“Korang…”
“ARGKKKKKKK!!!” Jerit Hany dan Faila sekali lagi apabila dua orang lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
“ARGKKKKK…” Kim turut menjerit.
“Oiii..!!! Yang kau menjerit ni apa sal.” Haidier berasa jengkel seketika.
“Aku terkejut! Diorang menjerit, aku menjerit laa.” Jawab Kim sambil mengurut-ngurutkan dadanya itu.
“Si.. si.. siapa korang!!!” Hany membulatkan matanya ke arah dua orang lelaki yang berada di hadapan mereka lalu dia mengacukan sebilah pisau kek, sementara Faila masih lagi memegang sekotak kek tersebut.
“Wait, wait. Sabar, sis.” Haidier cuba menenangkan keadaan.
“Siapa sis kau!!! Haa..!!!” Hany masih lagi mengacukan lagi sebilah pisau kek itu ke arah mereka.
“Sabar. Kita boleh bawa bincang.” Pujuk Haidier seketika.
“Bincang apanye!!! Kau nak rompak kami kan!!!” Tegas Hany.
“Tak.. kami cuma…”
“Dier, pompan ni giler ke apa. Nak acukan pisau plastik kat kita, acukanlah benda lain.” Bisik Kim ke arah Haidier.
“Hishh, kau ni. Diorang panik tu.” Bisik Haidier pula.
“Oiii, korang bisik apa tu!!! Haa, korang nak rompak kami kan!!!” Sampuk Faila dari belakang Hany.
“Dier, kau tengok tu. Dia boleh tanya nak rompak ke tak. Kita ni nampak macam perompak ke?” Soal Kim dengan penuh kekeliruan terhadap situasi mereka sekarang.
“Hishh, kau ni”
“Padahal diorang ada chance kot nak lari.” Bisik Kim lagi.
“Aku dah cakap, diorang ni panik.”
“Hany, jom. Diorang macam tak bergerak je dari tadi.” Bisik Faila seketika kepada Hany.
“Okay, guys. Kami memang nak rompak.” Jawab Haidier dengan tenang.
“Huhhh…” Hany dan Faila mula berasa panik apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut salah seorang lelaki itu.
“Tapi, kami nak rompak kek yang korang pegang tu. Dengan pisau kek tu sekali.” Jawab Haidier dengan tenang lagi.
“Haa! Apa!” Faila dan Hany hanya saling pandang-memandang sahaja lalu terus membetulkan keadaan mereka.
“Satu lagi!!! Kami nak rompak hati korang, boleh?” Celah Kim lalu dia tersenyum nakal ke arah dua orang gadis di hadapan mereka itu.
“Oiii, agak agak laa. Kita dah laa takutkan diorang. Kau pula, time gini nak buat pick up line.” Haidier menunjukkan penumbuk ke arah Kim.
“Okay okay, sorry sorry.” Kim hanya tersengih sahaja.
“Korang..! Korang, okay?” Tanya Haidier seketika.
“Hurmm.” Hany hanya menganggukkan sahaja kepalanya lalu mengukirkan senyumannya itu.
“Yeloh, kami cuma mau jemput kalian saja. Saya Alex Kim, yang order kek you pagi tadi. Sorry, kami tak sengaja usik kamu berdua tadi.” Sahut Kim sambil memperkenalkan dirinya.
“Saya pun minta maaf. Bunyi tadi, kami yang buat. Tak tau pula boleh sampai jadi macam ni.” Haidier turut meminta maaf kepada dua orang gadis yang bertudung hijab itu.
Hany dan Faila hanya mendiamkan diri sahaja dan mereka berdua berasa malu akan perbuatan mereka tadi. Mereka hanya tercegat di situ sahaja tanpa sebarang suara mereka dikeluarkan.
‘Aduh, kenapa boleh jadi macam ni. Tak tahu pula dua orang mamat ni nak ambil kek. Habislah aku,’ keluh Hany seketika dan berasa resah di dalam hatinya.
