Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 44




          “Maaf, kak. Saya dah limited.” Sampuk Haidier.

          Ternganga Faris seketika.

          “Ha’ah, kak. Saya pun dah limited.” Celah Faris sambil menganggukkan kepalanya saya.

          “Hahh, limited.” Terkejut jiran mereka itu.

          “Maksud saya, dah ada orang yang tersayang dalam hati saya. So, saya setia pada yang satu je, kak. Si Faris ni pun sama.” Bantu Haidier seketika.

          “Ye, betul tu, kak.” Faris hanya menganggukkan kepalanya lagi.

          “Ouhh, ye ke.”                

          “Yang kawan saya sorang ni, tak boleh kak. Ramai perempuan keliling pinggang dia. Hari ni orang lain, esok dia tukar orang lain pula.” Haidier mencelah seketika apabila jiran mereka itu cuba untuk mengalihkan pandangannya ke arah Lan.

          “Wehh, asal kau cakap macam tu.” Bisik Lan lalu dia merenung tajam ke arah Haidier itu.

          “Angguk jelah.” Jeling Haidier seketika.

          “Hahh, betul tu, kak.” Pasrah Lan seketika.

          “Beruntung betul, siapa yang dapat menangi hati kamu ye.”

          “Yelah tu. Kak, kami gerak dulu.” Tersenyum Haidier.

          “Ouhh, yelah. Memang tak ada harapanlah ni.” Sambung jiran mereka itu lagi.

          “Tak apa, kak. Ramai lelaki kat luar sana tengah tunggu akak. InsyaAllah, akak ditemukan jodoh suatu hari nanti.” Jawab Faris.

          “Bagi akak, korang jelah yang paling hensem dan yang paling romantik sekali.” Jiran mereka itu mula tergedik-gedik di kawasan perumahannya itu.

          “Cepat cepat. Masuk.” Lan menolak Haidier untuk segera masuk ke dalam kereta.

          Haidier hanya menuruti sahaja. Begitu juga dengan Faris, dia terus masuk ke dalam kereta sambil menghidupkan enjin kereta tersebut.

          “Ehh, dah masuk kereta.” Tercengang Intan seketika.

          “Pon, pon, pon.”

          “Kak, kami gerak dulu.” Faris membunyikan hon kereta sahaja lalu mereka mula beredar dari rumah mereka itu.

          “Ishhh, aku tak habis cakap lagi. Tak laku ke aku ni. aku cantik apa. Janda meletop kot. Cuma tak ada anak je.” Intan hanya memuji dirinya sendiri sahaja.

          “Tak apalah. Lain kali, aku cuba cucuk-cucuk lagi budak-budak ni. Selagi korang masih bujang, selagi tu aku try habis-habisan.” Intan hanya tersenyum sinis.

 

 

 

“DAH lambat, dah lambat. Aduh!” Sam tergesa-gesa menutup pintu keretanya itu.

          “Harap diorang tak marahkan akulah.” Sam terus berlari anak untuk menuju ke tempat gim.

          Keliru Sam seketika apabila dia mahu membuka pintu kaca tersebut.

          “Ehh, macam mana nak tolak ni. Mengeras je ni.” Sam cuba sedaya upaya untuk menolak pintu kaca di tempat gim itu.

          Tetapi, dia sukar untuk menolaknya. Dia bingung seketika lalu hanya mampu menggaru-garukan kepalanya sahaja.

          “Tak akanlah, diorang kunci aku dari luar. Aduh, problem-problem.” Sam menggarukan kepalanya lagi.

          “Kena call Faris lah jawabnya.” Sam mengeluarkan telefon pintarnya untuk mendial sahabatnya itu.

          Lalu, Sam terlihat sesuatu benda hitam seperti mesin kecil yang terlekat di pintu kaca itu. Dia terus menyentuh butang kecil yang berwarna hitam itu. Panggilan dihentikan seketika.

          Sam terkejut.

          “Terbuka!”

         Mula memandang di sekelilingnya itu.

          “Macam mana aku boleh terlupa tentang mesin ni. Aku boleh masuk ke dalam ke ni.” Malu Sam seketika lalu dia melihat semula keadaan di sekelilingnya itu.

