FARIS sentiasa kelihatan segak, tidak kiralah mahu keluar dari rumah atau pun hanya duduk sahaja di dalam rumah. ‘Aduh, rambut ni tercacak kat atas tu dah kenapa. Tak kemas laa macam ni,’ bisik Faris sambil membebel akan dirinya yang tidak kelihatan kemas itu.
Dia sudah malas nak melayan rambutnya itu lalu dia terus bersiap-siap dengan berpakaian sukan untuk keluar bermain futsal. Seperti biasa, mereka berempat akan pergi keluar bersama dan tiada pengecualian dalam permainan futsal ini. Bukan senang nak berkumpul bersama, hanya masa yang tertentu sahaja mereka akan dapat meluangkan masa bersama.
“Guys!!!” Faris menuruni beberapa anak tangga lalu terus menuju ke ruang tamu.
“Cepatlah, korang.” Sapa Faris lagi.
“Aku dengan Dier dah siap dah ni.” Sahut Sam.
“Yes!!! I’m ready.” Haidier hanya mengangkat kedua-dua belah tangannya sahaja.
“Alright, jom gerak.” Sahut Faris dengan rasa tidak sabar untuk ke gelanggang futsal.
“Gerak apanye! Ada sorang manusia lagi ni yang tak siap.” Celah Sam seketika.
“Ehh, mana si Lan?” Faris tercari-cari kawan serumahnya itu.
Sam hanya merenung tajam ke arah Faris kerana dia masih lagi tertanya-tanya akan sahabat mereka yang seorang lagi tidak kelihatan di ruang tamu.
“Tadi, dia cakap nak bersiap.” Jawab Haidier seketika.
“Entah. Tak muncul-muncul pun dari tadi.” Celah Sam lagi.
“Aduh, dia ni. LAN..!!!” Teriak Faris seketika lalu dia bergegas naik ke atas untuk memanggil Lan.
“Lan….”
“Subhahanallah, budak ni.” Faris hanya terkebil-kebilkan biji matanya sahaja apabila setelah melihat keadaan Lan yang telah terdampar di atas katil.
“Oiii..!!! Kau dah janji kan, nak main futsal malam ni.” Berang Faris seketika.
“Aku letih laa.” Jawab Lan dalam nada suaranya yang lemah.
“Aku dah set kot.”
“Sorry laa.”
“Kau yang beriya sangat nak join futsal kan.”
“Yang tu, hari tu. Hari ni, badan aku lemah sangat.” Lan hanya memberikan alasan sahaja.
“Apa yang kau letih sangat hari ni, hari ni kan cuti.” Sahut Faris.
“Ni semua pompan tu punya pasal laa.”
“Ehh, kau yang nak kat dia kan.”
“No no no no. Nanti, aku leave laa dia.”
“Jahiliah betul kau ni.”
“Apa kau cakap!!!” Lan hanya tersentak seketika.
“Tak!!! Jamilah kat depan rumah kita tu, nak jumpa dengan kau.” Faris terus menukar topik.
“What ever.”
“CEPATLAH..!!!” Faris menarik seluar pendek yang dipakai oleh Lan lalu Lan tersentak seketika dan bergegas bangun untuk mendapatkan Faris.
“WEH, KAUUU!!!” Teriak Lan seketika.
“Cepat siap!!!” Faris hanya memerintahkan Lan sahaja.
“Ishhh, kau ni. Aku letih laa.” Rungut Lan.
“Aku tak peduli!!! Kau layan pompan tu berjam-jam, boleh!!!” Faris berasa kesal dan sedikit marah terhadap kawannya itu.
“Alaa, kau ni. Yelah, yelah.” Lan hanya menuruti kata-kata kawannya itu.
“Kita orang tunggu kat bawah!!!” Sahut Faris seketika.
“Haa, okay!!!” Jawab Lan.
“Cepat!!!” Faris hanya mengulangi perkataannya itu.
