Laura cuba untuk mendapati budak perempuan itu yang mula menangis teresak-resak apabila lelaki itu sedang memaksanya untuk mengikutinya.
“WOIII..! KAU BUAT APA TU, HAA..!” Laura memberanikan dirinya itu lalu terus membulatkan kedua-dua belah matanya ke arah lelaki yang sedang bertentangan mata dengannya.
“Kau siapa nak jerit-jerit kat aku, hahh!” Kasar sahaja bahasa lelaki itu.
Berang Laura.
“Aku ni mak dia!!!” Balas Laura tanpa memikirkannya.
Lelaki itu tergamam dan mula menelankan air liurnya itu.
“TOLONG..! TOLONG..! ADA ORANG NAK CULIK ANAK SAYA..! TOLONGGGGG…..” Jerit Laura sambil meminta pertolongan daripada orang-orang awam.
Lelaki itu semakin cuak apabila orang-orang awam mula memerhatikan tingkah-lakunya itu. Dia terus melarikan diri sebelum dia tertangkap dengan mana-mana orang-orang awam.
Puas Laura. Lalu dia terus memeluk budak perempuan itu yang masih lagi menangis teresak-resak. Laura mengelapkan air mata yang telah membasahi kedua-dua belah pipi budak perempuan itu. Hatinya berdebar-debar apabila dia dapat mengetahui lelaki itu cuba untuk menculik budak ini. Laura bersyukur kerana dia berjaya menyelamatkan budak tersebut. Berasa lega dan kerisauannya itu sudah pun hilang.
“Adik. Adik tak apa-apa?” Tanya Laura sambil memegang wajah budak perempuan itu.
Budak perempuan itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
“Syukurlah adik tak apa-apa. Adik buat apa kat sini? Mana mak ayah adik?” Tanya Laura lagi.
“Mak ayah Mira dah tak ada.” Jawab budak perempuan itu.
“Hahh! Habis tu, kenapa adik ada kat sini?” Tergamam Laura seketika.
“Tak tahu. Mira jalan-jalan dengan Fazlan. Lepas tu, Fazlan hilang. Mira cari dia. Tapi, tak jumpa. Mira pun tak tahu macam mana boleh sampai sini.” Jelas budak perempuan itu.
“Fazlan!” Keruh dahi Laura apabila mendengar nama yang telah disebut-sebutkan oleh Mira itu.
“Ha’ah, kawan Mira, Aunty. Aunty boleh tolong carikan kawan Mira tak.” Budak perempuan itu hanya merenung sahaja wajah Laura.
“Ouhh. Tapi, Mira tinggal kat mana. Mira ingat tak nama tempat tinggal Mira sekarang.”
“Ingat. Kat rumah anak yatim Aman Damai. Tapi, jalan nak balik ke rumah Mira tak tahu.” Sayu sahaja wajah budak perempuan itu.
‘Macam pernah dengar nama tempat tu. Tapi, kat mana ye. Siapa je yang tahu pasal tempat tu. Takkanlah aku nak tanya orang-orang kat sini. Dahlah aku terjerit-jerit tadi, mengaku pula aku ni mak budak ni. Siapa ye, yang boleh tolong aku ni?’ Fikir Laura seketika.
Laura merenung sahaja wajah mulus si kecil itu.
‘Ohh ye! Baik aku tanya Hany dengan Faila. Mana tahu diorang tahu tempat tu,’ fikir Laura lagi.
“Adik. Aunty bawa adik pulang ye. Mesti orang kat rumah adik sekarang risaukan pasal adik.” Pujuk Laura kepada budak perempuan itu.
“Betul ke, Aunty. Aunty nak bawa Mira balik rumah.” Mira menjadi ceria seketika.
“Iye sayang, betul.” Senyum Laura.
“Yeahhh. Tapi,…”
“Ehh! Kenapa dik? Adik tak percayakan Aunty ke?” Tanya Laura seketika.
“Bukan, Aunty.” Sedih Mira seketika.
“Habis tu, kenapa Mira nampak sedih?” Tanya Laura lagi.
“Fazlan macam mana, Aunty. Mungkin dia tersesat juga macam Mira ni. Kesian kat dia.”
