====================================================
“Ayah.”
Lan hanya memerhatikan gerak-geri ayahnya yang sedang membelek-belek fail di atas meja kerjanya itu.
Encik Hassan hanya memandang ke arah anaknya lalu dia kembali melihat kertas yang berselerak di atas meja dan begitu juga dengan fail-failnya itu. Dia perlu meneliti setiap dokumen dan ingin kesemua urusannya itu perlu diselesaikan dengan segera.
“Ayah.” Lan hanya memanggil ayahnya sahaja tetapi tidak dipedulikannya.
“Ayah, nak Lan tolong apa-apa ke? Lan boleh tolong ayah apa yang patut.” Lan hanya memerhatikan sahaja gelagat ayahnya yang masih lagi tidak menghiraukannya itu.
“Tak apalah, ayah. Kalau ayah perlukan apa-apa, Lan ada je kat rumah ni.” Lan berasa sedikit sedih kerana ayahnya tidak menghiraukan kehadirannya di dalam bilik kerja ayahnya itu.
Lan terus beredar dari bilik kerja ayahnya itu. Dia berasa sangat kecewa. Bukan kecewa dengan ayahnya, malah kecewa akan dirinya sendiri. Sukar baginya untuk menyelesaikan hal yang tidak sepatutnya berlaku. Tetapi, masalah ini sudah muncul kembali. Terpaksa dia mengharuinya sendiri.
Mula termenung. Fikirannya terganggu. Hanya mampu duduk di atas sofa yang empuk. Rebahkan dirinya. Berasa tenang sedikit. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang yang sedang menuju ke arahnya itu.
Dia bingkas bangun lalu menoleh ke arah bunyi tapak kaki tersebut.
“Lan.”
“Ohh, mak.” Lan ingat ayahnya yang menuju ke arahnya itu, rupa-rupanya maknya yang telah datang ke arahnya.
“Ni, mak ada buat kuih kegemaran kamu ni.” Puan Noraini menghulurkan semangkuk kecil kepada anaknya itu.
“Hurmm. Terima kasih, mak. Susah-susah je.” Balas Lan.
“Apa yang susahnya. Mak teringat kamu suka sangat makan kuih sarang semut ni. Mak pun buat laa. Bukan kamu sorang je yang suka kuih mak ni, ayah kamu pun suka tau.” Puan Noraini memberikan senyuman manisnya kepada anaknya itu.
Lan hanya menganggukkannya sahaja lalu membalas balik senyumannya kepada maknya itu.
Puan Noraini tahu akan sikap suaminya yang tegas itu yang selalu membuat keputusan terhadap anaknya itu. Dia tidak mampu untuk menyokong mana-mana pihak, dia hanya mampu memberi nasihat kepada kedua-dua orang yang tersayang.
Puan Noraini sangat faham akan perasaan anak lelakinya itu. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana tindakan suaminya kali ini adalah betul.
“Kalau pasal ayah tu, Lan jangan ambil hati ye.” Pujuk Puan Noraini.
“Ehh, tak adalah mak. Lan dah biasa dah.” Jawab Lan seketika lalu dia terus menyuap kuih sarang semut itu ke dalam mulutnya itu.
“Mak faham perasaan Lan. Apa yang ayah kamu buat tu, ada betulnya juga.” Puan Noraini cuba untuk memujuk anaknya itu.
“Tak apalah, mak. Lagipun, Lan masih lagi tengah fikir. Bagi Lan untuk fikirkan dulu ye, mak.” Lan hanya mampu memberi alasan sahaja.
“Yelah. Mak pun tak nak paksa kamu. Tapi, bincang elok-elok dengan ayah kamu ye.” Puan Noraini hanya memberi kata-kata yang lembut sahaja kepada anaknya itu.
“Yelah. Baiklah, mak.” Ringkas Lan.
“Tapi, kamu kena ingat juga. Ayah kamu buat semua ni sebab dia sayangkan kamu, bukan nak susahkan hidup kamu.” Jelas Puan Noraini sambil dia memujuk anaknya itu.
