Home Novel Cinta Layla
Layla
Aaliya Adni
9/12/2020 20:27:52
29,651
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

"Layla, aku serius untuk mengenali kau..." kata Khabib, matanya tajam menatap wajah Layla.

"Yes...kan sekarang kau sedang mengenali aku?" tanya kembali Layla ketawa kecil. Pandangan dilontar ke arah tasik buatan yang dihiasi dengan cahaya yang romantis.

"Ya...tapi aku dapat merasakan yang kau sebenarnya tidak meyakini aku...dan aku tidak menyalahkan kau..." jawab Khabib.

Dalam kekelaman malam itu, Layla tidak dapat mempastikan apakah Khabib berjenaka atau sebaliknya.

"Aku sudah lama menantikan seorang wanita yang bijak, cantik dan menarik untuk aku letakkan hatiku..." kata Khabib.Suaranya semakin serak pada pendengaran Layla.

Layla tersenyum mendengarkan kata-kata pujian Khabib. Bukan perkara baharu baginya pujian sedemikian. Banyak lagi yang perlu mereka lalui sebelum mereka mampu sampai ke tahap berpasangan,fikirnya mengeluh kecil.

"Aku tidak bermaksud untuk terlampau cakap lepas, tetapi ada tak pernah sesiapa memberitahu kau yang memandang kau, perasaan yang sama seperti aku memandang lautan ketika matahari hampir sahaja membenam?" Khabib separuh berbisik.

Layla terhibur dengan kata-kata yang diluahkan Khabib.

"Manis betul kata-kata kau...tapi kau tahukan aku tak semudah itu nak percayakan orang yang bermulut manis? Apa tah lagi seorang lelaki..." tanya Layla kembali.

"Kau tentu pernah dengar satu lagu lama...Brian McKnight?"

Layla ketawa.

"Aku memang dengar lagu tapi aku tak pernah tahu tajuknya..."

"One, you're like a dream come true
Two, just wanna be with you
Three, girl, It's plain to see
That you're the only one for me, and..."

Entah mengapa Layla rasa semakin berdebar dengan usikan Khabib.

"Ada sesuatu yang aku mahu kau tahu..." bisik Khabib perlahan. Matanya melingas ke sekitar. Kerut di keningnya bagaikan menggambar perasaannya. "Dan aku mahu kau tahu aku bukan berpura-pura..."

"Heh, kau jangan buat aku cemas?"tanya Layla agak gelabah, cuba mengendurkan ketegangan suasana.

"Aku mahu kau tahu yang sememangnya aku mahu kan kau, lebih daripada yang aku sendiri jangkakan...lebih daripada yang aku duga..." kata Khabib lembut dan gemersik di gegendang Layla. Dia mencapai jari jemari Layla di atas meja.

Layla menarik tangannya dan mencengkam kedua tangannya ke dagu.

"Kau ni sihat tak hari ni?" tanya Layla kehairanan dengan kata-kata Khabib.

"Aku...aku tak boleh nak beritahu apa-apa sebab aku sendiri tidak pasti tentang banyak perkara..."

Layla semakin hairan.

"Hanya pesan aku, jaga dirimu dan setiap langkahmu..."


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.