Home Untold Story Kanak-kanak KAMI NAK MENGAJI
KAMI NAK MENGAJI
Iman Safiyya
4/9/2020 08:06:23
655
Kategori: Untold Story
Genre: Kanak-kanak
Senarai Bab
1
2
3
2
"Assalamualaikum.." laungan salam di luar pintu menandakan kedatangan budak-budak mengaji. Salam di jawab,


"Waalaikumsalam, masuk lah," pelawa Kulthum.


"Harini kami bawak iqra' 1," kata Puteri dengan semangat.


"Eh semalam 3 orang ja, kenapa harini 4 pulak?" Mata Kulthum memandang kepada seorang lagi budak baru.


"Ni abang saya Ustazah," balas Ikram sambil tersengih.


"Ohh.. nama siapa?" Tanya Kulthum ramah, gembira hatinya kerana semakin ramai budak yang datang untuk mengaji. 


"Khoufik, Muhammad Khoufik," jawabnya.


"Taufik?" Tanya Kulthum semula antara dengar tidak dengar nama yang disebutkan itu.


"Khoufik, huruf K Ustazah," balasnya lebih jelas.


"Ohh, kalau Taufik sama nama dengan abang Ustazah la," Kulthum tersengih.


"Ustazah, satgi ada sorang lagi nak mai mengaji," kata Khoufik.


"Syawalni," kata Ikram pula. Kulthum angguk kepala.


"Baca doa," Kulthum sudah angkat tangan tetapi budak-budak itu masih diam.


"Baca doa apa Ustazah?" Soalan Ikram buat Kulthum pening kepala.


"Tak kan baca doa makan kot.." balas Kulthum dengan nada bergurau.


"Allahumma bariklana..." Kulthum sudah jegilkan mata apabila Harith membaca doa makan.


"Hehe kami gurau ja," takut-takut Harith menjawab.


Selesai mengaji, mereka pulang dengan riuh rendah. Syawalni dijemput oleh kakaknya yang belum Kulthum ketahui namanya. 


"Esok datang ye!" Kulthum senyum ceria.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iman Safiyya