Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 13




LAURA hanya memandang ke arah Hany dan Faila apabila Suzy memberi amaran kepadanya untuk tidak melakukan perbuatan yang salah itu lagi. Hany menganggukkan kepalanya kepada Laura untuk bersetuju dengan syarat Suzy bagi tiada lagi pergaduhan antara mereka berdua disebabkan masa silam Laura yang pernah dia alami. Tetapi Laura hanya mengalirkan air matanya sahaja tanpa sebarang bantahan.

          “Ermm, takpe takpe. Malam ni aku tidur dengan Suzy, kau Laura tidur dengan Hany, okay.” Celah Faila lalu memberi isyarat tangan kepada Hany untuk memujuk Laura.

          Hany hanya menganggukkan sahaja dan faham dengan apa yang diisyaratkan oleh Faila itu. Hany cuba untuk menenangkan Laura lalu terus menarik tangan kiri Laura untuk duduk di atas katil bersamanya.

          “Kau pun tahu kan Laura, Suzy marah bukan saja-saja. Dia marah ada sebab. Aku harap kau faham yang kami sayang sangat dengan kau.” Hany terus memeluk Laura dengan eratnya.

 

 

          ‘Dapat lagi ke aku jumpa dengan si gadis tu. Terasa rindu pula,’ fikiran Haidier menjadi tenang seketika tetapi, ‘Astaghfirullah Al-Adzim, apa yang aku fikirkan ni. Aku baru je kenal dengan dia. Hishh, aura jantan aku malam ni lain macam pula rasanya,’ Haidier cuba untuk mengawal perasaannya terlebih dahulu.

          “Oii, bro.” Tegur Lan seketika apabila melihat sahabatnya yang sedang mengelamun di luar rumah mereka itu.

          “Ahh, bro.” Haidier mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Kau mengelamun kat sapa, haa.” Usik Lan.

          “Aishh, tak adalah. Aku bukan macam kau, ada awek ramai. Siapalah yang nak kat aku ni.”

          “Perrrr, ayat kau. Terasa aku.”

          “Ehh, Fazlan Mustaqim terasa pula.” Usik Haidier pula.

          “Ahh kau, kalau tak cari gaduh dengan aku memang tak sah ye.”

          “Haha.. gurau je. Aku tengah ambil udara luar ni. Rasa tenang je.”

          “Tulah. Aku tengok kau pun tersengih-sengih dari tadi. Nak kata tersengih kat seseorang tapi aku tengok.. kau tersengih kat batang tiang lampu ni adalah.” Usik Lan lagi sambil menjenguk-jenguk kiri dan kanannya itu.

          Haidier hanya mengukirkan senyumannya sahaja tanpa berkata-kata lalu dia kembali melihat langit malam yang gelap itu. Lan pun turut melihat langit malam yang tenang itu.

          “Kau dah jumpa seseorang ke?” Terdetik hati Lan untuk bertanya.

          “Erm errm…”

          “Ehh, tersedak terus. Dah jumpa ke?” Lan berasa teruja seketika.

          “Haa, kau dengan awek kau tu, apa cerita? Bila nak langsungkan perkahwinan?” Haidier dengan sengajanya menukarkan topik perbualan antara mereka berdua.

          “Erm errm erm..”

          “Haa kau, tersedak pula.” Haidier pula yang mengenakan sahabatnya itu.

          “Ehh kau. Sampai bab kahwin ni, apa hal.”

          “Dah tu, bila nak jadi setia.”

          “Tunggu bidadari turun kat depan aku, baru aku jadi setia.”

          “Haa haa, tu tu. Bidadari dah muncul.”

          “Mana?” Lan hanya terjenguk-jenguk sahaja.

          “Tepi tulah.” Haidier menunjukkan sesuatu di sebelah kanannya lalu terus berlari anak untuk masuk ke dalam rumah.

          “Wehh, kurang asam.”

          “Buat apa tu awak, tengah-tengah malam ni?” Tegur jiran dari rumah sebelah mereka.

          Haidier hanya tergelak kecil apabila sudah memasuki ke dalam rumah lalu dia mengintaikan sahaja sahabatnya dan jiran mereka itu.

