“Fazlan Mustaqim.” Panggil Madam Ling seketika.
Lan bingkas bangun dari tempat duduknya itu lalu terus menuju ke meja Madam Ling.
“Mari. I bawa you pergi jumpa dengan Boss.”
“Okay.” Lan mengiyakannya sahaja lalu terus mengikuti Madam Ling untuk menuju ke bilik Ketua Pengurus di dalam syarikat itu.
Lan berasa berdebar-debar. Padahal, dia sudah tahu yang berada di dalam bilik pejabat itu adalah ayahnya sendiri. Dia mungkin fikir, ayahnya sudah tahu akan kehadirannya itu. Dia hanya perlu berfikir dengan keadaan yang tenang.
“Tuttttt.. Tuttttt.. Tuttttt..”
“Masuk.”
Lan tersentak seketika apabila terdengar suara ayahnya yang berada di dalam bilik tersebut.
“Boss.” Madam Ling menghulurkan fail kepada Ketua Pengurus itu.
“Okay. Terima kasih.” Balas Ketua Pengurus itu.
Madam Ling hanya memberikan isyarat tangannya kepada Lan untuk dia berhadapan dengan Ketua Pengurusnya itu.
Lan memahami isyarat yang diberikan oleh Madam Ling itu lalu dia mula bergerak sedikit ke hadapan.
Lalu Madam Ling pun beredar dari bilik itu dengan segera.
“Okay, sila duduk.” Encik Hassan hanya melihat setiap tulisan yang terpapar di permukaan kertas itu dengan teliti.
Jantung Lan seperti hendak mahu tercabut sahaja apabila melihat raut wajah ayahnya yang kelihatan tegas itu. Dia hanya menunggu soalan sahaja daripada mulut ayahnya itu.
“Intro yourself.”
Encik Hassan hanya meneliti sahaja pada setiap helaian resume dan pengalaman yang telah dinyatakan oleh Lan itu.
Lan terkebil-kebil lalu dia mula membuka perbicaraannya.
Dia amat gembira sekali apabila dapat bercakap dengan ayahnya, walaupun hanya di tempat kerja, itu sudah cukup baginya untuk mengeratkan hubungan anak dan ayah. Semasa dia pulang ke rumah lagi, ayahnya agak sibuk dengan kerjanya dan kurang untuk berborak dengannya apabila Lan berada di rumah. Masa inilah dia mahu buktikan dan tunjukkan kebolehannya dalam setiap pekerjaan. Dan masa ini jugalah, Lan mahu memujuk ayahnya untuk berbicara dengannya seperti dulu.
“Okay. Kenapa kamu ingin bekerja kat syarikat ini?” Soal Encik Hassan seketika sambil dia memandang ke arah Lan.
Lan mendengarkannya sahaja soalan yang diberikan oleh ayahnya itu lalu dia terus memikirkan jawapannya.
“Saya ingin bekerja di syarikat ini sebab saya mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan boleh bekerjasama dengan pekerja-pekerja lain di sini. Yang paling penting sekali menjaga nama baik syarikat apabila seseorang pekerja itu dapat berdedikasi dengan baik dan mempunyai sifat kepimpinan dalam pasukan atau kerja. Oleh itu, dengan adanya strategi, kita dapat merancang sesuatu kerja atau tugas itu dengan lebih baikdan sempurna di masa hadapan.” Lan memberikan pendapatnya dan menjelaskannya sahaja.
Encik Hassan hanya menganggukkannya sahaja apabila mendengar pendapat daripada anaknya itu. Dia mahu menguji anaknya itu dengan sejauh mana dia boleh membawa diri dalam syarikatnya itu. Dia sangat faham akan perangai anaknya itu yang ingin menempuh setiap ujian dan tidak mahu mengambil jalan yang mudah tentang perkara tersebut.
“Okay. Kamu ikut saya.” Arah Encik Hassan.
Lan bingkas bangun.
“Ouh, baik.”