“Aduh, aku tak boleh tahan lagi laa. Aku mesti buat dia cepat-cepat jatuh cinta dengan aku. Lepas tu, aku blah. Tapi pompan macam tu, bukan mudah nak jatuh cinta tapi… dengan duit aku, dia laju.” Rungut Lan sambil memilih baju sukannya untuk dipakai.
“Baru seminggu jumpa, dah nak mengedik nak beli itu laa, nak beli ini laa. Lepas tu, nak pergi sana laa, nak pergi sinilaa. Dia ingat aku ni apa, boneka dia!!!” Rungut Lan lagi.
“Woiii.”
“Ahh, kau!!! Jap… Aku nak pakai seluar.”
“Boleh tahan juga ye, kau membebel. Kalah perempuan.” Haidier hanya tersenyum sinis.
“Takdelah. Sebelum ni, takde pompan yang perangai pelik macam dia.” Lan hanya mengadu sahaja.
“Dah tu, bila kau nak berhenti?” Soal Haidier seketika.
“Tunggu aku rasa puas.” Jawab Lan.
“Sampai bila?” Soal Haidier lagi.
“Entah.” Ringkas Lan.
“Lan…”
“Apa!!!”
“Benda yang lepas, jangan kau balas.” Tegur Haidier seketika.
“Korang semua tak faham. Hati aku ni, sakit giler tahu tak.” Lan hanya menggenggamkan tangan kanannya lalu menumbuk pintu almari yang berada di hadapannya itu.
“Kita orang kat sini, faham perasaan kau. Tapi, Alicia mungkin ada sebabnya tersendiri. Kau tak boleh salahkan dia juga.” Haidier ingin menenangkan hati sahabatnya itu.
“Apa salah aku!!! Sampai dia sanggup nak kahwin dengan jantan yang selalu lukakan hati dia.” Luah perasaan Lan terhadap kawannya itu.
“Bukan salah kau. Dan aku tak tahu pun pasal ni. Yang aku tahu sekarang ni, kau selalu cakap kat aku, yang Alicia tu memang seorang perempuan yang baik.” Jelas Haidier.
“Kejap!!!” Lan tersentak seketika.
“Apa.” Haidier kebingungan seketika.
“Macam mana kau tahu nama dia!!! Sebab aku tak pernah bagitahu nama dia pun kat korang pun.”
“Ohhh, hari tu… aku terdengar kau panggil nama ex kau, time kau call mak kau.” Jelas Haidier seketika.
“Ohh.. ye ke.” Fikir Lan seketika.
“Finally, kita orang tahu juga nama ex kau tu. Buat apa nak berahsia, muka ex kau pun kita orang tak kenal.” Haidier hanya mengangkatkan keningnya sahaja.
“Bukan aku tak nak bagitahu korang, tapi…”
“Dahlah, jom. Dorang dah tunggu tu.” Celah Haidier lalu dia terus mengajak Lan untuk turun bersama ke ruang tamu rumah mereka.
“Ouh, okay.”
Mereka berempat terus beredar dari rumah tanpa melengahkan masa. Lan hanya memikirkan sahaja kenangan lamanya bersama dengan bekas kekasihnya itu. Sukar baginya untuk melupakan kenangan manis mereka, apatah lagi mereka saling mencintai tetapi perkara itu sudah berubah sekelip mata apabila muncul seorang lelaki dalam hidup Alicia.
Lelaki itu sering kali menyakiti hatinya dan Alicia, dan keluarga mereka berdua. Lan tidak faham, kenapa Alicia boleh menerima lelaki yang selalu menyakiti perasaan dia dan dia sendiri benci akan lelaki itu seumur hidupnya.
‘Kenapa kau sanggup tinggalkan aku. Kau tahu kan, lelaki itu hanya ingin menyakitimu. Apa salah aku pada kau, Alicia. Kenapa…,’ Lan hanya merenung ke atas langit yang gelap itu dan hanya terdapat cahaya bintang kecil yang bersinar di permukaan langit yang gelap.
‘Alicia!!! Kenapa!!!’