SUZY pagi-pagi lagi sudah menguasai tempat di ruang tamu dengan beberapa helai kertas yang berselerak di sekitarnya. Di awal pagi lagi, dia sudah sibuk dengan kerja projeknya yang bertimbun untuk diselesaikan dengan segera.
“Aduh, apa nama tema seni ni?” Soal Suzy seorang diri.
“Kenapalah si Sam ni tak save kat pendrive aku. Penatlah aku nak buat balik.” Runsing Suzy seketika.
“Okay, Suzy. Kau kena tenang dan rilek, jangan stress stress, okay.” Suzy hanya menarik nafas panjang dan menghembusnya semula lalu dia tersentak seketika.
“Wait a minute! Kenapa aku tak terfikir nak call Sam, haa! Betul tu. Sam!” Suzy segera mencapai telefon pintarnya yang berada di atas sofa lalu terus mencari nombor seseorang yang tentera di kaca skrin telefonnya itu.
“Ohoii..!!!”
“Oii mak kau!!!” Suzy terkejut seketika.
“Haha….” Gelak Faila dengan sekuat hatinya.
“Ishh, kau ni. Suka sangat laa tu.” Bengang Suzy.
“Haha…. Chill laa. Khusyuk sangat buat kerja.” Gelak Faila lagi.
“Kau bukan tak tau perangai dia. Ni, awal pagi lagi dah buat kerja.” Hany terus menuju ke muka pintu.
“Last minute tukar duty, cam nilah gayanya.” Suzy hanya melihat kembali kerja projeknya itu.
“Korang, ada nampak tak kasut purple aku? Aku rasa, aku letak kat sini.” Tanya Hany seketika.
“Ada tu… kat sebelah kasut Laura.. bahagian atas rak.” Jawab Faila.
“Okay, dah jumpa.” Sahut Hany.
“Haa, ni… Siap-siap bagai, nak pergi mana?” Suzy hanya menyoalkannya sahaja.
“Pergi jogging. Kau nak ikut?” Tanya Faila seketika.
“Aku ada banyak kerja. Hari ni cuti pun, ada kerja kat rumah.” Rungut Suzy.
“Jangan stress sangat, chill chill je.” Faila menjawab dengan tenang.
“Ahh kau. Laura still demam lagi ke?” Tanya Suzy.
“Dah surut tu, lepas makan ubat. Tapi tulah, still nak pergi kerja juga.” Faila hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
“Hmm.. tak kesudah..”
“Okay, aku gerak dulu.”
“Haa, okay. Leklok.”
“Okay.”
“Hei, macam-macam.” Suzy hanya tersenyum sahaja.
“Okay sekarang, aku nak buat apa! Haishh, lupa sudah!” Fikiran Suzy menjadi bercelaru.
“SUZY..!!!” Jerit Faila di muka pintu.
“Ya Allah, apa lagi manusia ni!” Suzy terus memaling ke arah Faila.
“Tak, aku nak cakap yang kau kena call Sam.” Faila memperlahankan nada suaranya lalu tersenyum nakal kepada Suzy.
Suzy hanya membulatkan matanya sahaja dan terus berpaling ke arah kertas kerjanya itu tanpa sebarang bantahan.
‘Dia dengar ke aku panggil nama Sam tadi! Ahh, tak apalah. Nasib baik dia ingatkan aku,’ fikir Suzy lalu terus mendail nombor Sam dengan segera daripada dia terlupa lagi.
Satu jam kemudian…
“Wehh, tunggu tunggu.” Faila terasa sesak nafas apabila dia berlari anak bersama Hany di tasik Hilir Ampang.
“Macam mana nak berjogging ni. Asyik berlari.. berhenti.. berlari.. berhenti..” Hany terus memulakan renggangannya itu.
“Kau lari dahlah laju. Letih tau aku nak kejar kau.” Rungut Faila.
“Siapa suruh kau ikut aku. Kita nak jogging, kenalah setakat kemampuan kita, janganlah paksa diri. Buat warm up and lari selow selow je, sudahlah.” Bebel Hany.
