Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
99,899
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12
"Tak"...ujar Aktar Handerson dengan senyuman sinis. "I will shut you and your unborn baby up for eternity Zeaya"..dalam kepala Akhtar ligat merencanakan sesuatu yang sinister untuk gadis yang pernah menambat hatinya. "Tak mungkin itu anak aku!.." 

"Kita nak kemana ni awak?" soal Zeaya setelah menyedari laluan yang digunakan oleh Akhtar bukan laluan biasa untuk ke rumahnya. Zeaya kenal jalan ke rumah kekasihnya, kerana telah beberapa kali dia bermalam di sana ketika ketiadaan kedua orang tua Akhtar. Maklumlah, orang business kan? Mana lekat kat rumah?..

"Sabar..nanti kita sampai!" sahut Akhtar dengan suara mendingin. Zeaya cuba meraih tangan Akhtar namun ditepis kasar olehnya. Mata Zeaya melingas kiri dan kanan jalan. Yang terlihat di mata hanyalah rimbunan hutan yang semakin menebal  di sepanjang jalan. Hatinya mulai resah. 

"Ehhh..awakkk!! awakk nak bawak saya kemana huhh?"

"Laaa..kan awak mintak saya bertanggungjawab?!..Im doing my best now, what else?" soal Akhtar meninggikan sedikit suara. Matanya lurus sahaja memandang jalan  yang semakin mengecil dan sempit serta berlubang-lubang. "Patutlah si Kaza nasihatkan aku guna 4WD untuk ke tempat nihi..remote sungguh tempatnya!!" gumam Akhtar. Didalam bonet belakang kenderaannya, telah tersedia satu tin petrol RON 97, lighter yang tersimpan kemas di dalam poket belakang jeans Levis yang dipakai, juga sebatang kayu besbol dan selaras senapang patah yang digunakan untuk pemburuan haiwan di hutan. Bezanya kali ini, bakal mangsa buruan bukan lagi haiwan tapi manusia. "Hehh..nak perangkap aku konon!! kau tunggu Zeaya!"..

"Awakkk..pull over!!..pull overrr noww!!" jerit Zeaya mulai yang menyedari niat sebenar Akhtar. Senyuman di wajah Akhtar kelihatan lebih menggerunkan daripada mengembirakan. "Akhtar??? !!" serentak dengan jeritan itu, Zeaya cuba membuka door lock, namun pergerakannya terhenti ketika kenderaan itu berenti betul-betul dihadapan sebuah kolam kecil dihujung jalan mati. Kalau tidak menggunakan kenderaan 4WD pasti sukar bagi kenderaan biasa untuk masuk ke situ.

"Turunlahhh!! tadi awak nak turun sangat kan?" ujar Akhtar sambil membulatkan mata merenung tajam ke arah Zeaya. 

"huhh?" jantung Zeaya ketika itu berdegup bagaikan atlet pelari 4x400 meter acara padang. Peluh dingin mulai merenik di dahinya. 

"kkkeenapaa kkkau bawaak akkku keesini?" nada Zeaya bergetar bimbang. 

"kau kan mintak aku bertanggungjawab pada kau dan anak kau?' aku sebagai bakal bapak yang baik, bawak kau dan anak kau jalan-jalaaannn!!..."

"aakuu nakk baalikk sekarrrangg!! bawakkk akkku balikk!!"

"eehh..ehh..baru sampai la sayangg..jomm laa..kita jenjalan sight singing dulu...tak nakkk??" sinis sekali nada Akhtar. 

"Tunggu kejap yeaa..aku nak ambil barang picnic kat belakang..hehehe.." Akhtar berlalu ke belakang bonet kereta, dibuka bonet dan dicapainya kayu besbol dan juga tin petrol. 

"Zeaya..boleh tolong saya kejap?" laung Akhtar yang masih berada di belakang bonet kereta.

"huh?..ttolongg aaapaa?"

"Laa..sekejap jeee..ke sini kejap..kau bukan tahu pun tempat nih.."

Dan Zeaya menapak dalam ketakutan menuju ke arah Akhtar. Langkah kakinya terasa berat dan sarat. Hatinya berbisik agar segera mengangkat kaki dari situ."Ini perangkap Zeaya!!'.. Namun dikiri dan kanan hanya hutan tebal." Nak lari kemana?..Ya Allah selamatkan akuu"..

 "Aadaa. aaapp......" belum pun sempat Zeaya menghabiskan pertanyaan hujung matanya menangkap libasan kayu yang tidak sempat dielakkan..

"Bukkkkk!!!!" satu hentakan kuat di kepala menggunakan kayu besbol sudah cukup untuk membuatkan Zeaya tidak sedarkan diri. Darah merah mengalir bagaikan air pancutan. "Arghhh..tak perlu gunakan senapang punnn..hahahahhaha"

Zeaya diam tidak berkutik. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.