Home Alternatif Umum Pada Jiwa Yang Kekal Bernyawa
Pada Jiwa Yang Kekal Bernyawa
Snfirdaus Azman Nor Azman
9/2/2017 21:38:24
4,584
Kategori: Alternatif
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab

Satu perkara yang akan kekal meski jasad sudah terkujur kaku adalah penulisan yang disulami jiwa yang sentiasa hidup di dalamnya.

Tulis dan catatkan apa sahaja yang engkau fikir, lihat dan rasa. Yang engkau tak mampu ucap dengan kata-kata. Walau engkau bukan seorang penulis mahupun penyusun kata, engkau masih mampu untuk menjentik jiwa-jiwa yang membaca dan meneroka. Dengan cara engkau tersendiri. Dengan niat dan jiwa engkau sendiri.

Mungkin tulisan ini belum diperlukan lagi kini tapi ia akan didamba dan dicari suatu hari nanti. Barangkali ketika itu jasad si penulis sudah layu terkubur di pusara hakiki. Yang tinggal hanyalah tulisan tua yang sentiasa hidup bernuansakan jawi dan rumi.

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari azab (api neraka)." [Imam Syafie]

Yang ingin menulis, jangan sesekali padamkan niatmu itu. Buktikan yang engkau juga mampu.
Yang sedang menulis, teruskan sehingga ke titik akhir dakwat pena. Ramai yang menanti dengan penuh teruja di luar sana.
Yang telah menulis, kekalkan momentum yang sedia ada. Lahirkan banyak lagi nota-nota yang menghidupkan jiwa.

Tulislah dengan jiwa yang engkau paksikan pada Tuhan. Engkau akan temui nilai sebenar disebalik setiap huruf yang engkau susunkan.

Semoga terus berjaya mendidik jiwa dengan susunan kata indah yang tinggi luhur budinya, memuji keagungan yang maha Esa.

Tulislah...

Kerana engkau akan temukan bahagia yang tidak terkata melalui jiwa-jiwa yang selalu menghargainya.


Sitinorfirdaus Norazman

09 Februari 2017


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Snfirdaus Azman Nor Azman