Home Cerpen Fantasi Wadon
Wadon
RF
19/7/2019 09:42:18
4,011
Kategori: Cerpen
Genre: Fantasi

Malam itu sunyi. Gadis buta itu melafazkan: mimpi berhenti dalam tidurnya; dalam lena dia keseorangan...


Uai buka dua matanya.


“Kau fikir kau siapa?, Farhana sebenar lebih garang tidak seperti dirimu!,” Uai membisik, penuh sinis, memandang kegelapan arah Farhana menghilang.


Lalu Uai berjalan ke hadapan penuh berhati-hati, jemari-jemarinya bisu menyelongkar segala peti yang ada, mencari surat tanah; sebuah kisah lama. Terkandung bukti adanya kuasa jahat selama melahirkan Pertubuhan Lagen-Da.


Pertubuhan, bukannya Parti Politik.


“Selaku orang Lagen-Da, aku harus membunuh seseorang dari kalangan orang Pertubuhan sendiri—,” Uai membisik sebelum kelihatan satu jasad gelap lorong bawah tanah itu muncul ditepinya.


Dan KEJAM MENUSUKKAN mata keris sedalam-dalam ke jantung Uai. Urat sarafnya putus. Darah merah sepanjang kegelapan itu memancut deras. Membunuh Uai, lalu terpejam dua matanya...


Bila Uai tersedar, jasad-jasad manusia umpama mayat hidup dahagakan otak sedang dekat mengepungnya. Buatkan Uai terpana dalam baringannya atas tanah basah, umpama kubur yang lecak bawah awan hujan yang menangis...


Namun hari itu tidak hujan.


Uai bangkit dengan matanya melilau dan lari dari jasad-jasad bodoh yang merebut kepuasan diri itu.

Uai bisa melihat. Dia hari itu juga, ada rasa puas. Tersangat puas bagaikan gayat di awanan. Seakan lari bebas dari penjara. Tumpuannya hanyut pada atas bukit berpagar tiada pengujung mengelilingi sebuah bangunan lebar, mewah dan tinggi. Ditutup kabus,demikianlah prestij gudang ilmu. Tempat Uai belajar. Dahulu penuh kenangan. Dan Uai bisa tatapnya begitu lama dengan kakinya yang berlari laju. Maka Uai lalu menyebutkan:


“Segala puji bagi Tuhan yang berikan peluang kedua, sepantasku disini, sepantas itu aku harus... pulang...,” Harus pulang. Uai bersumpah sebulat hatinya. Dan entah mengapa terbongkar wajah Azlan Hibri yang tiba-tiba meletus dalam ruang hitam — sebuah kotak ingatannya itu.


Manakala sejauh-jauh yojana pada arah tenggaranya jelas terpancar satu cahaya putih lurus. Membongkar ruang dan waktu padang besar itu. 


Cahaya misteri.


Uai sempat berpaling ke belakang, panorama belakangnya masih padang rumput basah, awan hitam dan hutan belantara... segalanya menjadi satu kewujudan yang nampak samar, menjadi kiub-kiub pejal. Apa saja ditangkap dua irisnya bertukar sama. Kiub-kiub misteri. Tiada bunyi sedangkan mula-mulanya sepikuk mergastua, namun lagu alam harmoni itu terdiam, segala depan Uai terasa kelam.


Tiba-tiba pandangannya berubah gelap, matanya terpejam. Bila Uai celik, Uai berdiri dalam ruang bawah tanah.


Buatkan gadis itu menarik nafas lega dalam suram lorong yang penuh kenangan itu. Namun lorong itu entah bagaimana tersedia di matanya?. Uai perasan yang dia kembali semula ke dalam “penjara”.


Laksana tadi berlari untuk kebebasan, namun mengejar semula kurungan...


“Bunuh seorang, dan pulang,” Bisik Uai buat diri sendiri, berjalan-jalan sepanjang lorong hamis yang dia tahu bau asalnya adalah kemenyan, bunga-bungaan atau haruman sebati Alam Melayu — terkenang sepanjang langkahnya yang bergegas masuk ke dalam ruang utama markas pertubuhan Lagen-Da itu.


“Selaku orang Lagen-Da, aku harus membunuh seseorang dari Lagen-Da, dan sedar dari terus—,” Kata suara Uai sebelum kelihatan satu jasad gelap dalam lorong bawah tanah itu muncul ditepinya.


