“Hishhh! Mana Papa dengan Mama ni?” Laura hanya memikirkannya sahaja.
“Dah petang dah ni, masih tak balik-balik lagi ke.” Laura mula berasa resah lalu dia pun terus mengambil telefon pintarnya yang berada di hadapannya itu.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt…”
“Laa! Orang call tak diangkatnya.” Rungut Laura seketika.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt…”
“Aarrrrrr! Kenapa tak jawab Papaaaaa!” Laura ingin sahaja mahu menangis kerana panggilannya masih tidak dijawab oleh mereka berdua.
“Hah! Entah-entah…..” Laura terfikir akan sesuatu perkara yang tidak diingini olehnya selama ini.
“Takkan Mama dengan Papa nak calonkan aku dengan anak teruna Datin Tina tu?” Laura mula membulatkan kedua-dua belah matanya lalu dia tersentak seketika.
“Ehh! No no no!” Laura menggelengkan kepalanya sahaja.
“Tak mungkin. Aku call Papa sekali lagi.” Dengan pantas jari-jemari Laura mendial nombor telefon papanya itu.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt…”
“Please, angkat Papa.” Laura hanya menggigitkan kuku jari telunjuknya itu.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt….”
“Aarrrrrr! Papa, why you tak angkat panggilan Laura!” Rengek Laura di tengah ruang tamu rumahnya seorang diri.
“Takpe takpe. If Papa not answer my call, I try call Mama pula.” Laura segera mendial nombor telefon mamanya pula setelah papanya tidak menjawab panggilan Laura yang telah berkali-kali dia menghubungi papanya itu.
“Kali ni Mama kena angkat call Laura.” Bisik Laura seketika.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt….”
“No no, Mama. Please…. Mama.”
“Tuttt.. tuttt.. tuttt.. tuttt….”
“Eeeee… Mama pun tak nak angkat panggilan Laura.” Laura menggenggamkan kedua-dua belah tangannya itu kerana terlalu geram dan berasa sedikit kecewa dengan tindakan papa dan mamanya itu yang tidak menjawab panggilan anak mereka itu.
“Mama dengan Papa dah tak sayangkan aku ke. Oh! Tidak!” Laura sudah mula berdrama seorang diri.
“Hmm, tengok tv lagi baik.” Laura menyerah seketika dan kemudiannya telefonnya itu sedang berdering-dering lalu Laura menoleh ke arah skrin telefon pintarnya itu.
“Hmmm, aku ingat Mama aku yang call. Baru je nak merajuk.” Laura terus mengangkat panggilan tersebut.
“Hello.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
“Maaf, boleh saya bercakap dengan Cik Laura?”
“Wehh, ni akulah. Faila, kau jangan macam-macam.”
“Yelah, aku kena sahkan dulu yang aku call ni, betul ke kawan aku.”
“Iyeee sayangku Faila. Ini sahabatmu, Laura kesayangan kalian semua.”
“Ishh, annoy aku. Ni, aku call kau nak tell something.”
“Bisa-bisa, bilang saja sama ku ini. Apa tu?” Gelak Laura seketika lalu dia hanya mendengarkannya sahaja.
“Aaaa..”
“Hahh, dah kenapa pula tu?” Bingung Laura.
“Aaahmmm. Malulah nak bagitahu.”
“Hek eleh. Kau ni sihat ke tak?”
“Malam tadi aku dah makan ubat. Sekarang dah sihat dah.”
“Kau buat lawak dengan aku ke. Wehh, kau dah kenapa?” Laura menjadi semakin bingung dengan gelagat kawannya itu.
“Alah, gurau jelah.”
“Haa! Cepat bagitahu aku.”
“Kau memang tak ingat ke hari ni hari apa?”
“Hari ni hari Rabu.” Jawab Laura.
“Kau memang tak ingat laa ni.”
“Apa bendanya. Hari ni hari apa? Betullah hari ni hari Rabu.” Laura cuba untuk mengingatkannya tetapi tidak tahu juga dan baginya setiap hari yang ada adalah hari yang biasa-biasa buatnya.
“Okay, aku buat video call jap.”
“Pula dah.” Laura hanya menunggu sahaja panggilan video daripada sahabatnya itu.
“Laura…” Serentak Hany, Suzy, dan Faila memanggil nama Laura ketika Laura memasuki di laman panggilan video itu.
“Ehh, korang. Apa hal ni, semua excited bagai.”
“Kami nak ucapkan ‘Happy Birthday’ to you, Laura!” Serentak mereka bertiga mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ kepada Laura.
“Wehh! Serious laa. Birthday aku ke hari ni.” Laura mula berasa teruja. ‘Ye, memang betul. Hari ni 16 September,’ fikir Laura.
“Iye. Kau memang tak ingat ye birthday kau hari ni?” Soal Hany.
“Aku lupa laa.”
“Selalunya kau yang beriya-riya sangat dengan birthday kau.” Celah Suzy.
“Seriously, this time memang lupa.” Laura hanya mampu menepuk dahinya sahaja.
“Kekasih kau tak wish kat kau ke.” Celah Faila pula.
“Ouh, dia tu.” Laura hanya mengeluh sahaja.
“Dah tiga bulan kot kau dengan dia. Takkanlah dia masih tak tahu lagi your born.” Faila hanya menyoalkannya sahaja.
“Tak. Memang aku tak nak dia tahu pun.”
“Seriuslaa. Takkan dia tak tanya langsung?” Celah Hany pula.
“Ada. Banyak kali.”
“Habis tu!” Suzy pula yang mencelah.
“Aku cakap kat dia, hari-hari birthday aku.” Laura hanya mampu tersenyum sahaja.
“Habislah, peluang keemasan kau. Yang kau nanti-nantikan selama ini menuju ke arah kemusnahan.” Faila hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
“Hishhh, kenapa cakap macam tu?”
“Yelah, katanya nak suruh dia fall in love with you.” Jawab Suzy.
“Ouh! Alaa, tu semua tak penting. Yang penting sekarang, thank you so much sebab wish kat i. Love kat korang sangat-sangat.”
“Love you too, Laura!” Serentak mereka bertiga bersuara.
“Balik nanti, aku claim for my gift kat korang.” Laura hanya tersenyum nakal sahaja.
“Aaa, okaylah. Aku nak tolong mak aku jap kat dapur.” Suzy melambai-lambaikan tangannya di muka skrin panggilan video itu.
“Ishhh, saja je tau.” Laura mula menarik muka.
“Haha. Gurau jelah.” Jawab Suzy.
“Aku pun nak kena gerak dah ni.” Sahut Faila.
“Me too.” Sahut Hany pula.
“Okay korang, take care.”
“Happy Birthday Laura!” Sebelum mereka bertiga keluar dari panggilan video, mereka mengucapkannya sekali lagi kepada Laura.
“Ouchh, so cute. Thank you, guys. Bye.” Laura meletakkan panggilan video itu dan dia sangat menghargainya walaupun sekadar ucapan.
“Macam manalah aku boleh terlupa.” Laura tersenyum seketika lalu dia merebahkan dirinya ke atas sofa empuk yang berada di bahagian ruang tamu itu.