Bab 26
Datuk Syed Kamarul meletakkan gelas yang berisi air masak di hadapan anaknya. Raut wajah anaknya yang pucat itu dipandang. Dia mengambil tempat bertentangan dengan anaknyan di ruang tamu mewah tingkat itu. “Minum air tu Kimi. Baru kamu rasa lega sikit nanti.” Arahnya. 

Patuh Syed Hakimi meneguk. 

Mujurlah usai solat subuh sebentar tadi, tergerak hatinya untuk ke tingkat 4 mengambil hard disk yang sudah diletakkan oleh Syed Daniel di atas meja bulat ruang tamu itu sebelum dia berlepas ke Jakarta malam tadi. Isi kandungan hard disk itu tentang mesyuarat projek mega mereka di Timur Tengah. Memang sudah menjadi tabiat Syed Daniel mahupun Syed Hakimi untuk merakam apa jua jenis mesyuarat berkaitan projek mega untuk dia menilai dan memberikan pendapat. Tetapi, tahu-tahu sahaja sebaik dia melangkah keluar dari dalam lif anaknya sedang mengigau di atas sofa bersama peluh merecik di dahinya.

 “Beritahu papa... kamu mimpi apa yang sampai terjerit-jerit macam tu sekali? Kalau mama kamu dengar sekali dah sah-sah dia suruh papa azan tau.” Sengaja Datuk Syed Kamarul membuat lawak hambar untuk meredakan suasana.

 Syed Hakimi tersenyum nipis. “Tak ada apa pa. Biasalah mimpi.” Dalihnya tetapi tidak seiring dengan kerutan di dahinya ketika ini. Siapa budak perempuan itu? Mimpinya itu terasa benar-benar terjadi. Dadanya juga seperti dihempap oleh sesuatu yang berat seakan sukar untuknya bernafas. Sejak kebelakangan ini semakin kerap budak perempuan itu hadir di dalam lenanya... tetapi siapa dia? Kenapa dia langsung tiada memori tentang budak perempuan itu?

 “Kimi...” Datuk Syed Kamarul memanggil. Boleh pula anaknya itu mengelamun. 

“Ha? Papa dah ambik hard disk?” dia cuba mengalih topik. Nasib cepat otaknya berfikir. Diregangkan sedikit otot-otot badannya.“Sudah.” Datuk Syed Kamarul menjawab sambil menunjukkan hard disk di tangannya. “Kamu betul-betul tak apa-apa?” risau riak wajahnya. Bukan main kuat lagi anaknya menjerit tadi. 

Syed Hakimi mengangguk tanda menyakinkan papanya. 

“Kalau macam tu masuk bilik kamu. Tak elok tidur atas sofa ni. Ni kamu dah solat belum?” tanya Syed Kamarul sambil berdiri apabila melihat Syed Hakimi juga sudah siap-siap berdiri. Dia membuka langkah menuju ke tingkat 2 setelah mendengar jawapan dari Syed Hakimi. 

Syed Hakimi membuka langkah longlai menuju ke bilik mengikut arahan papanya. Badannya berjalan dengan sendiri menuju ke arah biliknya. Baru sahaja pintu biliknya dipulas, Datuk Syed Kamarul menegur.“Kamu buat apa tu?” soalnya kehairanan. Tangannya terhenti untuk menekan butang lif.

 “Nak masuk biliklah.” Kali ini Syed Hakimi pula hairan dengan papanya. Mestilah pulas pintu bilik nak masuk dalam bilik. Takkan nak terjun dalam kolam renang pula pag-pagi ni.“Kot ye pun kamu tu mamai lagi, yang kamu nak masuk bilik adik kamu tu kenapa? Itu bilik Niel. Bilik kamu yang sebelah sana. Yang pintu putih tu.” Lurus jari telunjuk Datuk Syed Kamarul menunjuk. 

“Oh... sorry pa. Tak sedar.” Syed Hakimi berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya. Salah bilik daaa... 

Datuk Syed Kamarul menggelengkan kepalanya seraya menekan butang tutup lif itu. Lif berhenti di tingkat 2. Sengaja dia menyediakan mini office di rumah untuk memudahkannya memantau urusan syarikat dari jauh jika tidak mempunyai kesempatan untuk ke pejabat. Dia ingin menilai sejauh mana kebolehan anak-anak terunanya dalam menerajui syarikat. Jika segalanya diuruskan dengan sempurna, barulah dia boleh bersara dengan tenang. Bukan mudah baginya untuk menyerahkan syarikat yang berpuluh tahun dibina dengan begitu sahaja. Jerih perih dalam membina sebuah empayar sangat memenatkan. 




 Pagi-pagi lagi pengurus dan semua pekerja di Megah’s Furniture sudah kelam kabut apabila menerima lawatan mengejut daripada ketua mereka iaitu Tengku Mikhail dan Syafiq. Pakej kepada pekerja yang lambat pada hari ini apabila Tengku Mikhail sendiri membukakan pintu pejabat untuk mereka. Terkesima mereka di situ. Kadang-kadang perangai Tengku Mikhail sukar untuk diramal.

Tengku Mikhail sebenarnya tidaklah setegas mana, janji bilangan jam pekerjanya mencukupi dia langsung tiada masalah. 

Megah’s Furniture adalah salah satu daripada anak syarikat Megah Holding Sdn. Bhd. Tekun mereka berdua mendengar tentang kejayaan reka bentuk perabot terbaru mereka yang mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan yang membelinya. Malahan, reka bentuk perabot terbaru mereka yang telah di inovasikan untuk menarill minat golongan muda juga berjaya mencapai sasaran.