“Mak.” Lan memegang tangan maknya dengan erat sekali lalu dia memberikan senyumannya sahaja.
“Lan tahu, yang ayah sangat sayangkan Lan. Sebab tu, Lan kena fikir balik apa yang telah Lan lakukan selama ni. Dan, mak pun sayangkan Lan, kan.” Jelas Lan seketika.
“Iye, Lan. Mak sangat sayangkan kamu. Kamu sorang je anak mak. Anak teruna mak yang nakal ni.” Puan Noraini mengusap-usap kepala anaknya itu dan dia berasa sedikit tenang apabila mendengar kata-kata anaknya itu.
Lan mula tergelak sedikit.
“Lan nampak nakal lagi ke?” Lan tersenyum sahaja.
“Semestinya. Selalu nakal di mata Mak.” Puan Noraini kelihatan gembira sekali apabila melihat anaknya tersenyum seperti selalunya.
Lan pun berasa sangat gembira apabila maknya selalu memberikan kata-kata nasihat kepadanya. Beban yang ada di dalam hatinya itu mula berasa ringan sedikit.
====================================================
‘Kenapalah, aku ni besar cepat sangat. Kalau aku kecil lagi, mesti tak ada masalah yang timbul macam sekarang ni. Tak boleh ke jadi kecil semula,’ Lan hanya tersengih sahaja apabila memikirkannya.
“Oiii!!!” Sergah Sam.
“Huhh.”
“Yang tersengih-sengih seorang diri ni, dah kenapa? Hahh.” Sam pun turut tersengih.
“Tak ada apalah.”
“Mana boleh tak ada apa. Mesti ada apa-apa. Cakap ahh.” Sam hanya memandang sahaja ke arah kawannya itu.
“Alaa, small problem je.” Ringkas Lan.
“Apa yang small tu?” Sam cuba untuk mengetahui masalah sahabatnya itu.
Lan hanya mampu mengangkatkan bahunya sahaja.
“Pulak dah. Lan. Kalau kau rasa berat sangat nak pikul masalah kau tu, kau boleh bagitahu kat kitaorang. InsyaAllah, kitaorang akan tolong. Kalau diam macam ni, manalah kitaorang nak tahu masalah kau tu.” Jelas Sam seketika.
“Entahlah, Sam. Aku pun tak tahu nak buat apa sekarang.” Lan hanya mampu mengadu sahaja.
“Kau ada masalah dengan family kau ke?” Soal Sam seketika.
“Adalah sikit, tapi dah settle. Tapi, aku runsing sikit.” Jawab Lan seketika.
“Ehh, banyak pulak tapi tapi kau. Kalau kau runsing sangat, pergi ambil air wuduk, pergi solat, lepas tu minta petunjuk daripada-Nya. InsyaAllah, dapat ketenangan.” Sam memberikan kata-kata nasihat kepada Lan lalu menepuk-nepuk sedikit di bahu kiri Lan itu.
“Betullah tu. Zohor pun nak masuk.” Lan mengiyakannya sahaja lalu melihat jam di dinding yang menunjukkan pada pukul1.07 tengahari.
“Yelah tu, nak masuk dah. Jomlah, kita solat sama-sama.” Ajak Sam seketika.
Lan hanya mengikuti jejak langkah Sam sahaja lalu Sam terhenti seketika dan menoleh ke arah Lan.
Lan kebingungan.
Sam hanya memandang Lan sahaja.
“Kau apa hal? Kena rasuk ke apa?” Lan hanya tercebil-cebilkan biji matanya itu.
“Nanti… kau doakanlah sekali untuk awek kau tu.”
“Asal pulak.” Keliru Lan.
“Minta break.” Gelak Sam seketika.
“Haa, yang ni memang minta penampar.”
“Hahaha. Gurau gurau. Aku panggil Dier dengan Ris jap.”
“Hurmm.”
Lan hanya tersenyum memanjang lalu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja apabila melihat kenakalan sahabatnya itu yang selalu ingin mengenakannya.