Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 48




          Belum sempat Laura ingin memasuki ke dalam keretanya itu, sebuah kereta persona sudah menghampiri di kawasan rumah anak yatim itu. Laura hanya memandang sahaja kenderaan tersebut yang berada di sebelah keretanya itu.

          ‘Macam kenal je kereta ni. Peduli apa aku. Tapi… kenapa aku rasa kereta ni macam kereta…,’ Laura cuba untuk mengingatinya.

          Seorang jejaka telah keluar dari keretanya itu lalu dia mula terpandang ke arah Laura.

          Laura membulatkan matanya sahaja kerana dia terkejut apabila melihat seorang lelaki yang berada di hadapannya itu adalah seseorang yang pernah rapat dengannya dahulu.

          ‘Fazlan.’ Ya, betul jangkaannya. Itulah Fazlan yang selalu dia terbayang-bayangkannya selama ini. Tidak sangka, dia boleh terserempak dengan Lan.

          “Kau!” Laura mula terkaku.

          “Uncle Aqim! Fazlan!” Jerit Mira seketika kerana dia terlalu gembira apabila bertemu dengan mereka berdua.

          Laura tersentak kerana jeritan Mira itu.

          Pandangan Lan mula ke arah Mira lalu dia terus memeluk Mira dengan eratnya.

          “Mira. Mira pergi mana, sayang?” Soal Lan terhadap Mira.

          “Mira minta maaf, Uncle Aqim. Mira tak sengaja.” Jawab Mira.

          “Betul, Uncle Aqim. Mira tak salah. Fazlan yang salah. Fazlan tak jaga Mira dengan baik. Fazlan minta maaf, Uncle.” Sayu sahaja budak lelaki itu meminta maaf.

          “Tak apa. Yang penting Mira dengan Fazlan selamat. Tapi..! Mira dengan Fazlan kena janji dengan Uncle, jangan buat macam ni lagi, okay.” Tegas Lan sedikit.

          “Okay, Uncle. Kami janji.”

          Lan mula tersenyum dengan gelagat dua orang budak kecil itu lalu dia terus menoleh ke arah Laura yang masih tercegat dari situ.

          Laura mula memandang ke arah lain.

          ‘Huhhh, jumpa lagi si minah ni. Aku ingat dah settle dah masalah aku dengan dia. Kecil betul dunia ni. Ehh, memanglah. Sebab kita duduk bumi yang sama, lainlah dia tu dari planet Marikh,’ Lan bermonolog lalu dia tersengih seorang dirinya.

          “Uncle Aqim.” Panggil Mira.

          “Ye, sayang.”

          “Mira nak kenalkan, ni Aunty Laura. Aunty Laura yang hantar Mira sampai rumah.”

          “Ouh, Aunty Laura. Ingatkan dia yang culik Mira tadi.” Jawab Lan dengan selamba.

          Laura hanya mengecilkan matanya sahaja.

          Lan hanya membalas pandangan Laura sahaja.

          “Ehh, Aunty Laura baik orangnya. Kalau tak, Mira tak sampai rumah dah.” Jawab Mira sambil tersenyum.

          ‘Betul tu. Kalau aku tahu Uncle Aqim tu ialah kau, dah lama dah aku bawa budak ni duduk dengan aku. Nak hadap muka kau, memang tak kuasa aku. Nasib baik budak ni pandai menilai aku macam mana. Aku memang baik pun.’ Laura mula bermonolog.

          “Dah mula perasaanlah tu.” Lan mula berbisik akan dirinya sendiri secara tiba-tiba.

          “Aahh.” Laura tersentak seketika apabila dia terdengar Lan mengatakan sesuatu kepadanya.

          “Ehh, tak ada apa. Nasib baik Aunty Laura hantar Mira tepat pada locationnya. Kalau tak, Mira dah sampai ke Marikh kat atas tu.” Lan hanya berkata-kata sahaja lalu dia mula tersengih.

          Mira dengan Fazlan hanya ketawa sahaja apabila mendengar Unclenya itu yang sedang membuat lawak.

