Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 52




LAURA mula mengemas-ngemas di ruang stor kedai butiknya itu. Stok baru sudah pun sampai dan dia perlu membuat pengiraan Stoke serta harga bagi setiap rekaan terbaru butiknya itu.

          “Laura. Ohh, Laura.” Panggil Shakira di ruang butik itu.

          “Ye ye. Aku kat sini!” Sahut Laura di ruang stor.

          Shakira terus menuju ke ruang stor itu.

          “Laura. Aku ada beli nasi lemak untuk kau. Jom kita makan.” Ajak Shakira.

          “Okay, kejap ye.” Laura masih lagi mengemas-ngemas di stor.

          “Tinggalkan lah dulu. Nanti aku sambung buat.” Arah Shakira seketika.

          “Sikit je lagi ni.” Balas Laura.

          “Sikit kau cakap. Banyak tu. Dahlah kau datang pukul 7 pagi. Tak mesej aku pula tu. Suka sangat buat kerja sorang-sorang. Apa gunanya aku ni sebagai rakan sekerja kau. Semua benda kau nak buat ehh.” Bebel Shakira seketika.

          “Bukan aku tak nak contact kau, aku tengok sikit je nak kena buat. Lagipun, kunci kedai kat aku. Aku datanglah awal sikit.” Jawab Laura.

          “Awal sikit kau cakap. Pukul 7 pagi tau. Orang lain buka kedai pukul 9 pagi, ada pukul 10, 11 pagi. Ni kau.. kalah budak pejabat kat office tu.” Bebel Shakira lagi.

          Laura mula menggaru-garukan kepalanya lalu dia hanya tersengih sahaja di situ.

          “Banyak lagi ke tu?” Tanya Shakira seketika.

          “Tu. Tinggal sikit je lagi.”

          “Dahlah. Biar kat situ. Nanti aku sambung.” Ajak Shakira.

          Laura hanya memerhatikan sahaja stok-stok pakaiannya yang berada di atas lantai itu.

          “Dahhhh. Lepas ni turn aku pula. Jom. Makan.” Ajak Shakira lagi sambil dia menarik tangan kiri Laura untuk menuju ke meja bulat yang berhampiran dengan kaunter pembayaran itu.

          Laura mengikuti Shakira sahaja.

          Lalu mereka berdua terus duduk di atas kerusi.

          “Nah. Ini untuk kau, ini untuk aku.” Shakira memberi sebungkus nasi lemak kepada Laura.

          “Terima kasih.” Senyum Laura seketika.

          “Sama-sama. Tapi aku beli air teh je tau.”

          “Tak apa. Aku tak kisah pun.”

          “Okay. Jemput jemput makan.” Shakira terus membuka bungkusan nasi lemak itu.

          Laura pun turut membuka bungkusan nasi lemak.

          “Nanti time lunch, kita kuar pergi makan sama-sama ye.” Ajak Laura.

          “Boleh sangat.” Shakira mengukirkan senyumannya sahaja.

          Laura menikmati sahaja makanannya itu lalu dia mula meneguk air teh yang telah dituang ke dalam cawannya itu.

          “Alhamdulillah. Kenyang, beb. Terima kasih tau.” Laura berterima kasih lagi kepada Shakira.

          “Small matter laa.”

          Laura mula terfikir sesuatu perkara apabila setelah melihat wajah Shakira di hadapannya itu.

          “Kira.” Panggil Laura.”

          “Yup.”

          “Aku nak bagitahu kau something ni.”

          “Ouh. Apa tu?” Shakira membuang bungkusan makanan itu ke dalam tong sampah bersaiz kecil yang berhampiran dengannya itu.

          “I hope.. kau tak marah akulah.”

          “Macam mana aku nak marah kau, kalau kau belum bagitahu aku lagi.” Jawab Shakira lalu dia memandang wajah Laura itu.

          “Kau janji dengan aku. Yang kau takkan marah aku.” Rayu Laura seketika.

          “Okay, fine. Aku takkan marah kau.”

          “Satu lagi, kau kena janji dengan aku. Yang kau akan layan aku sama je sebelum-sebelum ni.” Rayu Laura lagi.

          “Laura… kau kenapa ni? Kau ada buat salah ke? Tapi, aku tak rasa kau ada buat salah dengan aku.” Bingung Shakira apabila melihat perangai Laura yang mula berubah.

          “Ada Shakira. Memang aku ada buat salah dengan kau.” Luah Laura seketika.

          “Hey, Laura. Kenapa ni? Tak apa, kau bagitahu je kat aku. Lepas tu, kita boleh bincang baik-baik.” Jawab Shakira dengan nada suaranya yang lembut sekali.

          “Sebenarnya….” Laura terhenti seketika.

          Telefonnya berdering seketika.

          Laura terus melihat panggilan itu di muka skrin telefonnya.

          “Mama.” Berkerut dahi Laura apabila mamanya sedang membuat panggilan kepadanya.

          “Kejap ye, Kira. Mama aku call.”

          “Okay okay.”

          Laura bingkas bangun lalu dia terus mengangkat panggilan mamanya itu.

          “Assalamualaikum, anak kesayangan mama.”

          “Waalaikumusalam, Ma. Mama sihat?”

          “Alhamdulillah, Mama dengan Papa sihat-sihat je kat rumah ni. Kamu tu, bila nak balik rumah?”

          “Amboi, Mama. Baru dua hari Laura tidur rumah Suzy. Dah rindu ke?”

          “Mestilah rindu. Kalau boleh, ajaklah Hany, Suzy dengan Faila di kat sini. Barulah Mama ada kawan sikit.”

          “Amboi amboi, Maa. Anak Mama ni bukan kawan Mama juga ke.”

          “Kamu sorang jelah segala-segalanya buat Mama dengan Papa tau.”

          “I love you so much, Ma.”

          “Love you too, sayang.”

          “Lepas habis kerja ni, Laura balik rumah ye.”

          “Okaylah, kalau macam tu. Butik kat sana macam mana? Semuanya okay ke?”

          “Alhamdulillah, Ma. Cawangan kat sini semakin luas salesnya. Banyak yang dah habis stok kat sini.”

          “Alhamdulillah. Butik kat sini pun dah maju. Tak penat ke handle dua cawangan ni.”

          “Alaa Ma, Laura kan…” Laura terhenti seketika lalu dia menoleh ke arah Shakira. Dia melihat Shakira sedang mengira Stoke pakaian di dalam stor itu.

          Laura menghelakan nafas lega.

          “Yelah, anak Mama ni kan boss kat butik tu. Boleh suruh pekerja lain tengok-tengokkan.”

          “Betullah tu, Ma.”

          Sambil-sambil Laura bercakap dengan mamanya di talian, dia ternampak Lan yang sedang berborak dengan seorang wanita di hadapan Restoran Seafood.

          Laura mula memerhati.

          “Laura.” Mamanya memanggil.

          “Ye, Ma.”

          “Minggu depan, Mama nak buat makan-makan kat rumah. Nanti Laura jemput kawan-kawan Laura sekali ye.”

          “Ahhh ha’ah. Okay, Ma. Ma, Laura letak dulu, ada customer jap.”

          “Okay, sayang. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.”

          “Okay, Ma. Waalaikumusalam.”

          Laura memutuskan talian dengan segera. Dia cuba untuk melihat lebih dekat. Mula berlari anak lalu dia terus menyorok disebalik banting iklan. Mengintai seketika.

          “Lan.” Bulat mata Laura.

 

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.