APA yang sedang bermain di fikirannya sekarang adalah tentang keluarganya sahaja. Apa yang telah dikatakan oleh keluarganya itu semakin merunsingkan jiwa dan fikirannya. Bukan tidak mahu memikirkan, tetapi berasa berat untuk membuat keputusan. Masa depannya juga turut penting. Entah apa yang perlu dia lakukannya sekarang. Dia berasa resah.
Otaknya tepu untuk memikirkannya. Resah di dalam hatinya kini semakin tidak tenteram. Fikirannya mula bercelaru. Bukan mudah baginya untuk membuat keputusan yang betul. Keputusan ini perlu dipertimbangkan oleh dirinya sendiri. Sukar baginya untuk melepaskan kehidupannya yang kini.
Semuanya menjadi tidak tentu arah. Penyesalan dalam dirinya juga turut menghantuinya. Perkara ini bukan mudah baginya. Tetapi, ayahnya sudah memberikan keputusan muktamad dan tidak boleh dibantah. Ingin membantah, tetapi ungkapannya tidak dapat dikeluarkan daripada mulutnya itu. Agak perit sedikit apabila kemahuannya tidak dipertimbangkan oleh ayah sendiri. Lagi perit apabila maknya turut membantah dan menyokong tindakan ayahnya itu.
‘Kenapa ayah selalu sangat memaksa aku buat itu, ini. Sedangkan aku sendiri sangat gembira dengan kerja aku sekarang. Salah ke aku nak buat perkara yang mulia ini. Salah ke? Tak boleh ke, aku buat keputusan aku sendiri?’ Lan hanya mampu bermonolog akan dirinya sahaja.
‘Kenapa ayah tak pernah faham? Kenapa tak pernah langsung nak menyokong anak sendiri? Aku ni anak kandung dia kot. Bila nak buat sesuatu, mesti dia nak bantah.’ Hati Lan bertambah sakit apabila mengingati kembali kata-kata ayahnya itu.
====================================================
“Lan. Mari sini. Ayah ada hal nak bincang dengan kamu.” Encik Hassan memanggil anaknya itu.
Lan mula menuju ke arah ayahnya itu lalu merebahkan dirinya di atas kerusi kayu yang terletak di luar rumah itu.
“Iye, Ayah.” Sahut Lan seketika.
“Kamu tahu kan, apa yang ayah ingin sampaikan.” Encik Hassan hanya menyoalkannya sahaja.
“Huhh.” Keluh Lan seketika.
“Tahu tak, ke nak ayah ulang balik time kita call hari tu.” Tegas Encik Hassan kepada anak lelakinya itu.
“Tahu, Ayah.” Jawab Lan dengan nada suaranya yang perlahan.
“Apa keputusan kamu?” Soal Encik Hassan.
Lan menelan air liurnya apabila ayahnya mula menyoalkan soalan yang dia tidak gemar untuk mendengarnya. Apatah lagi, untuk memberi jawapannya itu.
“Kenapa tak jawab?” Encik Hassan menyoalkannya lagi.
“Aaa tak, Ayah. Macam ni, Lan….”
“Tengah fikir lagi.” Celah Encik Hassan.
“Ye, Ayah. Lan tengah fikir lagi untuk terima tawaran ayah tu.” Jawab Lan dengan lembut.
“Kamu fikir apa lagi? Ayah ni dah berusia. Bila-bila masa ayah boleh mati.”
“Ya Allah, Ayah. Kenapa cakap pasal mati ni.” Lan terasa sentap sedikit.
“Habis tu. Bila ayah dah mati, baru kamu nak ambil alih syarikat ayah.” Encik Hassan hanya bersikap tegas sahaja kepada anaknya itu.
“Yah, yah. Lan tak faham langsung cara Ayah ni. Apa yang Lan dah buat selama ni, semuanya salah.” Lan mula bersuara dengan pendapatnya itu.