Tanpa berkata apa-apa, Lan hanya menuruti sahaja arahan itu. Baru sahaja keluar dari bilik pejabat itu. Melihat sekeliling sambil mengikut jejak langkah Encik Hassan. Lan hanya memerhati pekerja-pekerja lain yang sedang bekerja di meja mereka masing-masing. Ada yang sedang buat panggilan. Ada yang sedang menyusun fail-fail. Dan dia terlihat Madam Ling yang sedang mencetak beberapa helaian dokumen-dokumen itu.
Madam Ling hanya mengukirkan senyumannya sahaja kepada Lan. Lan turut membalas senyuman.
Lan melihat ayahnya yang sedang menuju ke bilik mesyuarat lalu membuka tombol pintu itu untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Lan mengikutinya sahaja.
Lan tersentak seketika.
‘Huishh. Biar betul,’ hati Lan berdegup laju.
‘Ramainya orang besar kat sini. Takkanlah aku dah terus mula dari sini. Kalau ye pun, bagilah ujian yang kecil dulu. Ini dah ujian besar ni,’ fikiran Lan menjadi buntu seketika.
“Selamat pagi, semua.” Sapa Encik Hassan.
“Hari ni saya nak kongsi serba sedikit tentang strategi dan peraturan-peraturan yang perlu kita laksanakannya nanti.” Encik Hassan memulakan perbincangannya itu.
“Dan ini PA saya, Fazlan Mustaqim. Dia akan sharekan pendapatnya dalam plan kita.”
Lan membulatkan matanya kerana terkejut akan kata-kata ayahnya itu lalu dia terus memandang ke arah ayahnya.
‘Aduh! Apa yang ayah buat ni… Aku tak tahu langsung pasal syarikat, ni pula nak bagi cadangan untuk strategi mereka. Yang nilah paling aku tak suka sekali. Siap panggil aku PA dia pula. Ayah aku ni memang nak kenakan aku ke apa.’ Lan hanya mampu tersengih sahaja.
Encik Hassan hanya mengukirkan senyumannya sahaja. Lalu, dia menghulurkan tangan kanannya itu ke arah tempat duduk yang berada di sebelahnya itu.
Lan terus menuju ke tempat duduk tersebut.
‘Matilah aku. Apa yang aku nak buat sekarang ni? Tulah Lan, cakap lagi pasal strategi-strategi. Inilah nasib kau sekarang.’ Lan hanya memikirkannya sahaja.
====================================================
Lamunan Lan terhenti seketika apabila diadapat merasakan satu gegaran di bahagian poket seluar sebelah kanannya itu.
Dia mengeluarkan telefon pintarnya yang masih lagi bergegar itu. Dia melihat di kaca skrinnya itu ada satu panggilan daripada Laura.
Lan terus mengangkat panggilan tersebut.
“Hello.”
“Hello, Lan. You sihat?”
“I’m fine. You?”
“Really fine. I call ni ada sebab.”
“Ouh. Ada apa tu?”
“I nak tanya, you busy ke sekarang?”
“Sekarang tak busy. Kenapa?”
“Kalau macam tu, boleh tak kita jumpa sekarang?”
“Sekarang?” Lan melihat jam di tangan kirinya itu.
“A’ah, sekarang. Boleh tak?”
“Boleh kot.” Lan menggarukan kepalanya sahaja.
“Janganlah kot kot.”
“Hahh, boleh boleh. Location?”
“Location, nanti I sent kat you.”
“Okay.”
“Okay, see you.”
“See you too.”
Lan berasa pelik dengan sikap Laura. Semenjak sebulan lebih lagi, perangainya agak pelik setelah dia balik bercuti di rumah keluarganya itu. Dan nada suara Laura juga tidak ceria seperti selalu.
‘Aduh! Lepas satu, satu lagi masalah. Kenapa dia nak jumpa dengan aku? Tapi, elok juga aku jumpa dengan dia. Aku nak settlekan semua masalah ni dengan cara baik. Aku dah tak nak buat dah kerja gila ni lagi. Aku nak akhirkannya juga hari ni.’ Fikir Lan seketika.