Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 33




SUSAH untuk memahami seseorang itu. Perlu difahami, tetapi sukar. Apa yang difikirkan di mindanya pun kita tidak tahu. Hanya mampu memahami gerak-geri seseorang itu sahaja. Itupun, bila kita betul-betul mengenali seseorang itu. Tidak semudah itu untuk mendekati dan mengenali.

          ‘Apalah dia buat dengan perempuan-perempuan tu kat sana. Berborak mersa bagai pula tu. Yang aku ni duk melopong depan lukisan je. Siapalah nak berborak dengan aku ni.’ Hati Suzy hanyamampu merungut sahaja dan dia mula berasa bosan apabila duduk bersendirian di penjuru bangunan muzium lukisan itu.

          Suzy menghayunkan kedua-dua belah kakinya sahaja sementara dia menunggu Sam membentangkan tugasannya kepada klien-kliennya itu.

          Sudah 60 minit Suzy menunggu di situ. Dia berasa semakin bosan dan moodnya sekarang pun sudah hilang.

          Sam berlari anak menuju ke arah Suzy. Suzy hanya memerhatikannya sahaja gelagat Sam yang asyik tersenyum-senyum itu.

          “Seronok betul, pak cik.” Suzy menjeling seketika.

          “Uishh. Jangan marah. Aku present kat diorang sekejap je.” Sam tersenyum sahaja.

          “Sekejap kau kata.” Suzy menunjukkan jam tangannya ke muka Sam.

          Sam membulatkan matanya lalu badannya tergerak ke belakang sedikit kerana jam tangan yang dipegang oleh Suzy ingin sahaja terkena ke batang hidungnya itu.

          “Ye ye, nampak. Ce bawa bersabar. Rilek, okay.” Sam berasa gerun apabila melihat Suzy yang seperti singa itu.

          “Hurmm.” Merajuk Suzy seketika.

          “Baru je satu jam aku tinggalkan kau. Dah rindu ke?” Usik Sam seketika.

          Suzy menjeling kembali kepada Sam.

          “Jeling jelling tu, rindu ler tu.” Usik Sam lagi.

          “Hishh. Aku tak nak cakap dengan kau.” Suzy menolak sedikit bahu Sam lalu dia beredar dari penjuru muzium itu.

          “Ehh ehh, jangan marah. Aku gurau je.” Sam menghalang pergerakan Suzy.

          “Dah habis!” Berang Suzy.

          “Yelah, aku dah habis bentang tadi.” Keliru Sam seketika.

          Jeling Suzy lagi.

          “Yelah, yelah. Aku salah. Aku cakap nak bentang 30 minit je. Aku tak perasan pula dah terlajak waktu. Tapi kan, diorang suka sangat dengan hasil kerja aku ni. Aku pun suka cara diorang terima pendapat aku.” Sam terlampau teruja sekali.

          “Atau kau mula tertarik dengan diorang.” Suzy merenung tajam kepada Sam.

          Sam hanya terkaku di situ.

          “Yelah, diorang kan cantik.. bergaya.. ada ciri kepimpinan.. Lainlah macam kawan kau ni, tak sekemas macam diorang, tak secantik macam diorang. Betul tak?” Perli Suzy seketika.

          “Suzy.” Pantas tangan Sam menyentuh dahi Suzy dengan berkali-kali.

          “Ehh, kau apa hal.” Suzy menepis tangan Sam.

          “Aku nak check suhu kau, takut kau demam ke apa.” Jawab Sam dengan mukanya yang agak serius.

          “Kau nak melawak ke apa dengan aku ni.”

          “Yelah. Tak pernah-pernah kau nak bandingkan diri kau dengan orang lain.” Jawab Sam lagi.

          Suzy hanya terdiam sahaja dan dia mula berjalan menuju ke pintu keluar dari muzium lukisan itu.

          “Suzyyyyy.” Sam hanya memanggilnya sahaja lalu dia mengekori Suzy dari belakangnya itu.

          “Suzy.” Panggil Sam lagi.

          Suzy tidak menghiraukan Sam yang asyik memanggilnya itu. Dia hanya terus berjalan ke hadapan lalu ternampak beberapa buah jualan makanan yang tidak jauh dari tempat muzium lukisan itu.