          Bengang Laura.

          “Aunty Laura, tak nak berbual dengan Uncle Aqim ke?” Celah Mira.

          “Rasanya tak kot, sayang. Maybe, next time. Aunty nak kena balik dah. Lagipun, nak ke Uncle Aqim Mira berbual dengan Aunty.” Laura hanya mengukirkan senyumannya itu kepada Mira.

          “Mestilah, Aunty. Uncle Aqim kan baik. Aunty Laura pun baik.”

          “Singgah laa dulu kejap. Lagipun, awak dah tolong saya carikan Mira dan hantar Mira balik dengan selamat. Apa salahnya, kalau kita berborak sekejap. Kalau tak nak kat dalam, kita berborak kat luar ni pun boleh.” Celah Lan lalu dia mula mengajak Laura untuk berbual dengannya.

          “Urmmmm. Okaylah, kalau macam tu.” Laura berasa bersalah seketika.

          “Yeayyyyy.” Gembira Mira seketika.

          “Okay, Mira dengan Fazlan pergi ikut Acik Wan masuk dalam. Biar Uncle dengan Aunty berborak sekejap kat luar ye.” Arah Lan kepada mereka.

          Mereka mula beredar dari kawasan tersebut.

          “Rapat betul budak-budak tu dengan kau.” Laura hanya memandang sahaja ke arah Lan.

          “Mestilah, sebab aku jaga diorang.” Ringkas Lan.

          “Sejak bila?” Tanya Laura.

          “Dah lama dah. Dah lima tahun aku tubuhkan rumah anak yatim ni. Yang dua orang budak yang kau jumpa tu, tulah yang paling rapat dengan aku. Fazlan dari baby lagi mak bapak dia dah tak ada.” Jelas Lan.

          “Sebab apa?” Laura ingin mengetahuinya lagi.

          “Accident kat jalan Gombak. Time tu, aku ada kat situ. Seingat aku, mak bapak dia baru balik hospital. Aku tak sanggup tengok masa tu. Tapi, aku kena juga selamatkan nyawa baby tu.” Sambung Lan lalu dia mula berasa sebak apabila menceritakan peristiwa yang telah dia hadapi itu.

          “Ya Allah, Lan. Maaf, aku betul-betul tak tahu.”

          “Ehh, tak apalah. Sorrylah, aku tercerita pula hal tu.”

          “Tak apa. Lagipun, aku nak tahu juga apa yang berlaku dengan budak-budak tu. Sebab tu, kau jaga dia sampai sekarang.” Laura pula yang mula berasa sebak.

          “Yes.”

          “Mira tu.”

          “Mak bapak dia mati kena bunuh.”

          “Hahh! Seriously. Macam mana boleh jadi macam tu?” Terkejut Laura apabila mendengar cerita tersebut.

          “Aku sendiri pun tak tahu. Time tu, aku ada trip dengan member. Time tu jugalah, kitaorang nampak seorang budak perempuan berlari ke arah kitaorang. Bajunya penuh dengan darah. Memang terkejut gila.” Lan hanya menceritakannya sahaja.

          “Ya Allah. Lepas tu, apa jadi?”

          “Mira minta tolong. Minta selamatkan dia. Kitaorang pun bergegas lah, pergi ke balai polis. Sekarang ni, dia selamat disini.” Sambung Lan.

          “Kesiannya Mira. Kes ni baru lagi ke?”

          Lan memandang ke arah Laura.

          Laura membalas pandangan Lan itu. Tetapi, jantungnya mula berdegup-degup laju apabila Lan memandangnya sebegitu.

          “Kenapa pandang macam tu?” Laura gelisah seketika.

          Lan mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Kes ni berlaku, sejak kita berpisah, Laura.” Jawab Lan.

          Laura hanya memandang kembali ke raut wajah Lan itu.

          “Ye, Laura. Dah sepuluh bulan kita dah tak ada apa-apa hubungan. Dan sepuluh bulan ni juga, Mira dah tinggal kat sini.” Jelas Lan.

          Laura hanya terdiam sahaja.

 

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.