Laura melihat sahaja mesej yang masuk di telefonnya itu. Mula membaca satu persatu mesej tersebut. Perkara yang tidak penting, dia terus memadamkannya. Dia berasa bosan apabila duduk bersendirian di café itu. Lalu dia menghirup secawan kopi sambil menikmati angin petang yang tersipu-sipu itu.
Laura menikmati sahaja suasana petang itu apabila angin yang bertiup lembut ke arah wajahnya. Matanya mula terpejam. Rasa tenang seketika. Walaupun, keadaan di café itu sangat riuh-rendah. Laura tidak mempedulikannya.
Laura tersentak. Bunyi kerusi yang berada di hadapannya itu telah mengejutkannya. Dia membukakan matanya untuk melihat siapa yang telah menganggu lamunannya itu.
“Sorry lambat sikit.” Lan menarik kerusi lalu terus duduk di hadapan Laura itu.
“Ouh, tak apa. Tak perlu tergesa-gesa pun.” Balas Laura.
“Okay.”
“Pesanlah air dulu.” Balas Laura lagi.
Lan tersenyum sahaja lalu dia terus memanggil pelayan untuk memesan air di café itu.
“Waiter.” Panggil Lan kepada pelayan café itu.
“Bagi saya air Green Tea.” Pesan Lan.
“Baik.” Balas pelayan wanita itu.
Laura hanya memerhatikan Lan yang sedang membuat pesanan airnya itu. Mula termenung. Terfikir akan sesuatu perkara.
‘Kenapa aku rasa dia ni baik sangat? Kenapa aku rasa sangat bersalah dengan dia ni? Perlu ke aku bagitahu perkara yang sebenar?’ Fikir Laura seketika.
Lan pula yang memerhatikan wajah Laura yang sedang termenung dan tidak berkelip-kelip memandang dirinya.
‘Ehh! Dia ni tengah tengok aku ke?’ Fikir Lan lalu dia mula menoleh ke belakang, ke kanan, dan ke kirinya. Lan hendak memastikan gadis yang berada di hadapannya itu sedang melihat kepada siapa. Tetapi, mata Laura hanya fokus kepadanya sahaja.
“Laura.” Panggil Lan sambil melambai-lambaikan tangan kanannya itu di hadapan wajah Laura.
Laura tersedar dan matanya mula terkelip-kelip apabila Lan melambaikan tangannya itu.
“Huhh. Sorry sorry. Kepala pusing sikit.” Laura memberi alasan sahaja.
‘Aduh, apa yang aku buat ni? Mesti dia nampak jelas kan, yang aku pandang muka dia. Malunya aku.’ Hati Laura mula berdegup kencang.
“Tak sihat ke? Nak I temankan you pergi klinik?” Risau Lan seketika.
“Ehh, tak payahlah. Pening sikit je ni.” Laura menyahut.
“Betul ni?” Lan cuba untuk memastikannya lagi.
“Betul betul. I’m okay. Don’t worry, okay.” Jawab Laura.
“Ouh, okay. So, you nak jumpa dengan I ni, you nak tell me something, right?” Lan mula menyoalkannya.
“Ouh, ya. Actually, I…….” Laura menjadi resah lalu dia memandang wajah Lan itu yang sedang memandang ke arahnya juga.
‘Aduh, kenapa aku nervous sangat ni. Kenapa aku rasa macam tak boleh bagitahu dia ni. Padahal, aku dah nekad ni. Laura, come on Laura. You can do it,’ jantung Laura berdegup semakin kencang.
“Yes.” Lan mengangkatkan keningnya ke arah Laura.
“Sebenarnya…..” Laura mencuba lagi tetapi terhenti seketika apabila dia melihat wajah Lan itu kembali.
‘Macam mana aku nak cakap ni, kalau kau asyik tengok wajah aku je. Terbantut aku nak cakap. Kenapa aku rasa aku ada hati dengan mamat ni. Ehh, no!!! No, Laura. Kau jangan buat hal.’Laura tidak dapat berfikir dengan tenang.
Lan hanya memerhatikannya sahaja.
