“Apa lagi yang aku lupa bawa ye?” Laura hanya berbisik dengan dirinya sendiri sahaja.
“Hmmmm, semua barang aku dah tak ada kat sini. Just ini je kot” Bisik Laura lagi.
“Alahai, banyak pula barang aku ni. Macam mana nak letak kat dalam kereta ni. Muat ke dalam kereta papa ni.” Rungut Laura seketika.
Laura mengemas-ngemas barangannya sahaja untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya itu. Semua kotak yang ada di situ perlu dibawa keluar untuk diletakkan ke dalam bonet kereta papanya itu.
Laura perlu segera pulang ke rumah keluarganya kerana dia akan terus tinggal di rumah keluarganya untuk menjaga mereka. Dia tidak kisah untuk berulang-alik dari tempat kerja ke rumahnya itu.
Bagi Laura, keluarganya perlu diutamakan berbanding dengan hal-hal yang lain. Selama ini, dia hanya mementingkan kerjayanya berbanding dengan urusan keluarganya itu. Inilah masanya untuk Laura menjaga mereka.
“Aaaammm, comelnya gambar ni. Mesti aku rindu sangat-sangat kat korang nanti.” Laura hanya melihat sekeping gambar mereka berempat ketika mereka di Universiti.
Itulah kenangan Laura bersama mereka. Kenakalan, usik-mengusik, kegembiraan, kedugaan, semua itu mereka mengharungi bersama. Jika seorang daripada mereka ada masalah, mereka pun turut terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Ehh, siapa lagi yang kemas barang ni?” Laura hanya melihat sahaja barangan milik siapa yang belum dikemaskan lagi.
“Hmmm, budak ni. Dia kata dah kemas awal-awal dah barang dia. Ni, buku dia tertinggal kat sini pula.” Bebel Laura kepada kawannya itu.
Bukan Laura seorang sahaja yang kena kemas barang dan meninggalkan rumah sewa mereka. Suzy, Hany, dan Faila pun turut meninggalkan rumah sewa ini. Mereka pun turut tersedar apabila sudah lama tidak pulang ke rumah keluarga mereka masing-masing. Dan mereka juga ingin menjaga keluarga mereka, biarpun berulang-alik dari tempat kerja ke rumah.
“Akhirnya, aku kena juga tinggalkan rumah ni. Thank you rumah. Sebab dah lima tahun kami duduk kat sini. Dari U sampailah kami bekerja.” Laura hanya tersenyum bersendirian sahaja.
Dia mula mengangkat kotak yang agak besar dan berat sedikit itu untuk dibawakan ke luar rumah.
“Eee eee ehh. Laura! Biar aku tolong kau.” Sergah Suzy seketika.
“Ehh, kau rupanya. Tak apalah. Yang ni aku boleh bawa.” Sahut Laura.
“Biarlah aku tolong.” Tegas Suzy.
Laura hanya membiarkan Suzy untuk menolongnya.Laura segera pergi ke belakang kereta untuk membuka bonet kereta. Suzy terus meletakkan kotak tersebut ke dalam bonet kereta itu.
“Ada lagi barang kau ni?” Soal Suzy.
“Ada barang kecil-kecil je.” Jawab Laura.
“Ouh.” Suzy termengah-mengah sedikit.
“Kau dari mana ni?” Soal Laura pula.
“Aku ada kerja tadi dengan kawan. Lepas tu, kitaorang pergi makan jap. Tu, aku ada bawa makanan untuk kau.” Jawab Suzy sambil menunjuk-nunjukkan ke arah beg plastic makanan yang berada di atas rak kasut itu.
“Tau tau je, aku belum makan lagi.”
“Kau dari pagi tadi tergesa-gesa nak mengemas. Sampai terlupa nak makan.”
“Thank you, belikan.” Laura tergelak kecil sahaja.
“You welcome, dear.” Balas Suzy.
“Hany dengan Faila bila nak ambil barang diorang?” Soal Laura lagi.
