“Kau macam mana, Ra?” Tanya Faila.
“Aku dah okay sikit sekarang. Tapi… hati aku rasa sebak lagi.” Luah hati Laura.
“Dah tiga hari, beb. Papa aku tak sedarkan diri. Mama pun tak sedar sepenuhnya lagi.” Air mata Laura sudah mengalir dan dia pantas mengelap air matanya itu.
“Sabar Laura. Kau mesti kuat. Kita doa sama-sama, biar mama dengan papa kau cepat sembut.” Faila hanya mampu memberikan kata-kata semangat sahaja kepada sahabatnya itu.
“Iyelah, betul tu. InsyaAllah, amin. Thanks tau.” Laura mula tersenyum.
“We always with you, dear.” Balas senyuman Faila kepada Laura.
“Thank you.”
“Jom, kita makan dulu. Lepas tu, baru melawat mama dengan papa.” Faila bingkas bangun dari kerusi dan segera membeli makanan di kantin hospital itu.
Laura hanya mengikuti Faila dari belakang untuk membeli makanan di kantin hospital tersebut.
Kembali termenung tanpa usik makanan yang baru dibeli oleh Laura. Fikirannya melayang. Sukar untuk berfikir perkara lain. Hatinya sudah remuk tetapi perasaan yang perit itu tidak dapat dipulihkan.
Hanya perlu menunggu keadaan yang bercelaru ini dapat dipulihkan dengan segera.
Ya. Itulah yang sedang bermain di fikiran Laura sekarang. Hanya mampu termenung jauh. Dan memerlukan ketenangan dalam jiwanya itu.
“Laura.”
“Huhh.” Laura tersentak dari lamunannya itu.
“Kau termenung apa tu? Makanan pun kau tak sentuh lagi.” Faila hanya melihat sahaja riak wajah Faila itu. Dia tahu, Laura sedang bersedih sekarang. Hatinya pun berasa sebak apabila melihat sahabatnya itu dalam kesedihan. Tetapi, Faila tidak menunjukkan perasaan yang sedih di hadapan Laura. Malah, Faila memberikan kata-kata semangat kepada Laura supaya dia dapat terus berjuang untuk meneruskan kehidupannya itu.
“Makanlah, nanti sakit perut. Kau dahlah tak makan apa-apa lagi dari pagi tadi. Semalam pun makan sikit je. Makan ye.” Sahut Faila.
“Hurmm.” Laura hanya mengiyakannya sahaja.
“Makan tau. Aku tak nak kawan aku ni kurus sangat.” Sambung Faila lagi.
Laura mula mengukirkan senyumannya itu apabila melihat gelagat sahabatnya yang mudah dia terhibur.
“Faila.” Panggil Laura sambil dia mengumpulkan beberapa butir nasi goreng kampung di kawasan pinggan bulatnya itu.
“Iye.”
“Kalau aku tanya sikit, boleh?”
“Tanyalah.” Faila hanya mengunyahkan makanan di dalam mulutnya sahaja lalu memandang ke arah Laura.
“Aku rasa bersalah…”
“Bersalah apa lagi!” Faila terus mencelah lalu terus menghirup air sirapnya itu.
Laura membulatkan matanya sahaja kerana terkejut apabila dia disergah oleh Faila.
“Ishh, kau ni. Ayat aku tak habis lagi laa.” Laura mula memuncungkan mulut sahaja.
“Opss. Sorry sorry. Teruskan.” Tersengih Faila.
“Hurmm. Aku rasa bersalah kat korang semua.”
“Kenapa pula? Apa yang kitaorang dah buat sampai kau rasa bersalah macam ni? Ce cerita sikit.” Soal Faila.
“Iyelah. Dah tiga hari korang teman aku tidur kat hospital.” Jelas Laura.
“Tu je ke.” Faila membuat muka sahaja.
“Janganlah muka macam tu.”
“Adoi, Laura. Kitaorang okay jelah.” Jawab Faila sambil tersenyum.
“Betul.”
“Betul… kau pun bukan boleh tidur sorang. Kat rumah kau sendiri pun kau tidur dengan Teddy Bear. Besar pula tu.” Jawab Faila lagi.
“Ishh, jangan cakap kuat-kuat. Malu aku.”
Laura dan Faila mula tergelak sesama sendiridan terasa geli hati seketika. Hati Laura sedikit tenang dan mendatangkan sedikit kebahagiaan dalam dirinya itu.
Terlintas di fikiran Laura.
“Hany dengan Suzy bila nak sampai?” Soal Laura secara tiba-tiba kepada Faila.
“Oh! Suzy kejap lagi sampai. Hany, aku tak sure. Sebab semalam dia kata nak datang pagi. Entah.” Jawab Faila.
“Oh ye ke. Kesian kat dorang, terkejar-kejar masa.” Kesal Laura.
“Kau jangan nak berdrama sangatlah. Macam tak kenal perangai kitaorang ni macam mana.”
“Tahu.”
“Kalau dah tahu, tu… tu… makan habiskan.” Faila hanya menunjukkan sahaja ke arah makanan yang berada di hadapan kawannya itu.
“Yelah, yelah.” Laura hanya mencebikkannya sahaja.
“Habiskan makanan tu.” Faila menyambungnya lagi.
“Iye….”
“Aku nak call Hany jap. Sekarang ni dia ada di mana.” Faila mengeluarkan telefon pintarnya itu lalu terus mendial nombor Hany.
“Tuttttt… Tuttttt…”
“Tuttttt… Tuttttt…”
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
“Ye, Faila. Ada apa? Laura macam mana?”
“Laura ada je dengan aku ni tengah makan. Kau tu bila nak sampai?”
“Aku baru je nak bertolak ni.”
“Kata nak gerak pagi.”
“Aku tolong abah pergi uruskan kebun dia. Kesian kat dia buat sorang-sorang. Aku pun tolonglah sekejap.”
“Ohh. Tak apalah, kau pergilah tolong abah kau tu dulu. Aku tanya je. Lagipun, aku ada je temankan Laura ni.”
“Tulah. Ni, aku dah settlekan dah pun.”
“Tak apalah. Kau buat dulu kerja kau tu. Bila free nanti, datanglah.”
“Alright. Dah settle pun.
“Okaylah. Hati-hati drive tu nanti.”
“Okay.”
“Nak aku order makanan tak?”
“Ehh, tak payahlah. Aku dengan abah aku baru je makan tadi. Ni, aku dah nak gerak ni.”
“Ouh, okay okay. Suzy pun ‘on the way’.”
“Okay.”
“Bye.”
Faila memutuskan panggilan di dalam talian apabila setelah selesai berbicara dengan Hany.
“Hany kat mana?” Soal Laura.
“Kat rumah. Baru nak gerak.” Jawab Faila.
“Ouh.”
“Rajin dia tolong abah dia. Kalau ibu aku tu, nak tolong, mesti kena halau.”
“Nak buat macam mana. Ibu bapa kita masing-masing ada perangai diorang tersendiri.”
“Tulah.”
“Jom. Aku dah settle makan.” Ajak Laura.
“Okay, jom.”