“Nilah dikatakan semangat. Semangat tu kena ada.” Jawab Faila.
“Sudahlah kau. Aku lari dulu laa. Sampai kat hujung sana tau, aku tunggu.” Arah Hany kepada Faila.
“Okaylah. Tunggulah kau sampai aku datang.”
Hany terus berlari anak untuk setengah pusingan, kira-kira dalam 3.2 kilometer itu. Hany sudah berasa penat lalu dia hanya berjalan sahaja untuk sampai ke pokok yang agak rendang itu.
‘Ramai pula yang berjogging hari ni. Uncle dengan aunty kat sini semuanya kuat-kuat belaka. Memang diorang semakin sihatlah hari-hari,’ fikir Hany sambil melihat keadaan di sekelilingnya itu.
“Krakkkk…”
“Huhh.” Bunyi yang datang dari belakang Hany telah membuatkan dia tersedar dari lamunannya.
‘Apa tu? Aku rasa macam ada orang ikut aku je dari belakang. Tapi siapa? Takkan uncle tu kot,’ fikir Hany seketika sambil melihat keadaan di sekelilingnya.
‘Bunyi tadi tu macam dekat tadi. Entah! Perasaan aku je kot,’ fikir Hany lagi lalu dia terus berjalan menuju ke pokok itu.
“Krakkk…”
‘Aduh, apa lagi! Serius laa, benda tu bunyi lagi,’ hati Hany berdebar-debar lalu dia terus memaling ke arah belakang tetapi tiada seorang pun yang mencurigakan di kawasan tasik itu.
‘Takkan telinga aku salah dengar kot! Okay Hany, kau kena positif,’ Hany hanya bermonolog sahaja lalu dia terus memusingkan badannya dan dia menjerit seketika kerana terkejut akan sesuatu yang berada di hadapannya itu.
“ARGKKKK..”
“Argkk, awak awak.. ni saya!”
“Haa, Haidier!” Tersentak Hany.
“Ye, ni saya!” Haidier hanya menggaru-garukan sahaja kepalanya itu.
“Awak ke yang tadi..”
“A’ah, yelah tu.” Haidier hanya tersengih sahaja.
“Hishh..” Hany mula berasa geram lalu acah-acah ingin menumbuk Haidier yang berada di hadapannya itu.
“Eh ehhh, tak sengaja. Sorry sorry.” Haidier terus mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk meminta maaf kepada si gadis itu.
“Hmmm.” Hany hanya menjelingkan sahaja.
“Sorry! Tadi saya ternampak awak jogging. And then, saya ikutlah.” Jelas Haidier dan dia hanya melihat si gadis itu terdiamkan dirinya sahaja.
“Lagipun, pagi-pagi macam ni memang saya jogging kat area sini.” Sambung Haidier.
“Saya pun, dengan kawan.” Ringkas Hany.
“Faila!” Tanya Haidier.
“A’ah, dia kat hujung sana.” Hany hanya menunjukkan arah sahaja lalu dia tersenyum.
“Ohh, ingatkan sorang-sorang tadi.”
“Hurmm.” Jeling Hany seketika.
“Ehh, jangan fikir bukan-bukan. Saya ni baik-baik je orangnya.” Haidier memuji dirinya sendiri.
“Tak cakap apa-apa pun.” Tersenyum Hany seketika.
“Yelah, saya yang cakap. Nanti saya nak order kek coklat lagi laa, sedap pula rasanya.”
“Boleh boleh. Bukan kek coklat je, ada perisa lain juga. Nanti datanglah kat café kami, macam-macam ada.” Hany menghulurkan sekeping kad kepada Haidier.
“Amboi, bukan main lagi berpromot bagai.” Haidier hanya tersenyum sahaja lalu dia melihat tulisan yang tentera di atas sekeping kad itu.
“Yummy Cake of Haila’s. Haila!”
“Ohh, gabungan nama Hany and Faila.” Tersenyum Hany lagi.
“Ohh, nama Hany rupanya.” Haidier hanya mengukirkan senyumannya sahaja kepada Hany.