“Diorang kata petang. Aku pun petang baru angkut semua.” Jawab Suzy.
"Banyak kau tak banyak, kan?” Tanya Laura.
“Tak pun. Nasib baik ada kereta masing-masing.”
“Tulah. Ni pun aku pinjam kereta papa aku dulu. Besar sikit nak masuk barang.”
“Yelah. Ni, kau terus balik ke?” Tanya Suzy seketika.
“Aku nak tunggu korang dulu laa. Kita balik petang sama-sama.” Cadang Laura seketika.
“Molek ahh tu. Dahlah, Laura. Kau pergi makan dulu. Kang sakit perut pula.” Arah Suzy seketika.
“Memang pun. Dah lapar ni.”
Laura mula gerakkan langkahnya untuk mengambil beg plastik makanannya itu lalu terus memasuki ke dalam rumah. Suzy mengekori langkah Laura sahaja dari belakang.
Laura mula membuka bungkusan makanannya itu. Nasi goreng kampung memang makanan kegemarannya. Aromanya sangat menggoda dan perutnya tidak sabar lagi untuk diisi.
“Weh, aku makan tau.”
“Makanlah. Aku nak buat air jap. Kau nak tak air?” Tanya Suzy seketika.
“Boleh juga.” Laura menyahutkannya sahaja.
“Assalamualaikum.” Bergema rumah apabila Hany dan Faila memberi salam setelah mereka berdua memasuki ke dalam rumah.
Laura tersentak. Makanannya pun sudah separuh dimakan olehnya. Suzy menjenguk dari dapur seketika lalu dia menjawab salam mereka itu.
“Waalaikumusalam. Masuklah. Kalau tak malu.” Usik Suzy dari dapur.
“Waalaikumusalam. Mari masuk, jangan segan-segan.” Laura menyambut mereka berdua itu.
“Kitaorang dah masuk dah pun.” Faila menyahut.
“Awalnya sampai.” Laura menyambung suapannya itu.
“Nak ambil barang siap-siap. Taklah rasa letih bila balik petang nanti.” Jawab Hany seketika.
Laura hanya menganggukkannya sahaja.
“Ni, kitaorang ada bawa kek coklat meleleh untuk korang. Yang besar ni, kita makan sama-sama ye.” Faila meletakkan kek itu di atas meja makan.
“Oh my. Kek cheese. Meleleh air liur aku tengok. Ni, aku ada buat jus oren.” Suzy mula menelankan air liurnya sahaja sambil membawa sedulang minuman untuk diletakkan ke atas meja makan.
“Wah. Sedapnya.” Terliur Faila seketika.
“Jangan meleleh air liur tu.” Usik Suzy kepada sahabatnya itu.
Hany dan Laura hanya tergelak sahaja. Dan mereka berdua mula ketawa bersama-sama.
“Dah dah, mari kita makan kek ni dulu.” Celah Hany.
“Hahh, mari mari. Aku pun tak sabar dah ni.” Suzy menolong Hany untuk mengagihkan kek-kek tersebut.
“Ra. Family kau macam mana?” Tanya Faila seketika.
“Alhamdulillah. Esok papa aku dah boleh keluar hospital. Mama aku pun dah semakin sihat dah sekarang.” Jawab Laura.
“Syukur Alhamdulillah. Akhirnya Uncle Sam dah dapat balik rumah.” Hany mengaminkannya.
“Amin. Dah sebulan Uncle Sam kat hospital. Mesti dia teringin nak makan kek kita ni, kan Hany.” Celah Faila.
“Tulah tu. Papa selalu tanya bila papa boleh makan kek Hany dengan Faila. Tapi tak boleh lagi, dia masih pantang makan.” Jawab Laura.
“Biar papa kau tu betul-betul sembuh dulu. Bila dah sihat, boleh makan makanan yang dia suka.” Senyum Suzy.
Hany dan Faila hanya mengiyakannya sahaja. Laura pun turut mengangguk pendapat Suzy itu.