Home Cerpen Kanak-kanak PEMERINTAH YANG BONGKAK
PEMERINTAH YANG BONGKAK
Dhievya Dharshiny Katheruelo
22/11/2015 23:04:34
4,832
Kategori: Cerpen
Genre: Kanak-kanak

PEMERINTAH YANG BONGKAK

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pemuda yang bernama Ali Abbas. Ali Abbas merupakan seorang pemuda yang paling kaya di kampungnya. Tidak terkira harta yang dimilikinya kerana Ali Abbas mempunyai tujuh bidang tanah , enam buah istana yang diperbuat daripada batu permata batu, setiap rumah mempunyai beberapa orang gaji dan dirinya sendiri pula sentiasa diikuti oleh beberapa orang pengawal dan sentiasa memakai barang kemas. Tambahan pula, Ali Abbas merupakan seorang ketua kampung di kampungnya sendiri iaitu kampung Pinang Sebatang.

Walaupun Ali Abbas seorang yang kaya dan juga seorang ketua kampung, ramai penduduk kampung tidak suka akan sikap Ali Abbas yang bongkak dan suka memandang hina kepada orang miskin yang tinggal di kampungnya. Pernah juga suatu ketika dahulu, Ali Abbas menghalau beberapa orang kampungnya ke kampung lain kerana penduduk kampung terlalu tua dan tidak dapat bekerja untuk membayar cukai yang dikenakan oleh pihak pentadbiran kampung Ali Abbas.

Terdapat sebuah kampung yang berjiran dengan kampung Pinang Sebatang iaitu kampung Redang Damai. Ketua kampung Redang Damai merupakan seorang pemuda yang bernama Abu Kassim. Sikap Abu Kassim amatlah berbeza dengan sikap Ali Abbas kerana walaupun Abu Kassim kaya seperti Ali Abbas, Abu Kassim tidaklah bongkak dan sombong kerana sering menyedekahkan sejumlah daripada rezeki kampungya kepada orang yang daif. Penduduk kampung Redang Damai juga amat kagum dan hormat kepada Abu Kassim.

Beginilah pada suatu hari, Ali Abbas telah mengarahkan pengawalnya untuk membawanya mengelilingi kampung. Sewaktu dalam perjalanan mengelingi kampung, Ali Abbas telah melihat beberapa orang lelaki yang sedang mengerjakan t sawah padi atas tanah miliknya lalu Ali Abbas telah mendapat sebuah fikiran untuk menjadikan tanah sawah itu sebagai tempat untuk dibangunkan sebagai sebuah lagi istana untuk menambahkan hartanya. Selain itu, bagi Ali Abbas lebih baik dia membina istana untuk keselesaanya daripada menggaji pekerja -pekerja yang bekerja di tanah sawah miliknya.

Pada keesokan harinya, Ali Abbas telah mengarahkan pengawalnya untuk memgumpulkan para penduduk kampung. Salah seorang pengawal juga menyampaikan berita tergempar kepada penduduk kampung sekalian “Wahai orang-orang kampung, ketua kita Tuan Ali Abbas telah bercadang untuk membangunkan tanah sawah miliknya untuk dijadikan istana . Oleh hal yang demikian, para orang kampung yang bekerja di tanah miliknya akan diberhentikan kerja.” Begitulah pengawal tersebut menyampaikan berita dengan penuh lantang suaranya. Kedengaran suara riuh-rendah dari para orang kampung kerana mereka sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Ali Abbas kerana mereka akan kehilangan mata pencarian. Namun demikian Ali Abbas tetap mementingkan diri dan tidak mempunyai rasa simpati terhadap penduduk kampung.

Selepas beberapa hari, tibalah beberapa orang pemuda untuk merobohkan tanah sawah milik Ali Abbas dan memulakan kerja pembinaan istana. Para penduduk kampung yang dulunya berkerja di tanah sawah itu terpaksa berpindah ke kampung Abu Kassim iaitu kampung Redang Damai. Abu Kassim menerima para penduduk kampung dengan hati yang terbuka dan peramah serta menberikan mereka kerja di beberapa tanah sawah yang dimilikinya.

Setelah beberapa bulan,istana pun siap dibina. Ali Abbas amat gembira dan segera berpindah ke istana barunya. Namun demikian, pada suatu malam Ali Abbas berasa amat lapar lalu memanggil salah seorang dayang istana untuk memasakannnya makanan. “ Maaf tuan Ali Abbas. Kampung kita sudahpun kehabisan beras. Beras yang ada pun hanyalah cukup untuk dimakan pada waktu petang untuk beberapa hari sahaja.” Beritahu dayang dengan cemas kepada tuan Ali Abbas. “Mengapa pula berlaku sedemikian? Bukankah beta memiliki beberapa bidang tanah sawah? Kemanakah perginya hasil daripada tanah sawah itu? Tanya Ali Abbas dengan penuh kehairanan. Salah seorang pengawal Ali Abbas pun bersuara “Maaf tuan Ali Abbas. Adakah tuan sudah lupa? Tuan sudah menggunakan tiga bidang tanah sawah untuk dibangunkan sebagai istana dimana tuan sedang berehat kini. Kesemua pekerja kita telah pun berpindah ke kampung seberang kerana tidak ada lagi rezeki untuk mereka di kampung kita.” Beritahu pengawal istana. Ali Abbas teringat keluhan seorang penduduk kampung ketika mencadangkan pembinaan istananya. Pada waktu itu, Ali Abbas tidak teringat untuk memikirkan keadaan penduduk kampung dan langsung tidak mempunyai simpati terhadap mereka. Namun semuanya sudah terlambat.

Pada keeesokan harinya, Ali Abbas dan beberapa orang pengawalnya mengiringi Ali Abbas ke kampung Redang Damai untuk berjumpa semula dengan penduduk kampungya untuk meminta maaf kepada mereka. Abu Kassim selaku ketua kampung Redang Damai menyambut kedatangan Ali Abbas. Ali Abbas menyatakan tujuan kedatangannya kepada Abu Kassim. Abu kassim bersetuju tetapi sebelum mengarahkan orang kampung Ali Abbas yang terdahulu berjumpa dengan Ali Abbas , Abu Kassim telah menasihati Ali Abbas. “ Ali Abbas, patik juga kaya sepertimu, patik juga mempunyai banyak harta sepertimu. Namun demikian harta dan kekayaan bukanlah pengukur darjat seseorang tetapi budi bahasa dan sikap pemurah yang paling penting dalam kehidupan kita.” Ali Abbas tunduk menyesal mendengar kata –kata Abu Kassim.

Sebentar kemudian, tibalah bekas orang kampung Ali Abbas. Ali Abbas meminta maaf kepada mereka dan mengajak mereka ke kampungya semula. Penduduk kampung terharu dengan keinsafan Ali Abbas dan berpindah semula ke kampung Ali Abbas. Ali Abbas telah memberikan pendapatan yang lumayan kepad para pekerja yang sudi bekerja di istananya. Selain itu, Ali Abbas juga menyedekahkan separuh daripada hartanya untuk kebajikan penduduk kampung. Ali Abbas telah merobohkan istana lamanya dan menjadikannya tanah untuk diusahakan sebagai bendang sawah padi. Tidak ada lagi penduduk kampung yang dipandang hina oleh Ali Abbas dan tidak ada juga penduduk yang miskin di kampung itu.

Pengajaran: Kita janganlah bongkak sesama manusia kerana kekayaan dan harta bukanlah pengukur darjat seseorang. Budi bahasa yang dipandang tinggi. Selain itu, kita juga sebagai seorang manusia haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dhievya Dharshiny Katheruelo