“Ok… mari sini. Aku tunjuk kat kau betapa hebatnya aku, ni hero malayalah.” Sahut Kim dengan kata-kata semangatnya itu.
“Hero malaya lah sangat……”
‘Poyo betul dia ni, tapi poyo lagi si Lan tu,’ Haidier hanya bermonolog sahaja lalu dia tersedar akan sesuatu perkara.
“Ehh, kejap. Kau cakap apa tadi?” Soal Haidier seketika.
“Nak angkat beban!!!” Jawab Kim.
“Bukan yang tu.”
“Betapa hebatnya aku!!!” Jawab Kim lagi.
“Selepas tu..” Haidier hanya memikirkan sesuatu perkara sahaja.
“Hero Malaya!!!”
“Haa, yang tu.” Haidier hanya mengiyakan sahaja kata-kata kawannya itu.
“Kenapa!!! Salah ke, kalau aku jadi hero Malaya.” Soal Kim pula.
“Hey, kau tu kan orang cina… mana boleh jadi hero Malaya.” Jawab Haidier lalu hanya tersenyum sahaja.
“Alaa… Aku kan lahir kat Malaysia. Filem-filem melayu semua aku support tau…” Jelas Kim seketika.
“Yelah.”
“Tolong pegang benda ni.” Arah Kim seketika.
“Okay.”
Perangai Kim memang tidak boleh diubah kerana sifatnya itu penuh dengan adat kemelayuan. Memang benar dia peminat setia filem melayu dari sejak kecil lagi tetapi dia tetap taat kepada agama dan tuhannya.
“Okay, aku lepaskan ni.” Sahut Haidier.
“Okay, done.” Kim menyahut cabaran.
Tiba-tiba… ada sesuatu yang telah menghempas ke dada Kim lalu dia menjerit.
“Woiii, tolong aku!!! Aku kelemasan ni..!!!”
“Siapa yang menjerit tu.” Haidier pura-pura tidak nampak akan keadaan Kim tersebut.
“Weh, tolong aku!!! Benda apa yang kau letak kat aku ni, berat gila!!!” Jerit Kim lagi.
“Aieeee, kata nak angkat berat. Nilah bebannya yang aku bagi kat kau tu.” Haidier tergelak terbahak-bahak dan dia berjaya mengenakan Kim.
“Cepatlah tolong aku!!!” Kim hanya terdiam seketika lalu dia mengalah.
“Apa macam, haa.”
“Yelah, aku menyerah. Aku ingat benda ni ringan bro, rupanya….”
“Rupanya berat. Kecil-kecil cili padi, lain kali buatlah lagi… hahaha…” Celah Haidier lalu hanya mampu tergelak sahaja.
“Hurmmm…. Yelah. Kau menang.” Kim menghembuskan nafasnya apabila mendengar kata-kata Haidier lalu dia terus membuat senamannya itu.
Di Siber Café…
‘Macam mana nak menghasilkan lukisan yang terbaik? Macam mana dengan ukirannya? Perlu ke letakkan corak yang banyak? Tema dia macam mana pula? Macam mana nak fikir ni? Suasananya pula macam mana? Tapi keindahan itu yang paling penting,’ fikiran Sam menjadi semakin bercelaru.
“Aduhai… Otak aku dah semakin serabut dah ni. Perlu ke, ada benda ni.” Sam hanya membebel sahaja.
“Hurmmmm…” Sam hanya mengeluh sahaja apabila memikirkan terlalu banyak untuk menghasilkan lukisan yang menarik bagi tugasannya itu.
“HAAAA…”
Sam disergah oleh seorang wanita yang berambut panjang dan berbaju kemeja hijau itu. Dengan keadaan rambut wanita yang terlerai itu tadi, telah membuatkan Sam berasa rimas apabila rambut wanita itu telah menyentuh lembut ke muka Sam.
“Aishhhh, kau ni Suzy. Tak habis-habis nak buat aku terkejut. Nasib baik air kopi ni tak tertumpah kat muka kau yang cantik tu, kalau tidak……” Belum sempat Sam ingin menghabiskan ayatnya itu, Suzy telah mencelah dengan riak mukanya yang garang.
“Hah… apa? Apa, hah?” Renung Suzy dengan pandangannya yang tajam.
“Ermmm…”
“Kalau tumpah air kopi ni kat muka aku, memang aku keje kan kau cukup-cukup.” Suzy menarik muka lalu memesan jus oren kepada pelayan.
“Yelah.” Sam hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat rakan sekerjanya itu.
“Haa… what’s up?” Sergah Suzy lagi.
“Macam ni jelah.” Lemah sahaja jawapan Sam itu.
“Dah siap ke belum hasil lukisan kau tu? Nak tengok!!!” Suzy melihat jam di telefon pintarnya lalu terus bertanyakan soalan kepada Sam tentang lukisannya itu.
“Belum siap lagi. Susah betul nak hasilkannya. Aku dah tak ada idea nak pikirkannya.” Rungut Sam seketika.
“Sabarlah. Jangan paksa sangat.” Sahut Suzy seketika.
“Susahlah, beb.” Rungut Sam lagi.
“Belum dapat ilham lagi tu.”
“Aku rasa lukisan aku kali ni tak menjadilah.”
“Kenapa cakap macam tu?” Suzy tersentak seketika.
“Yelah, dengan idea aku yang kosong ni. Confirm ramai pelancong tak berminat.” Jelas Sam kepada Suzy.
“Weh, jangan cakap macam tu. Aku kan ada, boleh tolong kau.” Suzy hanya mengangkatkan keningnya sahaja.
“Hurmmm…” Sam mengeluh sekali lagi dan dia berasa tidak ada harapan untuk teruskan bakatnya itu.
Akan tetapi, Suzy sentiasa menyokong kawannya untuk terus mara ke hadapan. Dia tetap akan menolong Sam, lagipun dia juga seorang pelukis yang handal.
“Jangan kau cakap macam tu, kau boleh buatlah Sam.” Celah Suzy seketika.
“Hanya kau saja yang memahami aku. Kaulah pembakar semangat aku.” Sam menunjukkan gayanya di hadapan Suzy.
“Aku bakar kau jap lagi kang.”
“Garangnye.”
“Huhh.”
“Tapi kan…” Sam hanya mengeluh lagi.
“Aku kan ada. Boleh tolong kau bagi idea yang bernas, walaupun tak masuk akal.” Suzy memberi lagi kata-kata semangat kepada Sam.
“Yelah Suzy. Apa-apa pun terima kasih banyak kerana sudi membantu.” Sahut Sam.
“Sama-sama.”
“Kau jelah kawan yang memahami tentang seni ni. Kalau tak ada kau, memang habis aku dibuatnya.” Sam memuji Suzy sambil tersenyum.
“Amboi… jiwang betul ayat kau. Jangan jiwang sangat dengan aku boleh tak.” Suzy menarik muka daripada Sam.
“Perrrrr… Garang giler pompan ni.”
“APA!!!”
“Tak, orang kat sana tu..” Sam menudingkan jari manisnya ke luar kawasan café.
Suzy memang tidak suka akan perkataan-perkataan yang jiwang ini, lebih-lebih lagi untuk bercerita tentang kisah cinta dengannya, memang dikejar sampai ke penghujung dunia. Perwatakannya pun seakan-akan tomboy tetapi dia masih lagi mempunyai sifat keperempuanannya itu.