“Awak..” Haidier cuba mendekatkan dirinya kepada dua orang gadis tersebut.
‘Alamak! Kenapa dia datang dekat. Lagilah aku bertambah resah,’ keluh Hany lagi.
“Saya Haidier.” Haidier hanya memandang ke arah wanita yang masih lagi kaku dihadapannya itu lalu meletakkan tangan kanannya di dada sebagai tanda hormat.
“Huhh.” Hany terpegun seketika.
“Saya Faila.” Celah Faila sambil melambaikan tangan kanannya ke arah Haidier.
“Saya Kim. Jangan lupa kek kami tu.” Celah Kim pula sambil menghulurkan beberapa helai duit kertas kepada mereka.
“Ohh ya. Nah.” Faila hanya tersenyum sahaja.
“Sorry tau, tadi.” Sahut Haidier.
“Ohh, takpe. Kami pun nak minta maaf sebab buat langkah silat tadi.” Faila hanya tergelak kecil sahaja.
“Haha.. tak apa maa.. kami yang buat salah.” Kim hanya mencelah sahaja.
“Tapi, kenapa kat sini gelap? Korang nak buat apa kat tempat gelap macam ni?” Soal Faila.
“Ohh, kami nak buat parti untuk budak-budak gim kat sini. Nak buat prank sikit, tu yang gelap tu.” Haidier menjelaskan keadaan yang berlaku di sini.
“Ohh ye ke. Okay.” Faila hanya menganggukkan sahaja.
Haidier mula berasa kesal terhadap perbuatannya yang suka mengusik telah membuatkan salah seorang gadis itu terdiam sampai sekarang. Haidier terus merenung ke arah gadis yang masih lagi di hadapannya itu, tapi dia hanya menundukkan kepalanya ke bawah sahaja.
‘Apa yang aku dah buat ni? Tadi beriya sangat nak acukan pisau. Lepas tu, terdiam pula. Nak tegur dia, takut tak ada respon pula. Aku perkenalkan diri tadi pun, dia tak respon,’ Haidier hanya bermonolog sahaja
Hany masih lagi mendiamkan dirinya kerana tidak tahu untuk berkatakan apa-apa lagi, setelah menerima duit daripada Kim.
“Cukup, kan?” Tanya Kim.
Hany hanya mengira sahaja jumlah duit yang diterima di tangannya itu. Haidier hanya memerhatikan sahaja gelagat si gadis yang sedang mengira duit di hadapannya itu.
‘Comel je dia mengira,’ Haidier terasa geli hati seketika lalu tersenyum sendirian.
“Ada balance, Encik Kim.” Sahut Hany.
“Tak payahlah panggil saya Encik. Panggil Kim saja maa.” Jawab Kim lalu tersenyum sahaja.
“Ohh, okay. Balance ni…”
“Simpan saja.” Kim tersenyum lagi.
“Okay, terima kasih kerana membeli.” Hany hanya mampu tersenyum sahaja.
“Sama-sama, jual kat kami.” Balas Kim.
‘Menyahut pun. Aku ingat dia dah tak ada suara dah tadi,’ Haidier hanya tersenyum lagi. ‘Baik, aku tanya nama dia dulu,’ terdetik hati Haidier seketika.
“Awak..”
“Dier!!! Diorang dah sampai. Jom, cepat. Nanti habis prank kita.” Belum sempat Haidier nak bertanyakan kepada si gadis itu, Kim sudah mencelah lalu menarik lengan kiri Haidier untuk bergegas masuk ke dalam tempat gim mereka.
‘Aduh, mamat ni. Kacau daun betullah. Melepas aku,’ rungut Haidier di dalam hatinya.
“Bye, korang. Nanti pape saya order lagi.” Kim hanya memperlahankan suaranya sahaja.
“Bye, korang.” Haidier hanya melambaikan tangannya sahaja dan terus bergerak ke lokasi mereka.
“Bye. Nanti halo halo.” Balas Faila lalu melambaikan tangan kanannya ke arah mereka dan diikuti dengan lambaian Hany.