Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 51




          “Kau kena gentlemen, bro. Baru dia ada respond terhadap kau.” Haidier memberikan pendapatnya kepada Sam.

          “Kalau respon dia, tidak. Aku juga yang rasa sakit hati.” Fikir Sam.

          “Yang penting, kau kena berani nak bagitahu. Ya atau tidak, itu pilihan nombor dua.”

          “Entahlah, Dier. Aku dah macam-macam bagi hint kat dia. Dia macam tak kisah je.” Keluh Sam.

          “Kau tengok dia tak kisah. Dalam hati dia, kita tak tau bro. Entah-entah, dia ada perasaan kat kau. Mana tau, kan.”

          Sam hanya terfikirkannya sahaja.

          ‘Ada betulnya juga kata kawan aku ni. Sampai bila aku nak memendam perasaan aku ni. Hanya dia jelah yang selalu support aku sampai sekarang. Tapi, tak salah kan, kalau senior suka junior. Kalau itu dulu, sekarang ni dah jadi senior dengan senior. So, boleh lah, kan.’ Fikir Sam sambil dia bermonolog akan dirinya sendiri.

          “Tak payah fikir panjang-panjang. Kau jump a dia, terus cakap dengan dia. Biar beban kau tu ringan sikit.” Sambung Haidier.

          “Huhh.” Sam hanya tersengih sahaja.

          “Okay. Kita dah sampai.” Haidier meletakkan keretanya di tempat letak kereta.

          Sam membuka tali pinggangnya lalu terus membuka pintu kereta. Dia berdiri megah. Lalu dia melihat di sekelilingnya. Dia mencari sesuatu. Dia mula berasa bingung seketika.

          “Weh. Jom.” Ajak Haidier selepas dia menekan butang kunci keretanya itu.

          “Kau bawa aku ke mana ni. Ni tempat kedai pakaian.” Sam tertanya-tanya.

          “Bukan yang tulah. Kat depan tuuu. Ada lambang café tu.” Haidier menunjukkan ke arah tempat yang dia ingin pergi.

          “Ouhhh. Ingatkan nak ajak aku shopping tadi.” Sam mula berjalan seiringan untuk menuju ke arah café tersebut.

          Hanya beberapa langkah sahaja dari temp at letak keretanya ke café itu. Tidak jauh, café itu berada di hadapan kedai pakaian ‘Bundle’.

          Sam mendekati dirinya kepada pintu café itu. Dia ternampak sesuatu di muka cermin pintu café itu.

          “Closed.” Sam memandang Haidier seketika.

          “Takkan masa ni tak buka lagi.” Haidier melihat jam tangannya untuk melihat masa.

          “Sekarang dah pukul 9. Kat sini tulis pukul 8 dah buka. Tapi, closed.” Celah Sam.

          Haidier terus mengintai-ngintai di sebalik dinding kaca untuk melihat sesiapa yang berada di dalam café itu.

          “Woii. Tak payahlah intai macam tu sekali. Terang-terang dah tak ada orang. Jom lah, pergi tempat lain. Perut aku dah lapar ni.” Sam mengurut-ngurut perutnya sahaja.

          Haidier sedikit kecewa lalu dia mula mengeluh seketika.

          “Dah dah, jomlah. Kita cari kedai lain.” Ajak Sam.

          Haidier menurutinya sahaja lalu dia mula mahu beredar dari café itu.

          “PAKKKKK… PAKKKKK…”

          Sam dan Haidier terkejut akan bunyi ketukan yang begitu kuat dari dalam café itu. Mereka terus menoleh.

          “Weh. Bunyi apa tu?” Bulat mata Sam.

          “Bunyi tu dari dalam, kan.” Haidier memandang Sam.

          Sam hanya mengangkat bahunya sahaja.

          “PAKKKKK…. PAKKKKKKK….”

          Bunyi ketukan itu kembali lagi. Kali ini, bunyi ketukan itu semakin kuat dan telah mengejutkan mereka berdua lagi.

          “Sam, aku rasa dalam.” Haidier terus menuju ke muka pintu café itu.

