Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 6



BUNYI terlalu bising tetapi dia tidak mengendahkannya. Yang pasti dia dapat tidur dengan lena tanpa ada sebarang gangguan. Laura terlena sampaikan dia tidak sedar akan cerita yang ditonton olehnya, kini sudah sampai pengakhiran cerita.

          “Raa. Ohh Raa..” Hany hanya memandang ke arah Suzy.

          “Kat wayang punyalah bising, dia boleh tidur.” Celah Faila sambil menepuk-nepuk perlahan di bahu kanan Laura.

          “Cara macam tu mana berkesan.” Celah Suzy pula sambil mencengkam pinggangnya itu.

          “Ishh kau ni, mana boleh kasar-kasar. Nanti roh dia tak sempat nak masuk.” Sahut Faila seketika lalu Hany hanya tersenyum sahaja.

          “Ahh, korang ni.” Suzy menepis tangan Faila lalu dia bergerak di hadapan Laura untuk mengejutkannya dari tidur.

          “LAURA!!!” Suzy menggoyangkan badan Laura berulang kali dengan begitu kuat sekali sampaikan Laura terkebil-kebil kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku.

          “Baju dah siap ke belum?” Laura terus bingkas bangun dan menyoal kepada seseorang.

          “Hello girl… kita sekarang kat panggung wayang, okay.” Celah Faila sambil tangan kanannya menunjuk ke arah muka skrin besar yang terpapar di hadapan mereka itu.

          “Ohh, ye ke.” Laura semakin keliru dengan keadaan dirinya itu.

          “Tulah kau. Asyik dating je, sampai tak ingat kerja kau kat butik tu.” Bebel Hany seketika.

          “Dahlah. Jom kita keluar dulu.” Sampuk Suzy seketika.

          Hany hanya menganggukkan sahaja kepalanya itu lalu terus menolong Laura untuk bangun kerana keadaannya masih lagi terpinga-pinga. Faila dan Suzy hanya berjalan seiringan bersama untuk keluar dari tempat panggung wayang itu.

          Kepala Laura menjadi pening setelah sudah sampai di hadapan rumah sewa mereka. Laura terus bergerak masuk di dalam rumah lalu segera baring di atas sofa yang berada di ruang tamu itu. Dia berasa sedikit lega apabila sudah sampai ke rumah dan ingin berehat seketika.

          “Woii, kalau ye pun, basuh laa kaki tu dulu.” Tegur Suzy kepada Laura yang sudah terdampar di atas sofa itu.

          “Aku letih laa.” Rungut Laura.

          “Apa yang kau letih ye.. kau dah laa tidur kat wayang. Siap ternganga aku tengok kau.” Sahut Hany seketika yang berada disebelah Laura itu.

          “Aku ngantuk lagi.”

          “Dah ngantuk tu, pergilah tukar baju, lepas tu tidur.” Tegur Suzy lagi.

          “Hmmm, nanti aku naik laa.”

          “Ishh budak ni. Guys, aku naik dulu.” Suzy beredar dari ruang tamu lalu terus menuju ke bilik tidur.

          “Haa, aku pun naik tidur dah ni. Hany jom, esok kita kena gerak awal.” Celah Faila seketika.

          “A’ah ye. Esok customer tu datang kan?” Soal Hany kepada Faila.

          “Yes.” Ringkas Faila.

          “Kau dah prepare semua ke?” Tanya Hany seketika.

          “Sudah. Already be here.” Faila hanya menunjukkan sahaja barang pelanggan yang perlu mereka bawa pada hari esok.

          “Cantik ahh.”

          “Ni Faila laa. Jom naik.”

          “Weh, aku tak boleh move on laa cerita tadi.” Hany membuka cerita tentang movie yang mereka tonton tadi di panggung wayang sambil berjalan seiringan dengan Faila untuk menuju ke anak tangga.

          “Kan. Best giler. Rugi orang tu tak tengok sampai habis.” Faila dengan sengajanya menguatkan nada suaranya supaya didengari oleh Laura.

          “A’ah kan.” Hany turut mengikuti jejak Faila.

          “Weh.. korang!!!” Panggil Laura seketika.

          “Selamat malam Cik Laura in the house.” Faila hanya melambai-lambaikan tangan kanannya sahaja.

          “Korang dah nak naik dah ke..” Laura bingkas bangun dari sofa kerana dia melihat hanya dirinya sahaja yang masih di ruang tamu. Lalu dia bergegas menuju ke anak tangga untuk ke bilik tidur mereka.

          “WEHH..!!!”

          “Daa…” Hany dengan sengajanya membuat bunyi seram dari tingkat atas.

          “KORANG.. JANGANLAH TAKUTKAN AKU!!!”

 


          “LAN..!!!”

          “Huhh.”

          “Duppp.”

          Pandangan Lan menjadi gelap seketika lalu dia terus memegang kepalanya kerana sakit akan terkena bola yang ditendang oleh Faris.

          “Lan, kau okay tak?” Tanya Faris seketika.

          “Aku okay, aku okay.” Lan masih lagi memegang kepalanya itu.

          “Kau ni biar betul.” Celah Haidier seketika.

          “Okay ke tak?” Tanya Sam untuk kepastian.

          “Okay okay, aku okay.” Jawab Lan lagi.

          “Kau pun Ris, tendang jangan kuat sangat.” Sam hanya memandang ke arah Faris lalu kembali memandang ke arah Lan yang masih berpinar-pinar matanya.

          “Aku nak tendang tempat lain, tapi terpesongkat sini pula.” Jelas Faris sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Takpe, guys. Aku dah okay.” Celah Lan.

          “Hushh, nasib baik kau masih waras lagi.” Sampuk Haidier seketika.

          “Woiii, kau… aku waras lagi, okay.” Jawab Lan.

          “Kau pun satu, yang kau rest kat sini buat apa. Terbaring pula tu kat penjuru.” Gelak Sam seketika.

          “Aku nak privasi.”

          “Banyak ahh kau privasi. Jom, sambung main.” Ajak Faris.

          “Kau dengan Sam gerak dulu, nanti kita orang datang.” Haidier hanya tersenyum seketika.

          “Haa, okay.” Faris hanya mengiyakan sahaja dan mereka terus masuk ke gelanggang futsal.

          “Kau apa hal.” Soal Haidier.

          “Apa! Apa yang tak kena dengan aku?” Bingung Lan seketika.

          “Kau tu. Dah tak keruan dah aku tengok. Sampai bila kau nak buat kerja macam ni. Satu hari nanti, kau akan kahwin juga tau dengan perempuan, bukan dengan lelaki.” Tegur Haidier seketika.

          “Hishh, kau ni. Sampai ke situ pula. Kau ni demam ke apa?” Lan semakin bingung dengan keadaan sahabatnya itu.

          “Kita orang risaukan kau, tau tak. Aku tak nak suatu hari nanti kau pula yang disakiti. Itupun untuk kali kedua. Cukuplah, sekali tu je kau pernah sakit.” Tegur Haidier lagi.

          “Aku tak akan biarkan mana-mana perempuan pun yang cuba untuk sakiti aku. Aku takkan biarkan, bro.” Jelas Lan.

          “Walaupun perempuan tu tak bersalah.” Haidier hanya mampu berkata-kata sahaja lalu Lan mula mendiamkan dirinya sahaja.

          “Yang aku tahu sekarang ni, aku nak balas dendam.” Jawab Lan dengan nadanya yang geram.

          “Istighfar, Lan. Istighfar.”

          “Aku tak percaya mana-mana pompan lagi.”

          “Tapi, kau kena ingat satu benda je. Tak semua perempuan yang berperangai macam tu. Dan kau kena ingat juga, mak kau seorang perempuan, takkan kau tak percayakan dia. Mungkin dia faham perasaan seorang wanita. Ingat, Lan!!!”

          Haidier hanya mampu memberikan nasihat dan sokongan sahaja kepada Lan. Tetapi, Lan tidak menunjukkan sebarang tindak balasnya dan dia hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa memikirkan perkara tersebut.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.