Home Alternatif Kisah Hidup A.L.I.G (cuba fahami aku)
A.L.I.G (cuba fahami aku)
Iman Safiyya
28/10/2020 07:42:25
357
Kategori: Alternatif
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
DENDAM?
Bahjah buka mata perlahan-lahan, seakan-akan memori lama kembali menghantui dirinya. Di dalam mimpi juga realiti, Bahjah tidak mahu hadapi semua itu untuk sekali lagi.


Teringat nota yang diberikan oleh Surur lewat petang kelmarin selepas mereka menikmati aiskrim coklat. Bahjah bingkas bangun menuju ke buku catatannya yang tersimpan rapi di dalam almari kayunya, sehelai kertas kecil dibuka. Bait ayat dibaca satu-persatu.


Ibtisami ya ukhti (senyumlah wahai adikku),


Walau hidup ini terasa payah,


Cerialah walau langkah terasa goyah, 


Kerana...


Dirimu insan beruntung, 


Insan terpilih


Terpilih dalam Islam, Iman seterusnya menjadi

Umat Nabi S.A.W...


Cukuplah itu alasan untuk bahagia.


Berkaca matanya menahan air mata yang hampir menitis. Pen yang tersisip di tepi buku diambil lantas Bahjah mencoretkan sesuatu.

Kalam hatinya. 


DENDAM TANPA BALASAN


Pergilah kesedihan


Dah terlalu banyak kau pendamkan


Hingga tak mampu ku luahkan


Bila tak tertahankan 


Akhirnya sabar pun tak terbatasan


Untuk apa lagi dikenangkan


Perit luka yang membarahkan


Tanpa ada ubat yang bisa menyembuhkan


Yang ada cuma harapan


Iaitu kemaafan


Yang entah kapan diucapkan


Selamat tinggal kenangan


Aku rela bersendirian


Dari terus disakiti insan


Kepada Allah aku serahkan


Segala kesedihan dan harapan


Semoga cahayanya menyinarkan


*****


Setahun yang lalu...


"Bahjah, aku tak nak orang lain selain kau, tolong terima aku," rayu lelaki itu lagi untuk kesekian kalinya. 


Bahjah buat tidak peduli walau dirayu. Hatinya membeku untuk lelaki itu, bukan kerana hatinya sudah dimiliki insan lain, tetapi kerana secebis kenangan yang pernah terjadi antara mereka ketika di usia remaja, Bahjah jadi benci untuk mengharap. Bahjah tidak mahu pisang berbuah dua kali.


Namun siapa boleh menolak andai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia lemah sepertinya?  



Dek kerana pertolongan dan sikapnya yang suka 'menjaga' sepanjang mereka bekerja bersama, Bahjah mungkin tidak mampu menolak andaian itu.


Ya! sekali lagi dia tertipu dengan hatinya, perasaan sayang menjengah sekali lagi buat lelaki itu. Puas dinafikan berkali-kali di bibirnya namun suara hatinya kuat mengatakan bahawa rasa 'sayang' terhadap lelaki itu masih wujud. 


Bahjah keliru, Bahjah buntu. Pada saat dia nekad untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Bahjah terlanjur mengikat janji tanpa surat hitam putih antara mereka.


"Tunggu aku..." Kata-kata terakhirnya untuk lelaki itu masih terngiang-ngiang di telinganya. 


"Ah! Terasa bodoh apabila difikirkan semula detik itu," Bahjah berkata sendirian. 


Belum genap setahun Bahjah berada di luar negara, dia dikhabarkan oleh Mama angkatnya, khabar berita yang merentap sekeping hatinya.

Hatinya luluh saat menerima khabar itu.


"Bahjah, jangan sedih ya kalau mama beritahu sesuatu?"


"Berita apa ma?" Berdebar jantungnya tika itu. 


"Misbah dah bertunang," dunia Bahjah seakan kelam walaupun hari panas terik. Bahjah terdiam seribu bahasa. Peluh renek mengalir turun ke pipinya. Oh tidak, bukan peluh.. hakikatnya air mata.


Tidak mampu lagi Bahjah berkata-kata, kelu lidahnya seakan diikat tali dan dipotong dengan pisau, hatinya seakan dirobek-robek dengan ganasnya tanpa belas ihsan.


Namun pada itu, Bahjah masih mampu lagi menaip sesuatu untuk mengenakkan hati si penyampai berita.


"Tahniah! Bahjah redho andai Misbah bukan jodoh Bahjah, mungkin wanita itu lebih baik dari Bahjah," tipu Bahjah dengan linangan air mata.


*****


"Jauh mengelamun?" Sapa Ibtisam ketika melalu almari kayu Bahjah. Almari mereka cuma bersebelahan. 


"Hehe, mana ada.. teringat emak di kampung," dalih Bahjah sambil tersenyum.


"Kalau rindu, telefon lah," cadang Ibtisam sambil mengambil penyangkut baju, mungkin hendak menyidai baju yang baru dibasuhnya sebentar tadi.


Bahjah angguk bersahaja. Biarlah hanya dia yang mengetahui rahsia hatinya.


Rahsia tetap menjadi rahsia. Muktamad!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.