 Pengurus itu dengan bangga memaklumkan berita baik ini kepada ketuanya. Tetapi mengapa tiada reaksi daripada ketuanya itu? Mereka berdua masih serius membaca laporan yang berada di tangan. 

“What’s next?” Soal Tengku Mikhail dengan mendatar. 

“Ha?” Pengurus itu kebingungan seketika.

 “Jadi, apa perancangan selepas ini bagi mengekalkan atau memperkukuhkan lagi jenama kita supaya tetap menjadi pilihan pelanggan.” Sebijik-sebijik perkataan itu disebut oleh Syafiq sebagai penyelamat keadaan. Pengurus baru lantikan Tan Sri Tengku Mustaphar itu dipandangnya tanpa kelip. Dia tahu Tengku Mikhail sekadar menguji. Tapi pasti pengurus itu tidak menjangka yang Tengku Mikhail akan ‘menyerbu’ anak syarikat pada bila-bila masa sahaja sehinggakan laporan yang disediakan juga tunggang terbalik tetapi masih dapat difahami oleh mereka berdua. 

“Untuk itu, buat masa sekarang target market kita masih pada golongan muda. Tetapi lebih kepada pasangan muda yang baru berkahwin ataupun golongan muda yang mahukan kelainanan dalam mendekorasi rumah mereka. Konsep minimalis sedang menjadi trend buat masa sekarang. Jadi, dengan menerapkan konsep ini di dalam rekaan untuk koleksi rekaan perabot kita yang seterusnya mampu menarik minat mereka. Itu semua masih dalam perbincangan Tengku.” Ucapnya dengan takut-takut. Apatah lagi dia melihat wajah Tengku Mikhail yang serius sedari tadi. Dia menunggu dengan sabar apa yang bakal keluar dari mulut Tengku Mikhail yang masih meneliti laporan di atas meja. 

Pengurus itu menelan air liur. Dia tidak pernah berurusan dengan Tengku Mikhail. Dia baru dinaikkan pangkat 3 bulan yang lalu kerana pengurus yang sebelum ini didapati bersalah kerana penyalahgunaan kuasa. Dia daripada Megah Plus Holding Sdn. Bhd pengurusan Tan Sti Tengku Mustaphar. Jadi dia tidak berapa biasa dengan cara kerja Tengku Mikhail. Dia masih cuba untuk menyesuaikan diri.Tengku Mikhail menutup laporan itu. 

“Baik. Teruskan dengan rancangan itu. 2 minggu dari sekarang saya nak laporan penuh atas meja saya. Dan...” Tangan Tengku Mikhail menujuk ke arah laporan di hadapannya. “Tolong sentiasa update ye.” 

Laju pengurus itu mengangguk. “Baik Tengku.”

 Tengku Mikhail dan Syafiq bangun sambil membetulkan kot yang dipakai mereka menuju ke arah pintu diikuti oleh pengurus itu menghantar mereka keluar. 

Syafiq memandu dengan tenang sambil sesekali dia melihat Tengku Mikhail sedang meneliti laporan projek yang lain di Ipad miliknya. “Bila budak berdua tu nak balik?” Tanya Tengku Mikhail sambil menutup Ipad itu sesudah selesai membaca laporan. Beg galasnya yang beradadi tempat duduk belakangdiambil dan dikeluarkan air mineral. Haus tekaknya. 

“Dalam tahun ni juga. Tapi mereka tak cakap pula bila yang sebetulnya.” Syafiq menjawab sambil meletak kereta mewah itu di tempar letak kereta khas untuk Tengku Mikhail. Sejurus itu dia meminta diri ke pejabatnya untuk membuat persiapan tentang mesyuarat mereka nanti. 

“Selamat pagi Tengku.” Sapa Kak Ya mesra sebaik sahaja ketuanya itu muncul.“Selamat pagi. Buatkan saya kopi ye.” Tengku Mikhail terus masuk ke dalam pejabatnya setelah memberi arah. 

Kak Ya masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Mikhail bersama air kopi di tangan. Sopan dia meletakkan air kopi itu. Setelah itu, Kak Ya mengingatkan Tengku Mikhail tentang beberapa temu janji yang dia perlu hadiri pada hari ini. 

“Dan juga, PA Datuk Hisham minta untuk meeting petang ini dibatalkan. Datuk Hashim tak berapa sihat. Dia juga perlu berulang-alik ke hospital untuk beberapa hari ini.” Maklum Kak Ya. 

Tengku Mikhail mengangguk tanda memahami. “Baik. Jangan lupa hantarkan buah tangan kepadanya.” Pesannya kepada Kak Ya yang sedang mencatat pada buku nota di tangannya. 

“Tengku pun ada masa 30 minit lagi sebelum mesyuarat bermula.” Kak Ya mengingatkan ketuanya.Tengku Mikhail tersenyum sambil mengangguk.“Thanks Kak Ya.” Ujarnya sambil menyambung kembali kerjanya. Sempat dia naik sebentar ke tingkat 10 untuk membalas e-mel penting sebelum turun semula menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 7. 

Kesemua ahli lembaga pengarah syarikat sudah menunggunya. Dilihat Syafiq juga sudah bersedia untuk membentangkan tentang projek terbaru mereka. 

Tengku Mikhail menunjukkan isyarat menyuruhnya memulakan pembetangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh