aku belum ada rezeki lagi nak ada anaksendiri," keluhan dihela berat.

"Kau kahwin dengan Abang Lan dah nak masuk 5 tahun, Min. Takkan masihbelum ada rezeki lagi? Atau sebenarnya kau yang tak nak ada anak ni?"selamba Adlin menuduh.

Mencerlung tajam retina mata Jasmin merenung wajah selamba Adlin. Kalau takdifikirkan wanita itu masih berada di dalam pantang sudah lama ditampar wajahadik iparnya itu.

Mulut kurang ajar sangat!

"Kau ni kan, daripada zaman belum kahwin sampailah dah ada anak 2 orangpun mulut masih tak reti nak jaga, kan? Bercakap ikut sedap mulut kau je,"bidas Jasmin geram.

"Eh aku cakap benda betul. Yang kau nak sentap sangat tu kenapa? Tak betulke apa yang aku cakapkan ni? Kau nak tahu tak, Min. Wanita yang sempurna adalahwanita yang mampu melahirkan zuriat untuk suaminya. Mampu memberikan penyambungpada keturunannya. Ha macam aku nilah. Aku ni dikira sebagai wanita yang cukupsempurna. Lagi pun, kau tak kesian ke dekat abang aku tu. Asyik main dengananak aku je. Anak sendiri entah bila boleh ada pun aku tak tau," ujarAdlin tanpa berlapik.

Nafas dihela kasar. Wajah diraup seketika. Cuba menenangkan hati yang sedangpanas membara.

"Ya aku akui memang kau wanita yang cukup sempurna. Kau memang wanita yangsangat hebat sebab mampu lahirkan zuriat untuk suami kesayangan kau tu."

Koyak senyuman bangga diwajah Adlin. Suka dipuji sedemikian rupa.

"Tapi... Kau bukanlah seorang ibu yang boleh dibanggakan. Kau cuma tahubuat anak tapi bab jaga anak kau totally fail! Macamlah aku tak tahu selama nianak-anak kau, mak yang jaga. Kau dengan laki kau tu ke mana? Sibuk duk buatanak baru," tersungging senyuman sinis dibibir Jasmin.

Mati senyuman yang tadinya terhias cantik diwajah Adlin. Wajah dah berubahkelat.

"Kalau ya pun mak yang jaga anak aku sekalipun ada masalah ke dengan kau?Mak tu mak kandung aku. Kau tu cuma menantu je. Mak pun tak bising kau pulakyang lebih-lebih. Cakap jelah sebenarnya kau tu jealous. Kau jealous sebab makmemang lebihkan aku dengan anak-anak aku. Tulah kau kalau nak mak bagiperhatian pada kau, kau kenalah beranak. Ke kau sebenarnya takut nak beranaksebab takut nanti badan kau gemuk?" makin merepek Adlin berbicara.

"Kau merepek apa ni, Lin? Boleh tak kalau bercakap tu jangan nak ikutsedap mulut je? Kau kalau tak tahu apa masalah aku, jangan nak memandai-mandaitunjuk pandai. Mulut kau ni kan kalau takde benda baik kau nak cakap, baik kaudiam je. Bercakap pun tahu nak menyakitkan hati orang je," bidas Jasmingeram.

"Eh yang kau nak marah aku sangat ni apahal? Betulkan apa yang akucakapkan tu?" Adlin turut sama tak mahu kalah.

"Dahlah kau jagalah anak kau ni. Daripada aku melayan kau baik aku blah.Buat sakit jiwa je layan orang macam kau ni," malas nak bertekak punggungsegera diangkat. Melangkah keluar meninggalkan kamar milik Adlin.

"Sentaplah tu," dijuihkan bibirnya. Batang tubuh Jasmin dilihat ekormata.




*****




"SAYANG..."

Sapaan mengejut Azlan menyentakkan Jasmin yang larut dengan perasaannya. Tangankekar Azlan yang memeluk kemas pinggangnya diusap lembut. Ditolehkan wajahnyake sisi, cuba untuk mengintai wajah Azlan yang begitu selesa memeluknya dariarah belakang.

"Are you okay?" melihatkan kebisuan Jasmin, Azlan mula menyoal.

"I'm okay. Don't worry abang," balas Jasmin perlahan. Kepaladisandarkan selesa di dada bidang sang suami. Mata dibawa merenung ke arahpemandangan indah bandaraya Kuantan.

"Abang tahu sayang tak okey, kan? Sejak balik dari rumah mak tadi, abangtengok sayang banyak diam je. Asyik termenung je. Kenapa sayang? Ada apa-apayang abang tak tahu ke?" selidik Azlan. Pelukan dikemaskan.

"Sayang rasa abang dah tahu apa jawapan dari soalan abang tu, kan? Jaditak perlu sayang bagitahu lagi apa puncanya sampaikan sayang jadi takde moodmacam ni," jawab Jasmin malas. Nafas dihela perlahan.

Keluhan dihela berat. Tangan yang membelit pinggang Dian dirungkaikan. Tubuhsang isteri dibawa menghadap ke arahnya. "Mak dengan Adlin buat hal lagiya? Kali ni dorang cakap apa pulak?" soalnya.

Dianggukkan kepalanya. Bibir dah mencebik. Sesi mengadu bermula!

"Macam biasalah cakap fasal hal anak. Adlin pulak cakap sayang sengaja taknak bagi abang anak sebab takut badan jadi gemuk," cerita Jasmin. Ada rasasayu yang membelit tangkal hatinya kini.

Hela nafas berat. Wajah kacaknya diraup seketika. Perhatian kembali diberikansepenuhnya kepada Jasmin yang riak wajahnya sudah berubah mendung.

"Abang minta maaf sebab sayang kena lalui semua ni. Abang janji nantiabang jumpa dengan Adlin tu. Biar abang marah dia kaw-kaw. Mulut dia tu memangbercakap jenis main lepas je. Anak dah masuk 2 pun mulut tak reti nak jaga.Agaknya tangan abang ni nak kena hinggap ke muka dia kut, baru dia nak retihormat orang," ujar Azlan serius.

Lengan Azlan digengam erat. Kepala dah digeleng kiri dan kanan. "Abangjanganlah buat sampai macam tu sekali. Adlin tu kan adik abang. Sayang taksukalah abang sampai gunakan kekerasan pada dia. Mulut dia tu dah memang macamtu, kita nak buat macam mana lagi, kan? Lagi pun sayang dah biasa dengan mulutdia tu. Biarkan jelah Lin tu. Nanti kang tak fasal-fasal abang dengan si Lin tubergaduh pulak," lengan sasa Azlan digosok lembut.

"Tapi sayang, si Lin tu dah melampau. Abang tengok dia tu tak pernahlangsung nak belajar hormatkan sayang. Sayang ni kakak ipar dia. Bukannya adikatau kawan-kawan dia yang dia boleh buat sesuka hati," rengusan dihelakasar.

"Hal kecil je tu. Sayang dah biasa dah pun dengan mulut laser si Lin tu.Lagi pun apa yang dia cakap tu semua sayang dah balas balik dah. Silap besarlahkalau dia fikir sayang akan senyap je. Ini Jasmin Safiya lah. Setakat Lin tuapalah sangat," bibir dah terjuih.

Tersengih Azlan mendengarkan bicara Jasmin. Tubuh kecil sang isteri kembalidipeluk erat. "That's my wife. Abang tak suka orang buli isteri abangwalaupun si pembuli tu datangnya daripada keluarga abang sendiri. Abang dahkenal sangat dah perangai si Lin tu macam mana sebab tu abang takkan bela diawalaupun dia adik kandung abang sendiri," ujar Azlan tegas.

"Hmm dahlah kita bercakap fasal si Lin tu. Biarkan jelah dia. Dah perangaidia memang macam tu, kita nak buat macam mana lagi," ucap Jasmin.

"Hmm... Yalah sayang."

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.