Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 39




SUZY kembali sibuk dengan kerja-kerjanya itu. Sudah larut malam, dia masih lagi sibukkan dirinya itu dengan kertas kerja yang perlu dia siapkan. Dalam fikirannya hanya memikirkan pasal kerja dan kerja sahaja. Tiada ruang langsung untuk dia berehat. Semestinya ada juga masa yang perlu dia luangkan, jika dia sudah selesai dengan tugasannya tersebut. Baru boleh dia bersenang-lenang. Bukan jenis dia untuk tangguhkan kerja. Dan bukan kebiasaannya juga untuk menyiapkan kerja separuh jalan.

          Keadaan semakin berserabut apabila beberapa helaian kertas kerjanya itu sudah berselerak di atas katilnya. Rasa malas untuk mengemaskannya semula. Sepahkan memang dia pandai, bila mahu mengemas tersangatlah malasnya.

          “Okay, yang ini sudah siap. Yang ini pun dah siap. Yang ini…. Ehh! Yang ini mana part dia.” Resah Suzy seketika apabila beberapa helaian kertas kerjanya tidak dapat dijumpai di atas katilnya itu.

          “Aduh! Mana ni. Padahal yang tu dah siap awal. Macam mana boleh terpisah dengan helaian yang lain ni. Aduh! Mana pula aku letak ni.” Suzy hanya mencari sahaja kertas kerjanya itu.

          “Tweet.”

          Perasan Suzy seketika apabila telefon pintarnya itu sedang berbunyi. Suzy hanya melihatkannya sahaja. Yang masuk itubukan panggilan tetapi mesej daripada seseorang.

          “Siapa whatsapp aku ni?” Teliti Suzy seketika.

          “Hmmm, pak cik ni.” Suzy cuba untuk membuka mesej tersebut.

                    Sam: Suzy, ce teka apa yang aku jumpa?

          “Apa menda dia ni? Apa yang dia jumpa? Macamlah aku ni duduk serumah dengan dia. Dia ni okay ke tak ni.” Pelik Suzy seketika lalu dia pun membalas mesej tersebut.

                    Suzy: Manalah aku tau, kau jumpa apa. Apa?

          Suzy meletakkan telefonnya itu ke tepi. Lalu, dia menyambung semula untuk mencari kertas kerjanya itu.

          “Tweet.”

          Belum sempat dia mencari, mesej itu sudah berbunyi kembali. Suzy terus mengambil telefonnya semula untuk melihat mesej daripada Sam itu.

                    Sam: Aku jumpa hati kau kat dalam hati aku.

                    Sam: Hehe..

          Suzy terasa geli seketika.

          “Ehh, apa hal mamat ni. Geli dohhh. Tak ada kerja lain ke, asyik nak kacau aku je.” Bebel Suzy lalu dia pun mula membalas mesej itu.

                    Suzy: Kau sihat tak?

                    Suzy: Kau memang tak ada kerja ekk.

                    Sam: Ada.

                    Sam: Kerja aku, kacau kau.

                    Sam: Haha.

                    Suzy: Tak ada kerja, aku nak cau.

                    Sam: Jappppp..

                    Suzy: Cepat!!!

                    Sam: Kertas kerja kau yang separuh tu ada kat aku ni..

          “Hahh! Patutlah aku cari tak jumpa-jumpa. Kau rupanya yang ambil. Siaplah kau, Sam.” Geram Suzy seketika.

                    Suzy: Nape tak cakap awal2…

                    Suzy: Puas tau aku cari kertas tuuuu

                    Suzy: Kau niiiiiiiii…

                    Sam: Sabar sabar..

                    Sam: Tapi yang ni dah siap, kan..

                    Sam: Hehe.. Sorry sorry, baru perasan. Rilek2..

                    Suzy: Banyak ahh kau..

                    Suzy: Simpan leklok kertas kerja aku tu…

                    Sam: Okay, Suzy. Aku simpan baik2, k…

                    Sam: Take care, sayang…

          “Ishhh! Apa main sayang-sayang ni. Buat tabiat ke mamat ni.” Geli hati Suzy apabila melihat perkataan yang terpapar di mesejnya itu.

                    Suzy: Yerkkk… tolonglaaa….

                    Sam: Hahahahaa…

          Suzy hanya membiarkan mesej itu sahaja. Dia tidak mahu melayan lebih-lebih dalam mesej itu. Terasa geli pun ada. Dan terasa nak muntah juga pun ada apabila melihat ayat-ayat Sam itu. Bukan kerana dia berasa jengkel tetapi terlalu geli hati untuk menerimanya.

          “Apa mendalaa mamat ni buat? Dah tahu kan yang aku ni geli dengan perkataan tu. Saja je nak bagi aku meluat.” Rungut Suzy sahaja.

          Dalam rungutannya itu, ada senyumannya itu.Tersenyum sendirian. Hatinya mula berbunga-bunga sedikit. Dia mula teringat akan wajah Sam yang telah membuatkan hatinya terasa tenang dan selesa apabila berada di sampingnya itu.

          Mula terbayang-bayangkan akan wajah itu.

          ‘Kenapa aku rasa kau ni sweet sangat. Kenapa baru sekarang aku ada rasa cemburu. Sudah dua tahun kita ‘work together’. Kenapa sekarang aku rasa ada ‘feel’. Ehh, cop!’ Bayangannya sudah terhenti seketika.

          “Apa yang tak kena dengan aku ni? Aduhhh, come on, Suzy. Dia rakan sekerja kau. Kau mana layak dengan dia tu.” Suzy hanya membebel akan dirinya sahaja.

          “Tapi…. Tak salah kan, kalau aku minat kat dia senyap-senyap. Bukan orang lain tahu pun. Sukakan kawan sendiri, tak apa, kan…” Suzy mula tersengih seorang diri.

          “Tapi……” Suzy mula menutupkan mukanya itu dengan sebiji bantal lalu memeluk bantalnya sahaja.

          ‘Ramai perempuan yang minat kat dia. Sejak aku kerja dengan dia lagi, dia dah ada ramai peminat. Time tu juga aku mula berkawan dengan dia. Tapi, time tu aku tak ada perasaan langsung dengan dia. Cuma selesa je bekerja dengan dia. Tapi, sekarang…,’ Suzy hanya memikirkannya sahaja.

          ‘Tapi, memang tak sesuai pun, kalau aku dengan dia. Aku ni dahlah tak setanding dengan perempuan-perempuan yang lain. Aku ni jenis yang kasar, tak ada siapa yang nakkan aku.’ Fikir Suzy sahaja.

          “Ggggrrrrrr…”

          “Hurmm!”

          Suzy melihat sahaja telefonnya itu yang sedang bergegar tanpa deringan. Dia cuba meneliti.

          “Ehh! Sam!” Hatinya mula berdebar-debar.

          “Kenapa dia call aku malam-malam ni? Aduh! Kenapa aku rasa nervous pula ni? Nak jawab ke.” Suzy agak kelam-kabut sedikit.

          Lalu dia terus menekan panggilan di telefonnya itu.

          Terdiam seketika. Suzy tidak mahu mengeluarkan suara terlebih dahulu dalam panggilan tersebut.

          Dia hanya perlu menunggu Sam untuk mengeluarkan suara terlebih dahulu.

          “Suuuzzyyyyy….”

          Suzy tersentap.

          Suara yang tidak pernah dijangka oleh Suzy. Dia berasa gerun apabila suara Sam bertukar menjadi garau dan menyeramkan.

          “Hello. Sss, Sam.” Panik Suzy.

          “Suuuzzyyyyy….”

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.