Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 7



HANY berasa sebak apabila memikirkan keadaan ayahnya yang sudah lama keseorangan sejak pemergian arwah maknya itu. Dia cuba untuk pujuk ayahnya berkahwin lagi, tetapi enggan didengari oleh ayahnya itu.

           Hany ingin melihat ayahnya bahagia dengan adanya peneman di sisinya. Sedangkan dia sebagai anak perempuan tunggal ayahnya tidak dapat meluangkan masa bersama sejak dia mempunyai cafénya sendiri.

          “Hmmm.” Keluh Hany seketika sambil melihat suasana di luar tingkap cafenya itu.

          “Ring.. Ring.. Ring.. Ring..”

          “Huh, phone!” Tersentak Hany seketika lalu segera mengangkat telefon yang berdering itu.

          “Hello, here ‘Yummy Café of Haila’s’. Can I help you, Miss?”

          “Hello, can I order from here?”

          “Sure, Miss. What type of cake you want, Miss?”

          “Blueberry Cake and Cheese Cake, both of these are regular.”

          “Okay, sure.”

          “For the address, I will be sent to you in a message. That’s okay?”

          “Sure, okay. I will provide this for you.”

          “Okay, thank you, dear.”

          “Most welcome, Miss”

           Hany meletakkan telefon tersebut lalu terus mengambil sehelai kertas putih untuk ditulis di atasnya. Faila baru sahaja masuk ke café setelah mengemas-ngemas di bahagian luar café mereka. Lalu dia terus menuju ke arah Hany yang sedang sibuk menguruskan pesanan daripada pelanggan.

          “Ramai ke orang order hari ni?” Soal Faila.

          “Hari ni lebih ramai dari semalam.” Jawab Hany yang masih lagi menulis di atas sehelai kertas putih tersebut.

          “Hany.”

          “Iye.”

          “Aku ingat, nak ambil cuti dalam dua hari ni. Nak jenguk mak aku kat kampung.”

          “Aku pun rasa nak ambil cuti juga.” Hany terus menoleh ke arah Faila.

          “Ye ke.”

          “A’ah. Tak payahlah cuti dua hari. Seminggu, kita cuti.” Senyum Hany seketika.

          “Betul ke ni.”

          “Betullaa. Lagipun, aku dah lama tak jenguk ayah aku. Tah sihat atau tidak.” Hany berasa sayu secara tiba-tiba.

          “Hany, kau janganlah macam ni. Janganlah sedih, nanti aku sedih juga.” Pujuk Faila lalu terus memeluk sahabatnya itu.

           “Aku rindu mak aku. Walaupun aku tak pernah sentuh wajah dia, hanya sekeping gambar je aku dapat melihat. Dari kecil lagi, aku tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu.” Hany hanya menitiskan air matanya sahaja kerana tidak dapat untuk menahan sebaknya yang terlalu lama terpendam di dalam hatinya itu.

           “Hany.. janganlah macam ni.” Pujuk Faila lagi lalu dia memeluk dengan erat sekali.

          “Aku dah tak boleh tahan, Faila. Aku dah tak mampu.” Hany terus menangis dengan teresak-resak dan memeluk Faila dengan seeratnya.

          “Sudahlah tu Hany. Kau kena ingat, aku tak ada ayah. Dan kau, tak ada mak. Hidup kita sama je, tak ada beza. Aku ada mak aku yang selalu sokong aku sampai sekarang. Dan kau Hany, ada ayah yang selalu sokong kau walaupun kau duduk berjauhan dengan dia, tapi dia selalu ingat kau kat sini, Hany.” Faila hanya memberikan kata-kata semangat kepada Hany supaya dia bangkit semula.

          “Betul tu, Faila. Aku masih ada ayah, dan aku ada kau juga, sahabat.” Hany terus memegang erat tangan Faila.

          “Nanti, aku bawa kau jumpa mak aku. Mak aku mesti gembira jumpa dengan kau nanti.” Faila mengenyikkan mata kirinya kepada Hany lalu hanya tersenyum sahaja.

          “Terima kasih atas semuanya. Terima kasih, Faila.” Hany hanya mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Ring.. Ring.. Ring.. Ring..”     

          “Huhh, phone. Takpe, biar aku jawab.” Faila terus menuju ke arah telefon di mana ia berdering.

          “Hello…….. okay okay………. Nanti saya semak semula list, encik………. Okay, sama-sama.” Faila meletakkan semula telefon tersebut lalu menuju ke arah Hany.

          “Customer ke?” Soal Hany.

          “A’ah, dia cakap nak kek malam ni. Dari Alex Kim.” Jawab Faila.

          “Ouh, yang tu. Pukul 9.00 malam ni kita kena hantar kat sana.”

          “Yang kek coklat tu ke?”

          “Yes.”

          “Yang nak hantar ni, area sini juga ke?” Soal Faila pula.

          “A’ah. Area sini je. Tapi…” Hany hanya meneliti sahaja senarai baru yang diterima olehnya itu.

          “Huhh.” Faila hanya memandang ke arah Hany sahaja.

          “Yang ni kat tempat gim.” Jawab Hany lagi.

          “Huhh, serious laa.” Tersentak Faila seketika.

         “Yup.”

          “Hantar malam-malam kat tempat gim. Scarynyee..” Faila hanya membulatkan matanya sahaja.

          “Yelah, orang ni order. Lokasi dia pun kat gim.” Hany hanya mengangkat bahunya sahaja.

          “Tengok sini!”

          “Nah.” Hany hanya menghulurkan sahaja senarai nama tersebut.

          “Alex Kim, yang ni kan?”

          “Hmmm.” Hany hanya membuat muka sahaja.

          “Budak gim makan kek! Ishh, sia-sia je pergi gim kalau makan kek.” Fikir Faila seketika.

          “Bukan untuk dia kot. Maybe nak buat party someone.” Hany hanya memikirkannya secara logik sahaja.

          “Buat party pun, dia kena makan juga, kan.” Fikir Faila lagi.

          “A’ah laa. Ehh, biarlah dia. Kita just terima order je.”

          “Betullah tu.”

          “Haa, dah. Tolong aku cepat! Siap ni, kita boleh balik awal. Malam kang baru sambung kerja.” Hany hanya mengukirkan senyuman sahaja kepada Faila.

          “Ehh, kenapa pula?”

          “Kau lupa ke.”

          “Haa….”

          “Baru je kita bincang tadi.” Hany hanya mencengkamkan pinggangnya sahaja.

          “Ouhh ye. Tempat gim tu.” Faila hanya menggaru-garukan sahaja kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Yes. Malam ni. Ingat!!!”

          “Okay, ingat.”

          “Okay okay, jom packing.”

          “Alright.”

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.