“Itu kedengaran terlalu wayang cerita Serangan 331 yang mendapat kutipan 581 juta keuntungan pada tahun 1993...,” Ramah suara halus yang penuh kelakian, begitu mengejutkan Uai yang terundur-undur bila seseorang menikam suasananya. “Uai, Uai, kau di sana? Benarkah itu?,”


Uai menelan air liur, kerana mengenali suara demikian... yang mahu dibunuh.


Juga suara itu yang TELAH menusukkan keris ke jantungnya!.


Darah pekat mengerikan terbayang-bayang merah, namun masih juga Uai bertenang.


Bahu Uai tiba-tiba direntap kasar.


“Demikian, kau muncul sejak lama menghilang, sahabatku?,” Lelaki itu menambah. Oh tidak!, Uai tidak bersedia mati lagi!. Seragam hitam lelaki itu, dan sulaman epolet warna unggu dibahu kirinya nampak jelas. 


Uai kenal lelaki itu.


Dalam kehadiran cahaya suram umpama lolongan sinar purnama yang sayu, Uai terus ditarik dan ditarik lelaki itu ke satu sudut terlindung—


“...senyap sahabat, durjana Lagen-Da datang dan pergi sepanjang lorong ini,” Kata lelaki itu terpaksa menekap bibir Uai. Bunyi tapak kaki berderap-derap yang membawa lantera cahaya muram menerangi dahi pemuda itu yang tidak terlalu luas, berwajah dengan dua iris redup yang perang memerhatikan Uai berwajah tersentak; menatap pemuda itu yang maskulin berambut tepi melebihi paras dagu — tersenyum melihat Uai seperti orang tua yang menatap penuh kasih wajah anaknya. Lalu genang cahaya suram yang dibawa figura tadi lesap ke hujung lorong gelap. Tanpa menyedari kehadiran mereka ber—


 “Ya Tuhan... Muaz?...,” Terkejut Uai, apabila melihat seorang gadis berwajah jelita, dengan renungan mata kecil yang memukau. Hadirnya kemari diam-diam. Rambutnya panjang bergulung dihias penutup kepala tebal berbulu musim sejuk, datang memegang tangan Muaz dan melihat Uai yang berseragam Lagen-Da itu dengan renungan telus.


Laksana berkenalan dengan musuhnya.


Namun gadis comel yang cintakan Muaz itu masih tersenyum disisi bila pandangan bersatu hati dengan kekasihnya yang tampan... Yang sepadan buat dirinya itu...


Bena Cahaya Nirmala...


“Duhai gadis... Beginilah wajahmu tika besar harusnya, Muaz, aku rasakan derita itu bila kehilangan cinta pandang pertamamu, demikian Bena Cahaya Nirmala namanya, ratna pekaja yang tercinta namun Bena sudah pun...,” Uai kesatkan matanya yang melaram terkenangkan peristiwa sedih; hatinya terasa pedih sedangkan yang menanggung itu Firus Muaz, pemuda depan Uai itu. Namanya sahaja melambangkan kekuatan menembusi langit biru. “Dan aku... Namun... terpaksa... bunuh kau, hari ini, Muaz, untuk...,”


“Bukan aku, tetapi aku yang berada dihujung-hujung sana...,” Jari Muaz menuding arah seorang pemuda sepertinya, berwajahnya, yang berseragam hitam dengan epolet emas dibahunya umpama Uai. Mukanya sinis, matanya kejam, senyumannya jahat. Dia menyembelih leher seseorang yang melutut pada kakinya dan Firus Muaz yang kejam itu meledak ketawa, langsung tiada empati juga perasaan.


“Dan tiada belas kasihan, itu diriku yang jahat dihujung lorong yang hamis nin, aduh aku tak sanggup disini, bukankah lorong ini berbau harum adanya?, bukan aroma mayat,” Kata Muaz yang tercuit hati. Memandang lama wajah buram Uai sedang terpana melihat Muaz versi jahat dihujung lorong kejam sana, dan Bena versi jahat di sisi pemuda itu mengheret seorang lagi mangsa yang bakal disembelih mereka untuk upacara tumpah darah merah buat pengabdian diri kepada... Syaitan.


Syaitan.


Demikian lorong “ini” yang wajib dijauhi wadon-wadon suci. Uai mengerti itu.