          “Dah pintu terbuka. Masuklah.” Sam tergelak sendirian sahaja.

          Dia mula bergegas menaiki anak tangga untuk ke tingkat tiga.

          “Aduh, penat aku. Nasib baik sampai tingkat tiga je. Kalau tak, mampus aku kat sini. Penat naik tangga je, bila bergim, kelaut ler kita.” Bebel Sam apabila dia sudah sampai ke muka pintu itu.

          Sam membuka langkah untuk memasuki ke ruang gim. Cuba untuk memerhatikan seseorang. Sedang mencari. Tetapi, tidak dijumpainya. Mula mencari lagi. Sambil mengecilkan kedua-dua belah matanya itu.

          “Mana pula diorang ni. Semua badan bersasa-sasa je yang ada kat sini. Mana kawan kepingan aku ni.” Keluh Sam seketika.

          “Oiii.”

          “Eee mampus kau, kau.” Terlatah Sam seketika apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang.

          “Huishh, bahaya betul kau ni.” Sapa Faris dari belakang Sam.

          “Huhh, kau Faris. Boleh tak jangan buat aku terkejut. Kurus semangat aku ni.”

          “Kurus tak kurus. Kau tu, apa hal? Dah sejam lebih, baru nak sampai.”

          “Alaa, sorry laa. Aku tak perasan waktu dah terlebih.” Tersengih Sam.

          “Macam mana nak perasan, orang tu keluar dengan awek. Dah tak hiraukan member kat sini. Nak buat macam mana.” Usik Faris.

          “Wehh, sorry sangat. Kau cemburu ke?”

          “Ehh! Tak ada masa aku nak cemburukan kau. Geli aku.”

          “Aku tanya je, janganlah geli dengan aku. Cukuplah dia seorang je yang geli dengan aku.” Nada suara Sam secara tiba-tiba berubah kepada nada yang sedih.

          “Ehh, apa hal pula kau ni. Kau dah bagitahu isi hati kau kat dia tak?” Tanya Faris secara tiba-tiba.

          “Belum sepenuhnya.” Sam kembali tersengih.

          “Bagitahu jelah. Kang melepas. Mana tau dia pun suka kat hang.”

          “Aku just bagi hint je kat dia.”

          “Sam. Kau bagi hint pun tak guna. Kau kena luahkan perasaan sebenar kau tu kat dia. Barulah gentlemen. Kau lelaki, bro.” Faris memberi kata-kata semangat kepada Sam.

          “Betul juga kata hang tu. Tapi, aku tak macam Lan yang terus cakap ‘I love you’ kat perempuan.” Balas Sam.

          “Kau tak payahlah jadi macam dia. Jadi diri kau sudahlah. Beritahu dulu perasaan yang kau pendamkan selama ni. Kau kena luahkan perasaan kau tu dulu. Kau cuba bayangkan. Nanti, dia akan lihat tulusnya cinta kau kat dia.”

          Sam mula membayangkannya.

          “Ini baru cinta sejati.” Sambung Faris lagi.

          “Kalau inilah dapat buktikan cinta aku kat dia, aku akan buat.” Semangat Sam seketika.

          “Ini baru kawan aku. Kau kena berani, bro.”

          “Ye. Betul tu.”

          “Satu lagi, kau kena sasakan sikit badan kau ni. Barulah tak nampak sekeping.”

          “Aku nampak sekeping ke.” Sam hanya melihat sahaja dirinya itu.

          “Taklah keeping sangat, adalah sikit isi tu.” Usik Faris lagi.

          “Kata orang, kau pun… hmmmmm..” Sam hanya melihat sahaja lengan Faris itu.

          Faris mula menunjukkan otot-ototnya yang agak sedikit tegap itu.

          “Tak payahlah tunjuk kat aku. Aku nampak.” Sam mula menyampah.

          “Dahlah, jom. Dier dengan Lan ada kat sana tu. Diorang tertunggu-tunggu, bila kau nak sampai.” Ajak Faris lalu dia tergelak sahaja apabila melihat gelagat sahabatnya itu.

 

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.