Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 45




LAURA mengeluh seketika. Bersendirian di café sahabatnya itu. Bukan dia sahaja yang ada di dalam café itu, ada beberapa orang pelanggan juga turut berada di situ. Cuma dia menunggu Hany dan Faila yang sedang melayan pelanggan di kaunter mereka itu. Mampu melihat sahaja dari jauh.Tidak mahu menganggu. Biar mereka selesaikan kerja-kerja mereka itu.

          Mula melihat suasana luar disebalik kaca dinding café itu. Laura memerhatikan sahaja gerak langkah orang-orang awam yang sedang berjalan di luar café itu. Fikirannya menjadi kosong seketika. Mula termenung. Dan perhatiannya mula terganggu.

          ‘Comelnya baby tu. Tembam pula tu. Happy betul family diorang,’ Laura mula mengukirkan senyumannya itu. ‘Sayang betul abang dekat adik dia tu. Cutenya. Kalaulah aku ada adik-beradik, mesti seronok kan,’ fikir Laura seketika.

          “Laura! Kau nak kek lagi tak?” Tanya Faila seketika.

          “Huhh.” Laura tersentak.

          “Ke nak air?” Tanya Faila lagi.

          “Ehh, tak kot.”

          “Kau jenguk sapa tu.” Faila pula yang terjenguk-jenguk ke arah luar cafenya itu.

          “Tak adalah. Aku tengok budak tu, comel je.” Jawab Laura.

          “Ooohhh, ingatkan jenguk apa tadi.”

          “Ehh, tak boleh ke aku nak tengok suasana luar.” Jeling Laura.

          “Alaa, janganlah marah. Kita tanya je. Terluka hati kita.” Faila memuncungkan mulutnya itu lalu mula membuat raut wajahnya yang sedih di hadapan Laura.

          “Alololooo. Mana ada kita marah.” Laura memujuk manja.

          Faila mengukirkan senyumannya itu.

          “Okay, dah terubat dah ni. Kau sure tak nak pesan apa-apa lagi. Sebab aku kena layan customer kat sana tu.” Sambung Faila.

          “Hmmm, tak. Dah kenyang.”

          “Mana tak kenyangnya, empat pinggan kau makan. Aku kutip tau pinggan ni.” Faila terus mengutip pinggan-pinggan yang kosong itu di atas meja tersebut.

          Laura menganggukkan kepalanya sahaja.

          “Sedap sangat kek ni. Lain kali aku order lagi.” Puji Laura lalu dia mengukirkan senyumannya itu kepada Faila.

          Faila membalas senyuman Laura itu.

          “Kau jangan makan banyak sangat, nanti mmmm.” Faila mengembungkan pipinya kepada Laura.

          “Alaaa, janganlaa. Aku tak boleh tahan dengan kek yang korang buat ni.” Laura mencebikkan mulutnya sahaja.

          “Tahu sangat, dari dulu sampai sekarang.” Balas Faila.

          “Tahu tak apa.”

          “Siapa jaga butik kau sekarang?” Soal Faila.

          “Macam biasalah.”

          “Shakira jaga.”

          “Yup.”

          “Ehh, kau ni. Kesian dia jaga sorang-sorang. Dahlah, dia tak tahu kau tu boss dia.” Balas Faila seketika.

          “Macam mana kau tahu.” Terkejut Laura.

          “Hany bagitahu. Kau tak payah terkejut sangat. Kau memang dah bagitahu kat kitaorang pun. Lupa ler tu.”

          “Ouhh. Tak apa, kau janganlah risau. Nanti aku sendiri yang akan bagitahu kat dia. Lagipun, aku suruh dia tutup awal hari ni.”

          “Meanssss.”

          “Takkk. Maksud aku, boss suruh tutup awal hari ni dan aku kena ambil stok kat KL.” Jelas Laura seketika.

          “Hurmmm, menipu je kau ehh.” Jeling Faila.

          “Terpaksa. Sorry.” Laura hanya mampu tersenyum sahaja.

          “Apa-apa jelah. Ni, kau nak tunggu kitaorang balik sekali atau kau nak balik dulu?”