“Rupanya ada Muaz yang lebih bangsat. Sungguh, kau tidak begini di dunia sebenarku,” Uai mengusap epolet unggu yang tersulam di bahu kiri Muaz penuh sayang. Punyai lambang bintang lima penjuru, demikian lambang itu milik kekuasaan Yami Kage, sebuah Pertubuhan penyembah syaitan yang memecah tradisi keganasan — memburu remaja-remaja bawah lapan belas tahun untuk dijadikan hamba abdi pada mulanya senyap-senyap kemudian terang-terangan. “Namun aneh mengapa kau memakai seragam musuhku, berlambangkan bintang lima penjuru nin wahai si dungu Muezzz???,”


Muaz akhirnya ketawa, dan senyuman dibibir Uai terserlah bila melihat wajah Muaz dalam perangai sebenar pemuda itu, dirindukan sangat-sangat itu.


“Lalang 332,” Muaz sengaja memerli Uai yang rindu sikap nakalnya. Manalah Muaz tahu. Ini bukan kemuncak paradoks multimesta watak-watak samudera Lalang 332 yang mereka berdua sering tonton, setiap selasa bila habis perlawanan ragbi malam itu, Uai lupa agaknya.


Kawan sejak kecil lagi.


Teman seperwayangan.


“Oh ya... benar kau tidak... wujud... sahabatku... maafkan aku... Maafkan Uai, sahabatmu,” Uai terpaksa menekan suaranya, hampir menangis, kerana masa yang kini terbentang diragut kesuntukan. Bena senyap disisinya, merangkul pinggang Uai yang tidak kuat untuk rahsiakan air mata...


 “Uai, sebenarnya apa yang kau mahu katakan selain aku tidak wujud?,”


“Ada lagi yang seperti Muaz barangkali?,” Kata Bena tanpa perasaan kepada Muaz. Berdiri di sisi Uai umpama memahami. “Kisahkan dulu, Uai?,”


Maka Uai menurut perintah. Matanya pejam.


Rentetan itu Uai membuka matanya yang terpejam. Bagaikan disedut lohong hitam terus dia muncul atas kerusi, tangannya siap terhampar atas meja.


Uai merenung jauh seorang gadis Pertubuhan Lagen-Da menyusun ratusan kertas yang tertera aksara penyembahan syaitan.


Sudah beberapa kali matanya tertutup, dan terbuka, malang segalanya tiada beza. Namun kali ini mimpinya bisa temukan sasaran untuk dia bunuh.


Tiada siapa faham, mengapa Lagen-Da membunuh Lagen-Da.


Pabila tidak pula Yami Kage membunuh Yami Kage?


“Kau jangan duduk aja, pergi ke bilik upacara untuk persiapan!,” Tengking Farhana tersedarkan Uai yang sedang duduk dibulatan meja bersamanya. Farhana yang memegang puluhan kertas tebal itu berjalan hilang diceruk kegelapan.


“Kau fikir kau siapa?, Farhana sebenar lebih garang dan baik tidak seperti dirimu!,” Uai membisik, sinis, memandang kegelapan arah Farhana menghilang.


Lalu Uai berjalan ke hadapan penuh berhati-hati, jemari-jemarinya bisu menyelongkar segala peti yang ada, mencari surat tanah; sebuah kisah lama. Terkandung bukti adanya kuasa jahat selama melahirkan Pertubuhan Lagen-Da.


 “Selaku orang Lagen-Da, aku harus membunuh seseorang dari kalangan Lagen-Da, dan pulang,” Kata Uai sebelum kelihatan satu jasad gelap lorong bawah tanah itu muncul ditepinya.


“Itu macam kisah “Gagasan Tersumpah II” siri 2 musim 4 yang mengundang ketawa saja, cerita bodoh yang selalu ulang itu pernah kita bualkan sepanjang hari sukan,” Kata suara yang dikenali Uai...


“Gadis, hei..., cukuplah jangan terlalu ulang mimpi,” Kata Muaz buat Uai yang merenungnya sedang tersenyum. “Padanlah, setiap kali mata kau terpejam gadis, kau bisa ke tempat baru, masa tetap sama, tubuh yang sama. Sedangkan kami wujud berulang kali dalam setiap mimpimu terasa aneh dengan tergesanya diri kau—,”


“—Kau tidak faham sahabat kau Muaz,” Pintas Uai. “Perjalanan aku untuk habiskan arahan Pertubuhan Lagen-Da. Kami melihat apa yang bisa terjadi, bila seseorang dari kami dibunuh... dalam mimpiku... yang dianggap dongeng kalau dikisahkan,” Uai jelaskan, memenuhi sudut pandangan kosong wajah Muaz.


