Laura terkejut.
Matanya mula terbeliak.
Hanya mampu terkaku sahaja di situ.
Seorang lelaki yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum-senyum ke arahnya.
‘Apadia buat kat sini.’ Laura hanya mampu bermonolog sahaja di dalam hatinya itu.
‘Dah kenapa dia ni. Macam tak pernah tengok aku je sebelum ni.’ Lan pula yang bermonolog di dalam hatinya.
Mereka saling pandang-memandang.
‘Takkanlah dia tahu aku intai dia tadi. Sebab tu, dia datang sini.’ Gelisah Laura lalu dia membulatkan matanya lagi.
‘Dia ni cakap dalam hati ke. Asyik bulatkan mata je dari tadi.’ Lan mula mengecilkan kedua-dua belah matanya itu.
Laura memejamkan matanya sekejap sambil menarik nafas.
Lalu membuka semula matanya itu.
“Nak beli baju ke?” Laura mula bersuara.
‘Ahaa, ada pun suara.’ Lan mula tersengih.
“Apa yang special kat ni?” Lan hanya melihat-lihat pakaian yang berada di kedai butik itu.
“Special?” Laura mengangkatkan keningnya sedikit.
“Tak. I mean, baju kat sini. Biasalah, anak nak beri gift untuk mak dia.” Senyum Lan lalu dia memandang ke arah Laura semula.
“Ouh.” Laura hanya menggaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.
Dia mula faham akan maksud Lan itu. Dia terus mencari rekaan baju yang sesuai untuk diberikan kepada Lan.
Lan hanya memerhatikan sahaja gelagat Laura itu.
“Yang ini, okay? Yang ni kurang sikit labucinya. Lepas tu, warnanya pun taklah terlalu cerah sangat.” Laura hanya menunjukkan rekaan pakaian itu kepada Lan.
Lan menyambut mesra tanpa mengatakan apa-apa.
Dia melihat dengan teliti, sampai berkeru dahinya untuk memastikan pakaian tersebut sesuai dengan citarasa maknya itu.
Laura hanya memerhatikan sahaja kelakuan Lan yang sedang merenung tajam ke arah pakaian tersebut.
“Atau.” Laura terus memilih rekaan pakaian yang lain untuk diberikan kepada Lan.
Lan hanya menoleh.
“Yang ni design dia agak simple. Tapi, cantik bila mak you pakai.” Senyum Laura lalu dia terus memberikan kepada Lan.
Lan menyambutnya lagi lalu dia terus memandang ke raut wajah Laura yang sangat mersa apabila dia melayan seorang pelanggan.
Laura terhenti tersenyum.
“Maaf. Hurmmm, so.. nak yang mana?”
Lan hanya mampu tersenyum sahaja.
“Dua-dua ni cantik. Awak rasa yang mana paling mak saya suka?” Tanya Lan secara tiba-tiba.
“Ahh!”
“Yelah, awak rasa yang mana?” Lan mengangkatkan keningnya sahaja.
“Aaaa, kenapa awak tanya saya? Saya mana tahu mak awak suka design yang mana. Ni pun, saya cadangkan je.” Jawab Laura sambil dia tersengih.
“Sebab itulah saya tanya awak. Awak kan perempuan, mak saya pun perempuan.”
“So. Awak anak dia, kan. Sepatutnya, anak lebih tahu apa mak ayah dia suka atau tak suka, kan.” Celah Laura.
“Itu sebab saya sebagai seorang anak lelaki perlu tahu apa yang wanita suka dan tak suka. That’s why saya tanya awak. Awakkan memahami apa yang perempuan suka.” Lan hanya mengukirkan senyumannya sahaja.
Jeling Laura seketika.
“Kenapa tak pergi tanya perempuan yang awak jumpa tadi? Dia kan perempuan. Tak payahlah datang sini tanya saya. Perempuan kat luar tu ramai lagi.” Balas Laura sambil dia membebelkannya.
