“Huhhh.” Terkejut Laura seketika.
“Nyanyilah lagi, aku nak dengar.” Sapa Hany dari belakang Laura lalu dia terus masuk ke dalam kedai butik itu.
“Ehh, Hany.” Terpinga-pinga Laura.
“Yes, I am.”
“Kau tak kerja ke hari ni?” Laura pun turut masuk ke dalam kedai.
“Hari ni aku balik awal, dah tak ada tempahan kek. So, aku terus jelah datang ke sini.” Jawab Hany sambil dia membelek-belek pakaian yang ada di dalam kedai butik tersebut.
“Laa ye ke. Dah tu Faila.” Tanya Laura.
“Hari ni kan birthday ibu dia. Balik awal jugalah.” Jawab Hany.
“Ha’ah laa. Dia ada cakap hari tu. Tapi, awat tak call aku dulu nak datang sini.”
“Ehh, tak boleh ke aku datang sini. Bukan ke butik ni kau yang punya.”
“Memanglah aku punya tapi…” Laura hanya memandang ke arah Hany sahaja.
“Laaa. Kau tak bagitahu lagi ke kat pekerja kau tu.”
Laura hanya mengelengkan kepalanya sahaja.
“Tak baik tau tipu dia. Dia budak baik.”
“Aku tahu. Tapi, aku tak sampai hati nak bagitahu kat dia lagi.” Laura mula berasa bersalah.
“Kau bagitahu jelah yang kau tu tuan punya butik kat kedai ni. Apa susah.”
“Memanglah aku nak bagitahu. Tapi, belum masanya lagi. Lagipun, dia boleh dipercayai.” Jelas Laura kepada Hany.
“Ikut suka hati kau jelah, Laura. Aku tak nak masuk campur. Cukuplah dengan masalah-masalah kau yang dulu tu. Nasib baik dah break awal.” Bebel Hany seketika.
Laura hanya mampu tersengih sahaja.
“Nasib baik jugalah dia boleh bawa berbincang dengan kau.” Sambung Hany lagi.
“Siapa?” Laura tersentak.
“Buat-buat tak tahu pula dia ni. The last ex bf kau laa. Siapa lagi.” Hany hanya memberi jawapannya sahaja.
“Huishh, boleh buat satu novel ni. The Last of Ex Boyfriend.” Teruja Laura seketika.
“Oiii. Main-main pula dia ni. Kesian kat mamat tu. Orangnya punyalah balik, susah tau nak dapat lelaki sebaik-baik macam tu.” Puji Hany seketika.
“Perrrrr, ada orang tu sedang memuji mamat sakai tulah pula.” Laura mula berasa meluat apabila teringat akan wajah Lan itu.
“Tak boleh ke aku puji dia sikit.” Usik Hany.
“Ehh, boleh sangat. Tapi, jangan puji dia kat depan aku. Aku meluat nak tengok wajah dia dah.”
“Kenapa? Kau terserempak dengan dia ke?” Tanya Hany seketika.
“Bukan terserempak je, siap bergaduh lagi kat tempat parking kereta.” Luah Laura lalu mulutnya sedikit muncung.
“Serious laa.” Terkejut Hany.
“Siap maki perli aku bagai. Ingat dia tu bagus sangat. Aku rasa nak je tetak muka dia tu.” Geram Laura.
“Wey wey wey. Kalau ye pun, janganlah marah kat pakaian ni. Rosak nanti.” Hany hanya memegang tangan Laura itu daripada dia terus menarik pakaian-pakaian yang ada di hadapan mereka itu.
“Fuhhh. Okay okay, aku sabar.”
“Rilek, okay.”
“Okay okay.”
“Tapi biar betul, takkan perangai dia macam tu sekali nak memaki. Mesti ada something yang tak kena ni.” Hany hanya terfikirkannya sahaja.
Jeling Laura kepada Hany.
Hany hanya mengangkatkan keningnya sahaja.
“Ada.” Perlahan sahaja suara Laura.
“Apa yang berlaku?” Hany tertanya-tanya sahaja.
“Masa tu aku tengah gaduh dengan Syamel.”
“Cop. Syamel.” Hany terkejut.
“Ye.”
“Apa dia nak, haa. Tak habis-habis nak kacau kau.”
“Nak balas dendamlah, apa lagi.” Balas Laura.
“Aduh. Masalah ni, beb. Lepas tu.”
“Lepas dah gaduh-gaduh mulut, dia tarik aku. Aku terkejut gila masa tu. Time tulah Lan datang.” Laura hanya menceritakan kepada Hany.
“Beb. Ni, dah tahap melampau ni. Dulu, main ugut-ugut. Sekarang ni, dah sampai nak cederakan orang ni. Bahayalah, Lauraaa.” Kecut Hany seketika.
“Tulah pasal. Tak sangka pula dendam dia sampai ke tahap macam ni.”
“Nasib baik Lan datang. Habis tu, si jahanam tu pergi tak dari situ?”
“Pergilah, lepas kena tumbuk.” Jawab Laura.
“Lan tumbuk dia.” Bulat mata Hany.
Laura hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“Wah. Macam cerita drama pula. Bila hero cuba untuk selamatkan heroin.” Hany tersengih sahaja.
“Banyaklah kau.”
“Tapi… bila pula kau mula bergaduh dengan dia.” Hany mula tertanya-tanya lagi.
“Siapa?” Keliru Laura seketika.
“Aduh, kau ni. Tulaa, banyak sangat ex bf kau. Si Lan laa, hero penyelamat kau tu.”
“Opss, sorry sikit. Hero under my foot.”
“Ishhh, tak baik tau. Haa, cakaplah.”
“Selepas dia halau si jahanam tu, time tu juga kitaorang bergaduh.” Jelas Laura.
“Wey, kau gaduh pasal apa pula?” Hany menjadi tidak senang duduk.
“Alaa, kau ni. Gaduh manja-manja je.”
“Pulak dah. Tadi, aku dengar macam gaduh besar. Kau ni biar betul, Ra.”
“Sebab dia perli aku, aku perlilah dia balik.”
“Macam tu je.”
“Macam tu jelah.” Laura hanya mengangkat keningnya sahaja.
“Tak faham betul aku dengan perangai korang ni. Dulu, asyik bersweet-sweet, bermanja-manja. Sekarang ni, dah macam singa dengan buaya. Dah break, kan. Perlu ke, nak gaduh lagi.” Hany hanya berkata-kata sahaja.
“Perlu! Siapa singa, haa.” Laura mula mengecilkan matanya ke arah Hany.
Hany membulatkan matanya sahaja. Dan mula terkejut apabila melihat pandangan Laura itu.
“Singa. Eee, kau.” Jawab Hany secara spontan.
“Kenapa aku pula yang jadi singa?” Fikir Laura.
“Yelah, takkan kau nak jadi buaya pula. Buayakan sesuai untuk lelaki.” Jawab Hany lagi secara spontan sambil dia tersengih sahaja.
“Ye tak ye juga. Takkan aku nak jadi buaya pula.” Terfikir Laura.
“Boleh je nak jadi buaya, jadilah buaya betina.” Gelak Hany seketika.
“Amboiiii, sukalah tu, usik orang.” Laura mula tergelak sedikit lalu dia mengukirkan senyumannya sahaja.
“Haa, kan cantik senyum tu. Garang sangat nanti buaya-buaya tu lari.”
“Bila singa mencari mangsa.” Tergelak Laura.
“Dan mangsanya adalah…” Sambung Hany.
“Buaya.” Serentak Hany dan Laura bergelak-tawa.