“Kamu rasa ayah salah buat keputusan?” Encik Hassan menyoalkannya lagi.
“Takk, Ayah.”
“Dan kamu rasa hanya kamu saja yang boleh buat keputusan.” Encik Hassan mula berasa berang terhadap anaknya itu.
“Bukan itu maksud Lan, Yah.”
“Habis! Yang ayah buat ni, kamu ingat untuk kepentingan ayah.” Encik Hassan mula mempersoalkannya lagi.
Lan hanya memandang sahaja ke arah ayahnya itu.
“Semua yang ayah buat ni, hanya untuk kamu. Untuk mak kamu. Untuk kita sekeluarga. Kamu faham tak?” Sambung Encik Hassan.
“Lan faham, Ayah.”
“Apa yang kamu faham? Kamu tak pernah faham. Kamu dah besar, kan.”
Lan mula faham akan sikap ayahnya itu. Dia tidak banyak merungut, hanya mampu menadah telinganya sahaja apabila dimarahi.
“Tapi…”
“Tapi apa!” Celah Encik Hassan lagi kerana dia tidak mahu lagi mendengar alasan anaknya itu. Bukan dia tidak mahu mendengar, dia sudah tahu perangai anaknya itu yang sukar sangat untuk membuat pilihan yang tepat.
Lan tidak mahu bertengkar dengan ayahnya. Apa yang ayahnya lakukan adalah demi untuk kebaikannya juga.
Lan cuba untuk mengatakan sesuatu kepada ayahnya tetapi ayahnya terus mencelah dan tidak memberi peluang langsung untuk Lan berbicara.
“Kamu ingat hanya kamu saja yang betul buat keputusan.” Berang Encik Hassan lagi.
“Ayah.. Apa ni.. Lan tak maksudkannya pun.” Jelas Lan.
“Memang kamu ada maksudkan. Kamu ingat ayah kamu ni tunggul bagi kamu.” Kemarahan Encik Hassan telah kelihatan di dalam matanya terhadap Lan.
“Ayah.” Lan terpegun seketika apabila ayahnya itu mula berang terhadapnya.
“Selama ini, kamu sendiri yang buat keputusan. Bila ayah bagi keputusan ayah, kamu ambil endah tak endah je. Bila mak kamu nasihatkan kamu, baru kamu nak ikut.” Marah Encik Hassan lagi.
“Okay okay. Ayah, kita discuss baik-baik ye.” Lan cuba untuk memujuk ayahnya itu.
“Sudahlah. Ayah tak ada mood nak cakap dengan kamu.”
“Ayah, jangan macam ni.”
“Ikut suka hati kamulah. Lepas ni, ayah tak nak masuk campur lagi dalam urusan kamu. Kamu hadaplah sendiri.”
“Yah, yah, Ayah.”
Encik Hassan hanya berlalu pergi dan terus memasuki ke dalam rumahnya itu tanpa sebarang tolehan kepada anaknya itu.
Lan hanya terdiam lalu dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di bahagian pinggang. Dia mula menjadi runsing.
====================================================
‘Kata-kata ayah amat menyakitkan hati aku. Tapi, dia ayah aku. Mungkin, kata-katanya juga ada benarnya. Mungkin juga, aku sahaja yang tak pernah untuk memahami ayah.’ Lan hanya mampu mengeluh sahaja.
‘Atau aku ni yang terlampau sangat.’ Fikir Lan seketika.
‘Aku sedar sekarang ni, aku ni memang pentingkan diri sendiri. Tak pernah nak ikut cakap ayah. Aku hanya mengiyakannya sahaja, tapi… nak buat apa yang ayah suruh, memang tak sama sekali,’ keluh hati Lan dan mula menyedari disebalik kata-kata ayahnya itu.
Lan cuba untuk tenang. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya. Dia cuba untuk menghirup angin luar dalam keadaan kedua-dua matanya yang tertutup rapat. Biar minda menjadi kosong seketika.