“Atau kewadonan kau buat kau... sangsi pada dunia sebenar kau Uai?. Benarkah ini sebenarnya kajian?, atau kau tidak gemarkan seseorang, atau kau rasa mereka benci kau. Mimpi yang bisa kau kawal nin, kau jadikannya pengubah takdir?,” Muaz mendekati Uai dan Bena yang setia memegang tangannya menjadi pendiam.“Kau mahu pabila kau sedar, takdir berubah?,”


“Jujurnya... ya!,” Uai menyambut lemah, hingga jatuh air mukanya yang tertunduk ke bawah. “Namun, ini hanya mimpi di malam hari Muaz, kerana aku sedar siapa diriku yang tidak seindah purnama, yang senantiasa disisi kau penaka dahulu,”


“Setiap kali aku bisa mengawal takdir, namun Tuhan mengawal yang telah ubah; Tuhan mencipta takdir, dan takdir tidak tunduk pada aku,” Kata Uai lagi, air matanya berkaca dalam satu renungan telusnya kepada Muaz, dan Bena, juga kepada Muaz dan Bena versi jahat yang jauh dia renungkan. Di hujung lorong yang hamis sana mereka sedang mencuci darah merah yang menyimbah bau. “Maka aku berserah dalam satu usaha: mencari benda tersembunyi, kami Lagen-Da cuba melihat takdir, dan merasai yang ghaib,”


“Biarpun sebahagian tugas aku rosak kerana matlamat peribadi, yang terdosakan!,”


Muaz dan Bena berpandangan dalam satu detik yang membuatkan mereka separuh ghaib dari mata kasar Uai, sebelum wujud kembali.


“Maka kau disini mencari punca bahaya dari Lagen-Da untuk selamatkan Lagen-Da,” Kata Muaz mendengus perlahan dan Uai berduka kata:


“Muaz, sehingga ke hari ini, ramai antara kami yang sedang mati, atau akan mati,” Manakala Bena disisi Muaz tersedar bahawa dua versi jahat mereka yang jauh dihujung sana mula ghaib dalam asap hitam dan mara ke arah mereka dalam satu gelombang ribut.


Segalanya hitam, Uai pejamkan matanya dengan tengkuk naik meremang.


Lorong itu tiba-tiba sepi.


Uai membuka matanya, tersedar berada atas kerusi dengan tangan dan kaki terikat ketat. Lebam kesannya, bisa rasanya. Muaz versi jahat dan disisinya Bena membiarkan wajah angkuh cintanya itu semakin rapat ke wajah Uai yang terdiam.


“Seperti babak Yuda 3264, dimana watak utamanya mati, tidak berjaya melawan apapun, untuk mengubah masa silamnya,” Renungan Muaz tajam menikam renungan Uai yang sedaya upaya bertenang...


Inilah wajah Muaz, yang paling syaitan.


“Masa kita berjalan mengikut kehendak-Nya, hanya takdir yang menemukan,” Uai balas pandangan Muaz yang sinis ketawa. “Dan ini mimpi aku, bukan mimpi kau atau orang lain,”


“Namun aku Muaz versi jahat, dalam mimpi kau itu... juga tidur... untuk hadir ke dalam mimpi kau ini, bagaimana?,” Muaz menyindir diri sendiri, jari telunjuknya lurus kepada dirinya, irisnya tajam menentang renungan Uai yang terkedu bila teringatkan...


Muaz orangnya bijaksana.


Ketua Pertubuhan Uai.


Kebijaksanaan itu, biarpun dalam mimpi tetap sama.


Paradoks!


“Namun mimpi kau adalah mimpi aku. Aku adalah entiti mimpi yang bermimpi, masuk ke dalam mimpi kau itu mudah. Muaz ini punyai “kuasa segalanya”. Aku yang berikan kau kuasa di dunia sebenar kau, hingga pelbagai kuasa aku yang ada hilang,” Muaz mengingatkan Uai tentang kewujudannya sebagai makhluk mimpi dalam mimpi.


Uai merenung lelaki itu sedalam-dalamnya. Pedang tiga mata yang lama tergantung pada belakang selubungnya bergetar sakti.


Namun Muaz rampas pedang mata tiga milik Uai penuh mudah, selamba, lalu merodokkan tiga bilah kembar berluk itu ke perut Uai yang lantang terjerit, anak matanya terpana rasa kesakitan.