          “Ermm, saja nak ambil angin luar ni kak.” Lan hanya tersengih sahaja.

          “Alaa, jangan panggil akak. Panggil Intan je.”

          “Aaaa, okay kak. Saya masuk dalam dulu.” Lan terus berlari anak lalu terus mengunci pintu rumah tanpa sebarang tolehan kepada jirannya itu.

          ‘Huishh, nasib baik dapat lepas. Dier, kau ni memang nak kena. Janda sebelah kau nak bagi kat aku. Agak-agaklah,’ Lan bermonolog lalu dia mula terfikir akan sesuatu perkara.

          “Hishh, meremang bulu roma aku. Rasa lapar laa pula.” Lan hanya berbisik kepada dirinya sahaja sambil mengurut-urut perutnya yang sedang berbunyi itu lalu terus menuju ke ruang dapur untuk mencari sesuatu untuk dimakan.

 

 

          “Lepaskan aku Hassan!!! Apa yang kau buat ni salah!!!”

          “Yang pengorbanan kita buat dulu pun salah. Sekarang, kita betulkan balik.”

          “Hassan, kau kena faham. Kita dah tak ada jodoh untuk bersama. Kau sudah ada isteri yang baik untuk jaga kau selamanya, Hassan.”

          “Aku tak peduli. Aku tak cintakan dia. Aku cintakan kau!!! Kau faham tak, selama ni aku terseksa. Sudah 5 tahun aku hidup terseksa dengan dia. Sekarang ni, tidak lagi.”

          “Tolong Hassan. Ingat Tuhan. Dan ingat, kau dah ada anak.”

          “Aku tak peduli!!! Mari, ikut aku.”

          “TAK NAKKKK!!!”

          “Aku cakap baik-baik dengan kau, kau tak nak dengar. Sekarang, kau kena ikut cakap aku!!!”

          “Tolong Hassan. Jangan buat aku macam ni. Aku dah ada suami. Kau kena sedar. HASSAN!!!”

          “Aku tak kira!!! Kau kena ikut aku juga. Kita akan bahagia, kalau kita bersama.”

          “TAKKKK!!! AKU BAHAGIA DENGAN SUAMI AKU!!! AKU BAHAGIA DENGAN ANAK-ANAK AKU!!! AKU CINTAKAN SUAMI AKU!!! KAU FAHAM KE TAKKKK, SETANNNN!!!”

          “KAU DIAM!!! AISYAHHHHH….!!!”

 

          “TIDAKKKK….”

          “Abang, abang!!! Kenapa ni?” Tegur Puan Noraini sambil mengurut-urutkan bahagian dada suaminya itu kerana dia takut akan suaminya mendapat serangan jantung lagi.

          “Astaghfirullah Al-Adzim. Mimpi rupanya.” Encik Hassan hanya beristighfar sahaja lalu terus bangunkan dirinya dengan membetulkan kedudukannya di atas katil.

          “Abang mimpi apa ni? Dah dua tiga hari dah saya perhatikan abang asyik menjerit je dalam tidur.” Tegur Puan Noraini lagi kerana risau akan suaminya itu.

          “Tak ada apalah, Aini.” Jawab Encik Hassan secara ringkas.

          “Betul abang tak ada apa-apa nak bagitahu kat Aini?”

          “Betul. Abang okay. Banyak kerja kat office tu, tu yang penat sikit.”

          “Betul ni. Tulah, abang rest jelah kat rumah. Tak payah kerja kuat sangat, assistant abang kan ada.” Puan Noraini inginkan kepastian lagi daripada suaminya itu.

          “Hmmm.” Encik Hassan hanya menganggukkan sahaja kepalanya itu tanpa sebarang bantahan.

          “Kalau abang ada apa-apa masalah, bagitahu jelah dengan Aini. Aini ni kan isteri abang.” Puan Noraini hanya tersenyum sahaja lalu dia menghulurkan segelas air kepada suaminya itu.

          “Yelah.” Jawab Encik Hassan dengan ringkas lalu mengukirkan senyumannya kepada isterinya.

 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.