Home Untold Story Kanak-kanak KAMI NAK MENGAJI
KAMI NAK MENGAJI
Iman Safiyya
4/9/2020 08:06:23
654
Kategori: Untold Story
Genre: Kanak-kanak
Senarai Bab
1
2
3
1
"Malam esok, awak tolong ajar budak mengaji ye," pesan Mohd kepada isterinya.


Kerana itu, selepas maghrib Kulthum sudah bersiap sedia untuk mengajar budak mengaji. Tunggu punya tunggu, muncul tiga orang budak dengan buku iqra' di tangan masing-masing.


"Nama siapa?" Tanya Kulthum memulakan sesi perkenalan.


"Saya Puteri, ni abang saya Harith," balas budak perempuan itu.


"Baik, yang seorang lagi nama apa?" Tanya Kulthum kepada seorang lagi budak lelaki yang kelihatan malu-malu.


"Ikram," balasnya pendek.


"Kami sepupu, abang Ikram tak mau datang, esok baru nak mai," balas Puteri.


"Mengaji iqra' berapa? Mai sini baca," Kulthum memanggil Puteri untuk kedepan.


"Iqra' 3," Puteri mula membaca perlahan-lahan, ada ketikanya dia diam kerana tidak kenal beberapa huruf.


"Hm betul ka ni baca iqra' 3?" Kulthum bertanya pelik.


"Dia langkau baca Ustazah," kata Harith sambil ketawa.


"Kami pun nak kena ulang iqra' 1 ka ustazah?" Tanya Ikram sambil memandang Kulthum.


"Awat? Hangpa pun langkau baca ka?" Persoalan dibalas persoalan.


"Kat sekolah kami baca iqra' 4, sebab cikgu suruh. Tapi kami tak kenai banyak huruf lagi." Balas Ikram.


"Pulak!" Kulthum tepuk dahi.


Azan Isyak berkumandang, mereka hanya sempat melakukan sesi perkenalan sahaja.


Selesai sahaja solat di surau, Ikram bertanya "Esok nak kena mai ngaji kat surau lagi ka?"


"Mai rumah la senang," balas Mohd yang lebih mesra dipanggil Ustaz oleh mereka.


"Rumah Ustaz kat mana?" Tanya Puteri.


"Kami tau kat mana, esok kami mai," sampuk Ikram.


"Yang hujung kan rumah Ustaz?" Tanya Ikram meminta kepastian.


"Ya, rumah nombor 3," balas Mohd.


Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iman Safiyya