          “Aku tunggu koranglah.” Jawab Laura.

          “Okaylah, kalau macam tu. Tapi, kitaorang tak dapat nak layan kau tau.”

          “It’s okaylah. Aku faham.”

          “Okay. Nanti bayar lebih sikit.” Usik Faila seketika.

          “Ehh, kenapa pula?”

          “Kau duduk lama sangat kat sini.”

          Laura hanya merenung tajam sahaja ke arah sahabatnya itu.

          Faila tersengih lalu dia terus menuju ke kaunter untuk menolong Hany.

          “Saja je nak kenakan aku.” Bisik Laura akan dirinya itu lalu dia mula mengukirkan senyumannya.

          Pandangan Laura mula teralih ke luar café itu. Mula memerhatikan lagi gerak langkah orang-orang awam yang sedang berjalan-jalan di kawasan luar dari café itu. Dia mula mencari dua orang budak tadi tetapi sudah tiada dari situ. Pandangannya mula teralih ke arah seorang budak perempuan yang bertocangkan dua di atas kepalanya itu.

          Laura memerhatikan sahaja budak perempuan itu.

          Budak perempuan itu seperti tidak tahu arah untuk dia tuju. Dia hanya melihat di sekelilingnya sahaja.

          Laura mula terganggu dengan gelagat budak perempuan itu.

          “Kenapa budak tu asyik pergi situ je. Mana mak dengan ayah dia?” Laura mula tertanya-tanya.

          “Ada kot. Maybe mak ayah dia ada kat Domino’s tu.” Laura berfikiran positif.

          “Tapi kan. Takkan tinggalkan anak sorang-sorang kat luar. Takkanlah budak ni lari dari rumah kot. Ehh, tak mungkin, tak mungkin. Mesti mak bapak budak ni suruh dia tunggu kat situ.” Fikiran Laura terganggu seketika apabila memikirkan seorang budak perempuan lebih kurang berusia tujuh atau lapan tahun yang sedang bersendirian di hadapan Domino’s Pizza itu.

          “Kalau dah sampai 10 minit masih lagi tak ada siapa yang datang, aku pergi tanya budak tu. Okey, tenang Laura.” Laura mula berasa risau akan keselamatan budak perempuan itu.

          Laura hanya mampu memerhati dan terus memerhati. Dia sangat risau akan keselamatan budak perempuan itu yang tiada seorang pelindung untuk melindunginya itu. Zaman sekarang, kes penculikan budak sangat banyak sekali. Apatah lagi budak-budak kecil yang tidak tahu apa-apa dan sangat bahaya bagi mereka apabila keluar tanpa penjaga mereka.

          Resah Laura.

          “Uishh, dah 15 minit dah ni. Aku kena pergi kat budak tu.” Laura bingkas bangun tetapi pergerakannya itu terhenti seketika.

          “Ada orang datang.” Laura mula mengecilkan matanya untuk melihat siapakah lelaki itu yang cuba untuk menghampiri budak perempuan itu.

          “Fuhh! Bapak dialah tu. Nasib baik ada orang datang. Tak pasal-pasal aku risau gila tadi.” Laura duduk semula di atas kerusi café tersebut lalu dia mula menghelakan nafas leganya itu.

          Laura hanya memerhatikannya sahaja gelagat lelaki itu tetapi dia berasa ada sesuatu yang tidak kena akan sikap budak perempuan itu.

          Muka budak perempuan itu seakan-akan mahu menangis kerana tidak mahu mengikuti lelaki tersebut. Laura bingkas bangun dan terus menuju ke pintu café untuk mendapatkan budak perempuan itu.

          “Laura! Kau nak pergi mana?” Jerit Hany seketika.

          “Aku kuar jap, nanti aku datang balik!” Balas Laura sepantas kilat tanpa memalingkan pandangannya ke arah Hany.

          “Apa yang dia tergesa-gesa sangat tu?” Bingung Hany.

          Laura bergegas dan mula membuka langkah besar untuk berlari ke arah budak perempuan itu yang tidak jauh dari café tersebut.

          “WOIIII..!!!”

 

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.