          Suzy terus menuju ke bahagian jualan makanan itu lalu terus mendapatkan kerusi kosong untuk dia duduk sebentar. Sam hanya mengikuti Suzy sahaja lalu dia menarik kerusi kosong itu untuk duduk di hadapan Suzy.

          Sam mula memandang ke arah wajah Suzy.

          “Kau dah kenapa?” Suzy berasa janggal apabila Sam memandangnya sahaja.

          “Kau.”

          “Hahh.” Suzy kebingungan seketika.

          “Yelah. Kau.” Jawab Sam lagi.

          “Kenapa dengan aku?” Suzy berasa pelik seketika.

          “Kau jealous, kan.” Sam masih lagi tidak mengalihkan pandangannya daripada Suzy.

          Suzy tersedak seketika apabila mendengar perkataan yang baru sahaja keluar daripada mulut Sam itu. Sam terus membuka penutup botol mineral yang telah dipegang olehnya lalu menghulurkan botol mineralnya itu kepada Suzy. Suzy mengambil botol mineral itu lalu meneguknya dengan secara perlahan-lahan.

          Sam hanya memerhatikannya lagi.

          “Kau okay tak?” Tanya Sam.

          Suzy menganggukkan kepalanya sahaja.

          “Kau janganlah marah-marah macam ni. Nanti kau juga yang tertekan. Kau tak payahlah risau, aku sentiasa ada untuk kau.” Sam mengukirkan senyuman nakalnya itu kepada Suzy.

          “Hishh, geli aku.”

          “Aku peduli apa kau geli ke tak. Yang pasti, kau sayang kat aku, kan?” Sam mengangkat keningnya itu.

          “Sam, tolonglah.” Jengkel Suzy seketika.

          “Betul, kan. Kau jealous, kan. Mengaku jelah wahai Suhaida Shimi.” Usik Sam sambil mencuit-cuit bahu Suzy itu.

          “No. I’m not jealous.” Suzy hanya mengatakannya sahaja.

          “Ehh ehh, tak nak mengaku pula.”

          “No, okay.”

          “Tu.. hah hah.. Muka merah-merah tu. Apa sal.” Usik Sam lagi.

          “Heeeee.. Sammmm.” Geram Suzy seketika.

          Lalu dia mencubit lengan Sam sampai dia puas.

          “Aaa, aduh aduh. Sakitttt.”

          “Hahh. Kan dah kena. Usik lagi.”

          “Sakitlah. Tengok! Merah-merah dah tangan aku.” Sam mengadu kesakitannya sahaja.

          “Padan muka.” Suzy membuat muka kepada Sam.

          “Sampai hati kau ye. Tak apalah, aku nak pergi cari klien aku yang tadi.” Sam dengan sengajanya mahu mengusik Suzy lagi.

          “Pergilah! Siapa kisah.” Suzy memaling mukanya daripada Sam.

          “Jealous ler tuuu.” Sam tersengih sahaja.

          “Siapa yang jealous.” Suzy sedikit sentap.

          “Kaulah yang jealous. Siapa lagi yang ada kat sini. Kau dengan aku je.” Spontan Sam seketika lalu dia mula tersengih-sengih dari tadi.

          “Hishhh, kau..”

          “Kroookkkkkk…” Suzy terhenti seketika apabila perutnya sudah berbunyi untuk meminta makanan. Sam pun turut terdengar bunyian perut Suzy yang sedang lapar itu.

          Sam tergelak kecil lalu mengusiknya kembali.

          “Kau lapar yeeee.” Sam mengangkat keningnya sahaja ke arah Suzy.

          Suzy menarik mukanya kembali.

          “Okay okay. Aku tak usik kau dah. Jom, aku belanja kau makan.” Ajak Sam.

          “Betul, kau nak belanja ni.” Suzy tersenyum seketika.

          “Betullah. Promise, kau jangan merajuk dengan aku.”

          “Okay okay, promise.”

          “Nak makan, laju je dia.” Kata Sam.

          “Mestilah.” Jawab Suzy dengan pantas.

          Sam mula tersenyum apabila kawannya itu sudah mula ceria.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.