Tiada sesiapa yang bisa mengangkat pedang Setiabu itu melainkan Uai.


“Namun sahabat... “kuasa segalanya” diizinkan Tuhan ada makna tersirat...,” Uai tertunduk lesu, melihat bilah Setiabunya itu tidak setia kepadanya, memakan diri. Lantaklah. Namun dia gagah bersuara.


“Dan kau keseorangan, tidak seperti aku punyai ramai sahabat, manakah makna tersirat?, dari “kuasa segalanya” yang kau katakan itu sedangkan kau bermata kelabu, malah buta... Bertambah malang! di alam mimpi kau bisa melihat! namun kau tiada sahabat!,” Muaz mengejek sengaja. Dia puas memalukan Uai di hadapan kira-kira puluhan manusia serba hitam yang ketawakan pertelingkahan itu dalam kepungan mereka. 


“Bagaimana bisa kau menghadap Muaz seorang diri?, biarpun di dunia sebenar, biarpun Muaz semakin hilang kuasanya, kau tidak bisa kalahkan dia Uai?,” Kata Bena pula yang sengaja menarik perlahan-lahan hulu pedang diperut Uai. Darahnya pekat mengalir hitam dan bersembur. Pedihnya tersangat lama. Seksanya tiada bayang. Dan tangan-tangan dari puluhan manusia serba hitam merayap perlahan ke arah Uai.


Tangan-tangan itu tumbuk dan tumbuk sepuasnya wajah Uai.


Dan biji matanya dikorek hujung jari mereka, sengaja perlahan-lahan dikeluarkan.


Ludah-ludah air mulut jijik dituju tepat kepadanya.


Rentetan itu yang punya kuasa-kuasa melepaskan segala petir, api, batu dan apa saja ke tubuh Uai yang tidak bisa berkata-kata.


Inilah Pertubuhan Langkah Generasi – Daulat.


“Kau Uai, tidak bisa pulang, kau aku pastikan terperangkap dalam mimpimu, lena... namun terseksa tidak mati,” Muaz berbisik sinis ke telinga Uai yang hancur wajahnya. “Kau! Tersilap! Jika! Mahu! Bermain! Takdir—,”


“Muaz... Kau lupa, aku dibunuh dalam mimpiku, terasa sakitnya, namun itu sekadar mimpi, kerana ada yang lebih maut pernah aku lalui, malah apa yang kau berikan ini Muaz, cuma sedikit, demikian makna tersirat dari kuasa segalanya adalah... KEBAIKAN,” Uai tersenyum tanpa kedua-dua matanya. Darah merah sayu mengalir dari soket mata Uai yang kosong.


Direnung Muaz yang terdiam sangat lama.


“Kau mahukan apa selain membunuhku?,” Muaz lama menguap.


“Aku rindukan semangat kau, sahabat tersayang. Yang bila dahulu aku buta kau menjadi suasanaku, yang bila aku bisa melihat, kau menjadi suria aku!, itulah sifat Kebaikan!,” Uai ketawa kecil, menahan pedih namun masih jelas ceria. “Kau tidak dapat menghalang semangat Muaz yang menjadi kekuatan aku. Dia seorang lelaki yang kuat, dan aku mahu hancurkan kegelapan pada dirinya, mungkin dapat, tetapi bermula dengan bunuh kau dulu Muaz, ya demikian Kebaikan!,” Uai sempat berceloteh dalam nada ramah-tamah — kelopak matanya yang tidak berisi dikenyit nakal buat Muaz; tersenyum menatap wajah Uai yang basah dengan darah—


Lalu Uai terpejam...


“Selaku orang Lagen-Da, aku harus membunuh seseorang dari kalangan orang Pertubuhan sendiri,” Suara Uai membisik sebelum kelihatan satu jasad gelap, dalam gelita lorong bawah tanah itu muncul ditepinya.


Lalu terus kejam menusukkan keris sedalam-dalam ke jantungnya. Darah merah sepanjang kegelapan ruang memancut deras. Membunuh Uai, lalu terpejam dua matanya itu...


Bila Uai celik matanya, jasad-jasad manusia umpama mayat hidup dahagakan otak sedang mengepungnya. Buatkan Uai terpana dalam baringannya atas tanah basah, umpama kubur yang lecak bawah awan hujan yang menangis...


Namun hari itu tidak hujan.