          “Dier, kau jangan macam-macam, Dier. Haidier!” Sam menjadi gelisah apabila sahabatnya itu ingin mengetahui apa yang telah berlaku di dalam café itu.

          Haidier menolak pintu itu dan dia berasa sedikit terkejut apabila pintu café itu tidak berkunci. Dia memandang Sam lagi.

          “Dier. Aku rasa ada pencuri ni. Lebih baik kita call polis.” Sam semakin gelisah.

          Haidier mula berasa ragu-ragu untuk memasuki ke dalam café tersebut.

          “PAKKKKKK… ARGGHHHHHHH..”

          Kali ini bukan sahaja bunyi ketukan, jeritan seorang perempuan mula didengari dari dalam café itu.

          “Weh.” Sam dan Haidier terkejut lagi.

          Haidier dan Sam terus memasuki ke dalam café dan mereka mula mencari dari mana suara jeritan perempuan itu berada.

          “PERGIKAU..! PERGIIIIIIII…!”

          “PAKKKK.. PAKKKK.. PAKKKKKKKK…”

          Haidier membulatkan matanya sahaja.

          Sam hanya mampu ternganga sahaja apabila melihat sesuatu yang tidak pernah dia jangka.

          “Cik. Cik okay.” Tegur Haidier.

          “Argghhhhhhhh… Tolong tolong tolong tolong.” Hany terus menyorok belakang Haidier lalu dia menolak-nolaknya untuk mara ke hadapan.

          Haidier kebingungan.

          “Cik cik cik, kenapa ni?” Tanya Sam yang turut kebingungan.

          “Tu tu tu. Tolong halau benda tu.” Hany masih lagi menyorok di belakang Haidier.

          Haidier hanya memerhatikan sesuatu yang sedang bergerak laju di hadapannya itu.

          Sam pun turut memerhatikannya.

          “Hurmmmm, ingatkan apa tadi. Lipas je kot. Tak apa, cik. Cik jangan risau. Kawan saya tolong halaukan.” Sam mengukirkan senyumannya sahaja.

          Haidier hanya ternganga sahaja apabila Sam mengatakan sesuatu.

           “Haa tolonglah.” Hany hanya menolak belakang Haidier dengan lembut sahaja.

          “Haa okay okay.” Balas Haidier.

          Belum sempat Haidier ingin memukul seekor lipas, lipas mula bergerak dengan laju.

          “Weh weh! Lipas terbang!” Sam berlari-lari anak di dalam café kerana lipas itu sedang menuju ke arahnya.

          Hany hanya mampu menyorok di belakang Haidier sahaja.

          “Kejap kejap! Aku datang!” Muncul Faila seketika lalu dia terus menekan butang penyembur ke arah seekor lipas itu.

          “Fuhhh, selamat aku. Besar betul lipas ni. Pregnant ke.” Sam keletihan apabila berkejar-kejar dengan seekor lipas.

          “Pregnant tak pregnant, kena mati juga.” Celah Faila sambil dia termengah-mengah di ruang hadapan café itu.

          “Yelah tu. Huhh, penat aku.” Sam masih lagi dalam keletihan.

          Haidier hanya terkaku di situ.

          “Awak. Dah tak ada dah tu.” Haidier menoleh ke arah Hany.

          “Fuhhh, lega.” Hany menghelakan nafasnya sahaja.

          “Ehh, macam mana Encik dengan Encik ni boleh masuk. Kami closed hari ni.” Soal Faila seketika.

          “Kitaorang terdengar jeritan tadi. Tu yang kitaorang masuk.” Jawab Haidier.

          Hany tersenyum-senyum sahaja lalu dia mula tergaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Ouhh ye ke. Maafkan kitaorang sebab susahkan. Lagipun, café ni nak kena renovate. Tu yang banyak benda yang datang tanpa diundang.” Jawab Faila pula.

          “Ohh, patutlah.” Sampuk Sam.

          “Ehh, tak susahkan pun.” Haidier hanya memandang sahaja raut wajah Hany itu yang masih terdiam diri.

Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.