‘Kenapa aku dapat rasakan yang kau ada hati dengan aku. Kau nak bagitahu aku apa yang sebenarnya, Laura. Kenapa jantung aku ni berdegup-degup je dari tadi. Apakah semua ini?’ Lan mula bermonolog di dalam hatinya sahaja.
“Laura. Apa yang sebenarnya tu?” Soal Lan dengan nada suaranya yang tenang itu.
Laura membulatkan kedua-dua belah matanya itu lalu dia cuba untuk bertenang.
“Okay, okay. Macam ni. I harap you tak marah dan kita discuss elok-elok, okay.” Laura memberanikan dirinya untuk berbicara.
“Huhh. Okay.” Lan mengiyakannya sahaja.
“I nak jujur dengan you yang I tak pernah sayangkan you selama kita bersama ni. I nak jujur dengan you juga yang I dah tak nak buat kerja gila ni lagi. I buat semua ni hanya untuk kepuasan I je. I tipu you yang I suka kat you. Actually, it’s not.” Laura berterus terang dengan Lan atas perbuatannya itu.
Lan terdiam dan hanya mendengar penjelasan yang dibuat oleh Laura itu. Dia tidak terkejut akan perkara tersebut. Malah, dia kagum akan diri Laura yang ingin berterus terang dengannya.
Laura segera mengambil sesuatu di dalam beg tangannya itu. Dia mengeluarkan sampul surat yang bersaiz A4 putih yang sudah dilimpah dua olehnya itu. Lalu, sampul surat itu diberikan kepada Lan.
“Nah.” Laura memberikan sampul surat itu.
“Apa ni?” Bingung Lan lalu dia mengambilkannya sahaja.
“Itu hak you. Bukan hak I.” Jawab Laura.
Lan terus membuka sampul surat itu tanpa sebarang kata-kata.
Lan terkejut.
“Duit.” Lan memandang kembali ke arah Laura.
“Itu duit you. You pernah belanja I kan, hari tu. I gantikan balik dan I simpan duit tu bila time sesuai I nak bagi kat you.” Jelas Laura seketika.
“Apa yang you cuba buat ni? Tak perlu pun kembalikan duit ni.” Balas Lan.
“Perlu.” Tegas Laura.
“Tapi..”
“I bukan nakkan duit you. You mesti ingat kan yang I ni mata duitan. Perempuan yang hanya pandang pada harta lelaki je, kan. Memang I tak suka kat you, tapi tak bermaksud yang I ni jenis perempuan macam tu. Sebab tu, I berterus terang dengan you. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi. Please, ambil balik duit you ni. I tak nak pun.” Celah Laura lalu dia memperjelaskannya lagi kepada Lan.
Lan hanya terdiam sahaja. Tidak tahu untuk berkatakan apa-apa lagi. Apa yang Laura cakap itu adalah benar tentang dirinya. Dia berasa bersalah akan perbuatannya itu. Mungkin dia perlu mengakhiri semua ini.
Laura hanya memandang sahaja ke arah wajah Lan itu yang kelihatan sedih apabila dia mengungkapkan kata-katanya itu. Laura mula berasa bersalah. Tetapi, dia perlu mengakhiri perkara ini juga.
“Lan. I’m so sorry.”
“I pun nak minta maaf juga. I pun pernah buat silap juga.”
“So.”
“Hahh.” Lan tidak faham apa yang Laura ingin katakannya lagi.
“So, I nak break dengan you.” Jelas Laura.
Lan tergamam seketika dengan keputusan Laura itu.
“Harap you faham. I tak boleh dengan you, sebab I tak pernah cintakan you.” Sambung Laura lagi.
“Kalau itulah keputusan you, I terima. Lepas ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Kita ikut haluan masing-masing.” Jelas Lan pula.
“Okaylah. Thank you, Lan. I gerak dulu.”
Lan hanya memerhatikan Laura sahaja yang sudah beredar dari café itu. Hatinya mula kecewa entah kenapa. Bukan ke itu yang dia inginkan. Entah kenapa hatinya mula disakiti.
‘Kenapa hati aku rasa sakit sangat ni. Bukan ini ke yang aku mahukan. Adakah aku tersilap langkah? Fazlan, kau kena bangun, dia bukan Alicia. Dia berbeza.’ Fikiran Lan hanya bercelaru sahaja.