Uai bangkit dengan matanya melilau dan lari dari jasad-jasad bodoh yang merebut kepuasan diri itu.


Uai bisa melihat. Dia hari itu juga, ada rasa puas. Tersangat puas bagaikan gayat di awanan. Seakan lari bebas dari penjara. Tumpuannya hanyut pada atas bukit berpagar tiada pengujung mengelilingi sebuah bangunan lebar, mewah dan tinggi. Ditutup kabus, demikianlah prestij gudang ilmu. Tempat Uai belajar. Dahulu penuh kenangan. Dan Uai bisa tatapnya begitu lama dengan kakinya yang berlari laju. Maka Uai lalu menyebutkan:


 “Segala puji bagi Tuhan yang berikan peluang kedua, sepantasku disini, sepantas itu aku harus... pulang...,” Harus pulang. Uai bersumpah sepenuh hatinya. Dan entah mengapa terbongkar wajah Azlan Hibri yang tiba-tiba meletus dalam ruang hitam — sebuah kotak ingatannya itu.


Manakala sejauh-jauh yojana pada arah tenggaranya jelas terpancar cahaya putih lurus. Membongkar ruang dan waktu padang besar itu.


Cahaya misteri.


Uai terus berjalan dengan mata tertutup. Dia kembali dalam lorong hamis penuh tipu dan kejam itu.


“Kami wujud sebagai cahaya dalam mimpi kau Uai, lebih pantas dari cahaya, dalam satu garis yang lurus sifatnya,” Muaz yang berdiri dengan Bena, tiba-tiba mengekori Uai yang terkejut bila muncul dua kekasih itu. Uai terlebih dahulu berjalan melepasi mereka.

Uai membuka ikatan Pedang Setiabu miliknya.


Maka bilah tiga berkembarnya yang berat itu ditarik dari belakang selubung hitamnya.


“Aku terpaksa kalahkan dia dengan nisbah 1 per 100 dari kuasa Muaz sendiri,”


Muaz dan Bena mengekori Uai penuh minat.


“Bagaimana, sahabat, kau tiada sesiapa di alam mimpi ini untuk kalahkan dia?,” Kata Muaz, perhatikan kemunculan kembarnya itu di hadapan. Mara kepada mereka dengan puluhan orang-orangnya.


“Dengan arahan kau,” Kata Uai.


“Tiada Uai, tiada apa pun, untuk membantu kau,” Kata Muaz. “Tapi Uai... Jadilah diri sendiri untuk tempuh ketentuan itu... Uai Nur Serayu,”


“Maka. Demikian. Itu arahan terbaik kau yang aku dambakan...,” Uai tersenyum gemilang. Detik gemilang Pertubuhan Lagen-Da itu, hanyasanya bisa dirasakan bila adanya nama Muaz, Alexia, Jorum, Wan — bukan semata-mata nama... tersemadi sejauh kenangannya.


Muaz terjungkit bahu, tidak faham penjelasan gadis itu.


“Pinjam kuasa cahaya kau Muaz. Dan Bena... aku tidak kenal kau gadis... namun kalau aku layaklah dibantu kau, doakan,” Uai melutut perlahan-lahan di hadapan Muaz dan Bena.


“Kenapa begini?,” Muaz tersentak. “Ah!. Kau jangan tunduk kepada sahabat kau begini,” Mereka berundur, tidak menerima rayuan Uai itu. Gadis itu Bena angkat tanpa simpati.


Uai tertunduk lama. Dia dirasuk ketakutan. Namun wajahnya gagah berpaling ke arah Lagen-Da yang jahat. Mereka membentuk ruang besar untuk menyaksikan kewujudan diantara realiti dan mimpi beradu kekuatan.


“Bena lancarkan kuasa. Kita bantu Uai. Ikut resmi Kegelapan Yang Menerangkan Cahaya, Dalam Kegelapan,” Muaz ketawa. Bicaranya itu buat Uai tersentak. Benar-benar dirasuk. Rasukan kuasa baru. Namun Uai tiada masa teruja. Pandangannya menyinga dengan terhunus pedang tiga bilah kembarnya, SETIABU!. Hujung mata tajamnya memecah lantai. Tersagat ke bawah mengikut larian dua langkah kaki Uai, berlegar laju merapatkan sasaran. 


Bergegar lorong gelap itu yang terdiam sepi.