“Cop cop cop. Perempuan. Perempuan mana?” Lan mula kebingungan.
Laura tersentak lalu dia membulatkan matanya sahaja.
‘Aduh! Apa yang aku merepek ni. Kenapa aku sebut perkataan tu. Habislah aku. Nanti, dia ingat aku intai dia pula. Ahh, sudah.’ Laura terdiam seketika.
Lan mengangkatkan keningnya sahaja sambil memandang ke arah Laura.
Laura mula tersengih kepada Lan.
“Nothing. Aku rasa baik kau pilih dua-dua baju ni. Dua-dua tone warna dia pun cantik. So, cadangan saya dua-dua ni memang nice giler.” Laura terus menukar topik.
‘Hmmm, tukar topik nampak. Ingat aku tak tahu kau intai aku kat sana. Sampai terbalik banting iklan tu kau kerjakan. Cemburu ler tu.’ Lan mula tersenyum sendirian.
“Nak beli ke tak ni?” Sergah Laura.
Lan terkejut seketika.
“Huhh. Awak rasa mak saya suka ke pakai bajuni?” Tanya Lan secara tiba-tiba sambil melihat-lihat lagi kedua-dua rekaan baju tersebut.
“Kalau macam tu call jelah mak awak tu.”
“Baik tak payah buat surprise. Nak bagi gift ni.” Kerut dahi Lan.
“Okay macam ni. Bagi saya, baju ni sangat selesa. Betul saya cakap. Saya pun suka tone warna dia. So, better you buy this.” Laura hanya memberi pendapatnya sahaja.
“Sure.”
“Yeah.” Laura hanya menganggukkan sahaja kepalanya itu.
“Okay. Dah awak cakap macam tu, saya beli dua pasang baju ni.”
“Okay, done. Bayar kat kaunter ye.” Ajak Laura.
Lan hanya mengikuti sahaja jejak langkah Laura dari belakang.
“Okay, semuanya dua ratus empat puluh ringgit. Tapi, saya bagi awak dua ratus sahaja.” Senyum Laura seketika.
“Wow. Ada discount.”
“Awak beli dua, dapatlah discount.”
“Okay, nah. Terima kasih tau.”
“Sama-sama. Saya yang patut terima kasih sebab beli dari kedai butik kami.”
“Bukan yang itu.”
“Huhh.” Laura hanya terpinga sahaja.
“Saya terima kasih sebab awak masih ingat lagi warna kegemaran mak saya.” Lan mengukirkan senyumannya itu kepada Laura.
Laura terdiam seketika.
“And then, awak tak payahlah nak jealous sangat. Yang perempuan tadi tu, kawan sekolah je. Lagipun, dia dah nak kahwin dah.” Senyum Lan lagi.
‘Memang dia tahulah aku intai dia tadi. Patutlah datang sini. Rupa-rupanya ada niat lain. Bukan nak beli baju untuk mak dia.’ Laura terfikir seketika.
“Baju ni memang nak buat surprise kat mak.”
‘Ehh, dia baca fikiran aku ke.’ Bulat mata Laura.
“Ingatkan nak beli kat kedai lain tadi. Tapi, saya baru teringat, lebih baik beli kat kedai ex girlfriend saya. Boleh saya tengok wajah dia yang makin garang tu.” Usik Lan.
“Siapa garang, ahh.” Laura sedikit tercabar.
“Haa, tu. Yang depan saya ni lah. Dulu, suka bersayang-sayang bagai. Sekarang ni, makin garang pula.” Lan dengan sengaja mengusik Laura lagi.
“Itu dulu nak sayang-sayang. Sekarang, you cango, okay.”
“Okay, okay. Makin garang, makin cantik lerpula.” Usik Lan lagi lalu dia mula beredar dari kedai butik Laura itu.
“Ishhhhh! Geramnya aku. Kau saja je ye, nak sakitkan hati aku. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku musnahkan kau hidup-hidup. Eeeeeeeee…”