“Okay macam ni.” Laura membetulkan kedudukannya itu.
“Aunty hantar Mira dulu balik rumah. Kalau Fazlan tak ada kat rumah tu, kita cari dia sama-sama. At least, orang yang kat rumah adik taklah risau sangat kalau adik dah balik rumah.” Laura cuba menjelaskannya.
“Okay, Aunty. Mira ikut Aunty balik rumah Mira. Fazlan mesti gembira bila Aunty nak cari dia.” Senyum Mira lagi.
Laura mula berasa janggal apabila nama Fazlan yang asyik disebut-sebut oleh budak perempuan itu. Dia mula teringat akan wajah si Lan.
“Aunty. Aunty okay.”
Laura tersentak seketika.
“Aaa, Aunty okay. Sebelum tu, Aunty nak jumpa kawan Aunty kat café tu, kejap.”
“Okay.”
Laura memegang tangan Mira lalu berjalan seiringan untuk menuju ke café itu kembali. Sudah menghampiri ke muka pintu café itu lalu dia terus menolak pintu untuk masuk ke dalam café tersebut. Mira masih lagi mengikuti jejak langkah Laura sambil tangannya itu dipegang erat oleh Laura.
Laura menghampiri Hany dan Faila yang berada di tempat kaunter itu.
Hany dan Faila hanya memerhatikan Laura sahaja.
“Kau pergi mana tadi?” Tanya Hany seketika.
“Anak sapa pula kau bawa ni. Comelnya.” Celah Faila.
“Mira. Ni, kawan Aunty. Mira duduk situ kejap ye.” Arah Laura seketika.
“Okay, Aunty.” Mira terus menarik kerusi lalu dia merebahkan pinggulnya di atas kerusi tersebut.
“Hahh, dari mana? Tuu, anak sapa?” Tanya Hany lagi.
Faila pun mengangkatkan keningnya sahaja.
“Kau tahu tak, tadi…” Laura cuba untuk memberitahu keadaan yang telah dia lalui sebentar tadi.
“Kejap kejap kejap. Kenapa nak berbisik bagai ni?” Bingung Faila seketika.
“Bagilah dia cakap dulu.” Tegur Hany.
“Entah kau ni.” Pening Laura dibuatnya.
“Okay okay, sorry. Teruskan.” Faila tersengih sahaja.
“Budak ni hampir nak kena culik.” Jelas Laura.
“What!” Terkejut Faila.
“Serius laa. Kat mana kau jumpa budak ni?” Tanya Hany.
“Dekat depan Domino’s tu.” Tunjuk Laura seketika.
“Dekat je dengan café kita. Tergamak betul orang tu. Habis, mana mak bapak dia?” Tanya Faila pula.
“Anak yatim piatu.” Jawab Laura.
“Kesiannya. Habis tu, macam mana sekarang?” Hany mula menoleh ke arah budak perempuan itu.
“Tu sebab aku nak tanya korang ni. Rumah Anak Yatim Aman Damai kat area mana ye? Korang tahu tak?” Tanya Laura pula.
“Rumah Anak Yatim Aman Damai!” Fikir Hany.
Faila pun turut mengingati nama tempat tersebut.
“Ha’ah. Sebab budak ni tinggal kat sana. Tu yang aku nak hantar dia kat sana tu. Tahu tak, kat mana?” Laura hanya menunggu sahaja jawapan daripada sahabat-sahabatnya itu.
“Ooh ye, Hany.” Faila sudah mengingati nama tempat tersebut.
“Apa!”
“Kau ingat tak, kita ada hantar tempahan kek ‘Hari Jadi’ kat area situ. Tak silap aku, dua bulan lepas. Atas nama Hassan Mustaqim. Aku ingat lagi nama dia, tapi tak pernah tengok pun muka dia.” Beritahu Faila sambil dia membelek-belek helaian nota yang telah dicatit di dalam buku itu.
“Ooh ye. Aku ingat, aku ingat. Betul, Laura. Kat situlah tempat dia. Dari sini nak ke sana memang tak jauh.” Jawab Hany pula.