Muaz bisa membaca gerakan pantas Uai. Masa semakin perlahan, dan terdiam sepi. Cahaya itu miliknya. Dan peristiwa Uai menterjemahkan kuasa pinjaman Muaz itu berlaku serentak dengan gerak tangan menyeru kuasa dari Bena disisinya pula:


Bena seru hitam.


Segala ruang diterjemah warna hitam.


Hitam laksana permulaan tidur.


Kuasa Bena itu butakan pandangan namun tidak butakan mata. Seluas lorong itu digelapkan tanpa cahaya umpama ditelan zarah hitam semesta.


Namun Bena tidak dapat pintas larian Uai yang sepantas cahaya. Bilah Setiabunya luncur sepi ke hadapan buat Muaz, si jahat yang tidak bersuara. Pesanan mati ini buatmu penyembelih. Namun Uai gagal, tubuh belakangnya dihempap ke lantai penangan kuasa cahaya dari lawannya.


Uai bangun, dua iris matanya dipejamkan. Sekali gus kembali pada 3.3356409519815 nanosaat yang lalu — Satu meter dihadapan Muaz tadi, dan lelaki itu tersentak!.


Uai mengubah ritual.


Mata kanan Uai terlena. Kirinya buka. Separuh nyawanya tidur. Sebahagian akalnya berjaga. “Mimpi didalam mimpi didalam mimpi diantara mimpi yang umpama mimpi,” Suaranya bermain nada.


Jemari Uai merentap leher Muaz yang terus membawa mereka ke satu sempadan aneh, terbongkar halus semakin lama semakin wujud.


Sempadan realiti.


Uai melempar Muaz jauh-jauh menembusi sempadan itu.


Namun Muaz hadir dari belakangnya melalui lohong hitam kedua — sesaat masa itu pedang Setiabu miliknya dijulang tinggi Muaz dalam wajah pembunuh. Pembunuh itu berlari ke tepi Uai. Matanya dipejam kedua-duanya. Muaz mengulangkan pembunuhan yang pertama.


Setiabu dan Keris.


Lalu terus kejam menusukkan keris sedalam-dalam ke jantungnya. Darah merah sepanjang kegelapan ruang memancut deras. Membunuh Uai, lalu terpejam dua matanya itu...


Uai membuka matanya.


Kali ini sebuah lorong masa wujud dalam lorong bawah tanah itu. Kesan buruk dari peristiwa dan kesilapan Uai menghalau Muaz keluar dari garis alam mimpi...


Disangkakan Lagen-Da alam realitinya bisa membunuh Muaz bila terpisah realiti malang Muaz buatkan garis alam realitinya berlanggar alam mimpi.


Gabungan mengarut itu mewujudkan satu alam bercampur yang ketiga bersifat memori lalu hidup segaris masa dengan alam realiti—


Multimesta.


Multiverse.


“Tuhanku!, aku tersilap besar... Pandangan Adjung Daris Alfatih tentang ragam alam pada 1932 itu benar,” Uai tergamam melihat lohong hitam ketiga yang terbuka liar di hadapannya.


Satu pasang tangan berawangan keluar dari lohong hitam. Jelas dengan rambutnya yang berkibar ditiup angin, dari tubuh yang sempurna milik seseorang yang hidup. Seorang gadis berseragam Lagen-Da. Kelihatan sedang lena diulit mimpi gadis itu. Baringannya diudara terapung-apung, nyata kemunculannya misteri—


“Itu aku dan aku akan tutup kesilapanku—,”Dengan hembusan angin seram sejuk buatkan Uai berlari dapatkan Muaz...


Tersenyum sinis melihat terlalu hampanya gadis itu.


Uai hampir menangis, tiada satu peluang. Tiada harapan. Namun tenang.


Semoga bantulah aku. Aku dan kelemahanku...


Uai tidak berhenti mengelip-ngelipkan dua irisnya serentak terus berlari. Dia mengulang-ulang masa menjejak ke padang yang luas, bermain-main waktu ketika duduk dengan Farhana, dan merentas setiap pembunuhan yang dialaminya sehingga berhenti ke detiknya bertemu Muaz. 


Dan Bena melihat diri keduanya. Sedang nampak seorang gadis yang keluar dari lohong hitam penuh mistik.


Kewujudan ketiganya.


“Kau gila apa?, Bermain masa?,” Muaz membisik ke arah Uai yang kedua, berdiri dengan Bena agak jauh dari Uai pertama yang termenung melihat satu peristiwa Multimesta dirinya.


“Mimpi saja,” Uai terus meninggalkan dua sahabat tersayang itu, dalam larian sepantas cahaya segala dilaluannya tiada gerak. Dan bibirnya menghembus pipi merah diri pertamanya. 


Entah kenapa mahu diri sendiri merasa angin seram sejuk diri sendiri?.


Uai terus berlari dengan satu kelajuan yang lebih laju dari cahaya, kesannya tersakitkan, demi nekad membunuh Muaz versi jahat itu. Ketua Lagen-Da itu wajib terkenangkan penumbuknya untuk peluang yang terakhir.


Terlebih dahulu Uai wajib berlari melepasi Muaz, namun syaratnya tidak bisa ditangkap, demi kembali semula melalui putaran masa!


Muaz biarkan gadis itu melepasinya, dengan apa sahajalah cara untuk tewaskannya. Dalam permainan masa Uai itu, satu garis cahaya putih dari jauh terbit, serupa ketika Uai lari di padang mula-mulanya. Dan kepantasan garisan itu gila, lebih laju dari Uai.


Namun bukan dari kuasa Muaz dan Bena.


Demi Tuhan yang membenarkan, Uai berharap cahaya itu bukanlah dari lawannya, dua kekasih jahat itu. Dia tidak akan sedar dari tidur selamanya kalau tepat kata hatinya...


Sepandangan dengan Uai garis cahaya itu makin dekat di sisi larian Uai, berpecah ke kiri, berpecah ke kanan. Kemudian terbentuk dua cahaya biru yang statik. Kemudian kelibat wajah manusia semakin kelihatan.


Kemudian...


Larian bertiga jadi satu.


Maka terserlah dua wajah manusia; Luth di kanan dan kirinya Isyiira yang memegang bahu Uai, untuk menambah kelajuan gadis itu berlari mereka menyatukan tenaga dari kuasa cas yang dimiliki. Ditolak jisim Uai untuk jadikan gadis itu satu entiti ruang. Ditolak masa untuk menyamai tachyon. Maka entiti baru Uai berlari ke arah Muaz yang sudah lama bersedia. Dan konconya tidak nampak apa.


Seinci sahaja lagi, pedang Setiabu diluncurkan Muaz, sepantas kilat ke arah Uai—


Dari belakang Uai ditolak tiba-tiba. Maut pun dalam genggaman. Wajahnya Terpana. Rasanya bagai dikhianat. Antara Muaz dan Uai, Muaz kaku. Uai terasa dirinya lebih jauh ke hadapan bila tujahan dua cahaya dari Muaz dan Bena itu menyertai Luth dan Isyiira... yang kian terpisah... dua kekasih dari alamnya itu semakin jauh dari pandangan Uai.


Demi satu penumbuk.


“Mimpi saja,” Muaz memulangkan kata Uai.


Teman seperwayangan.


Uai terlebih laju dari Tachyon. Seriau rasanya bagai roh tercabut-cabut meninggalkan alam realiti dan mimpi lalu ke alam barzakh. Puncanya dari momentum empat sahabatnya itu, maka bilah pedang Setiabunya yang ditangan Muaz itu bisa ditepis tangan kirinya sekali gus hulunya dirampas, ketat amat digenggam tangan kirinya Uai. Uai lepaskan satu penumbuk. Buku lima tumbukan tangan kanannya menghentak sisi leher Muaz yang terus koma—


Tangan kirinya memacu bilah tiga berkembar Setiabu, menceraikan kepala dan badan penyembah Syaitan itu.


Uai terpelanting, Luth dan Isyiira melayang ke arah sempadan dimensi demikian momentum inersia Uai.


Segalanya berlaku dalam satu garis infiniti.


“Semoga mimpi jadi kenyataan,”Katanya.


Uai memejamkan dua matanya.


Laksana angkasa gelita bergenang namun sentuhannya kakasmaran... lalu sentuhan gelap yang puitis jauh semakin tenggelam.


Uai buka dua matanya...


“Kakanda?, mengigaukah?!,” San Amina si gadis Han memegang tangan gadis itu. Uai bangkit atas makam batu dipapah kasih Farhana...


“Entah, mimpi atau disampuk... kakak nampak dua garis cahaya dan seorang gadis macam kakak selaju itu dalam satu lorong!,”.


Huh?


-TAMAT-


Sambungan: Cerpen DUA.

© https://m.facebook.com/megatraksa.fatani

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.