Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 16




 

LANGKAH demi langkah membuatkan Hany berasa tenang apabila berada di kawasan tasik. Langkahnya semakin laju setelah dia melakukan warm-up lalu terus memulakan lariannya itu di kawasan tasik tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya itu. Mana taknya, dia memakai headphonenya di kepala dan memasangkan lagu ala-ala barat tanpa didengari oleh sesiapa.

          Selama 40 minit Hany berlari anak, dia ternampak akan sesuatu benda kecil yang bergerak laju ke arahnya itu. Semakin jauh benda yang kecil itu bergerak, semakin dekat benda itu menuju ke arahnya. Lalu, dia membulatkan kedua-dua belah matanya itu tanpa berkelip.

          “Ishh, kenapa dia datang kat aku?” Bisik Hany pada dirinya sendiri.

          “Weh, weh, dia semakin dekat.” Hany mengundurkan langkahnya sedikit.

          “ARRGGGHHHhhhh…” Hany menjerit seketika lalu dia terlanggar seseorang yang berada di belakangnya itu.

          “Aduh!” Hany hanya menutup mukanya sahaja kerana takut akan benda yang bergerak laju itu yang telah melintasi pandangannya tadi tanpa menghiraukan seseorang yang telah mengadu kesakitan akibat dilanggar olehnya itu.

          “Arrgghhh.. pergi, pergi, pergi!!!” Hany masih lagi menutup mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangannya itu dengan keadaanya yang terduduk di atas rumput.

          “Aduh! Dia ni dah kenapa. Tupai terbang je kot.” Haidier sedikit kebingungan dengan gelagat si gadis yang telah merempuhnya itu.

          “Tak kisahlah! Tupai ke, binatang apa ke, tak suka!” Jerit Hany seketika.

          “Okay okay. Cik jangan macam ni, cik. Tupai tu dah tak ada, dia dah lari.” Pujuk Haidier seketika.

          “Haa! Benda tu dah tak ada ke?” Hany mula menoleh ke belakang untuk melihat sama ada benda yang bergerak itu sudah beredar atau tidak dari kawasan itu.

          “Hany!!!” Haidier terkejut seketika setelah melihat si gadis yang telah merempuhnya itu adalah gadis yang sama dia kenakan pada malam itu.

          “Apa!!!” Hany hanya menoleh ke arah lelaki yang dia telah langgar itu dan dia mula berasa malu akan dirinya lalu dia terus memalingkan pandangannya daripada Haidier.

          “Awak. Benda tu tak makan orang pun. Dia lalu je tadi.” Pujuk Haidier lagi sambil dia membetulkan kedudukannya di atas rumput itu.

          “Tapi, dia lalu kat depan muka tadi. Ishhh, tak suka.” Hany mula berasa seram apabila membayangkan tupai terbang itu.

          “Rileklah awak. Awak punya tahap takut tu, sampai saya kat belakang awak pun tak nampak.” Haidier hanya tergelak kecil sahaja.

          “Saya minta maaf.”

          “Ehh, tak apa. Bukan salah awak pun. Salah saya juga sebab berada kat belakang awak.” Jelas Haidier seketika.

          “Haa! Siapa suruh. Lain kali pergi jauh-jauh sikit.” Sergah Hany seketika.

          “Huishh, dia punya garang, kalah harimau.” Usik Haidier.

          “Apa! Harimau.” Hany memandang tajam ke arah Haidier yang berada di sebelahnya itu.

          “Ishh awak, jangan pandang saya macam tu. Kecut saya dibuatnya.” Tersengih Haidier seketika.

          “Ke… awak cuba nak stalker saya.” Hany hanya mengecilkan matanya sahaja ke arah Haidier.

          “Ishh, awak ni. Mana ada. Ingat tak dua minggu lepas kita jumpa kat tasik ni, ingat tak?”

          “Haa, ingat.” Jawab Hany.

          “Kan saya ada cakap dengan awak. Tiap pagi dan tiap hujung minggu, saya jogging kat sini. Ingat tak? Awak pun sama, kan?”

          “Ohh ya. Betullah tu.” Hany hanya tersenyum sahaja apabila dia sudah mengingati kata-kata Haidier itu.

          “Tapi, saya tak nampak awak pun minggu lepas.” Soal Haidier seketika.

          “Saya pergi Melaka. Ada tempahan kek kat sana, balik hari.” Jawab Hany.

          “Urmm, patutlah tak nampak permata saya ni.”

          “Apa mata?” Hany kebingungan seketika.

          “Haa. Tak, mata awak cantik.” Haidier terus menepuk dahinya itu kerana kata-katanya itu telah terkeluar sendiri daripada mulutnya.

          “Ishh, awak nampak batu ni.” Hany mula memegang seketul batu di tangan kanannya itu.

          ‘Aduh Haidier, apa yang kau cuba buat ni. Kan dah kena makannya,’ Haidier hanya bermonolog sahaja sambil dia melihat gelagat Hany yang sedang marah itu.

          “Ehh, awak. Saya puji je. Saya baru je kena langgar dengan awak tadi. Sakit ni pun tak hilang lagi tau.” Haidier hanya menunjukkan telapak tangan kirinya yang masih lagi kemerah-merahan akibat tergesel di atas rumput itu.

          “Awak! Saya minta maaf. Saya tak sengaja terlanggar awak tadi.” Hany berasa bersalah apabila melihat telapak tangan kiri Haidier yang sedikit terluka itu.

          “Ehh, tak apa. Lagipun, awak dah langgar hati saya.”

          “Haa, apa!” Hany terkejut seketika.

          “Ehh, tak. Lepas ni, awak kena berhati-hati. Kat sini ada macam-macam spesies haiwan.” Haidier menukar topik tanpa Hany sedari perbuatannya itu.

          “Haa, seriuslaa.” Hany hanya memandang di sekelilingnya itu.

          ‘Ishhh, apa sal aku cakap macam tu tadi. Apa dah kena dengan aku ni. Sabar hati, sabar… jangan buat perangai Haidier kat sini. Please, control yourself,’ bisik Haidier seketika lalu kembali tersenyum apabila melihat gelagat Hany yang mula mengelabah itu.

          “Grrrghhhh.. grrrghhhh.. grrrghhhh..”

          “Ehh, apa yang bergegar ni?” Cuak Hany seketika.

          “Hmmm.” Haidier hanya terpinga-pinga sahaja.

          “Grrrghhhh.. grrrghhhh.. grrrghhhh..”

          “Ouhh! Sorry sorry, ada orang call.” Hany mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnya itu lalu segera untuk mengangkat panggilan tersebut.

          “Assalamualaikum, ye Laura ada apa?”

          “Waalaikumusalam. Hanyyyyyyy…”

          “Ehh, kau dah kenapa menangis ni. Kau cakap dengan aku siapa yang buat, biar aku ajar dia.”

          “Bukanlah..”

          “Habis tu?”

          “Aku dah nak balik ni.”

          “Weh, awalnya. Kau kata petang nak balik.”

          “Papa dengan mama aku dah ada kat depan pintu ni. Aku pun terkejut.”

          “Laa ye ke. Habis, tiket kau tu?”

          “Nak buat macam mana, macam tulah. Kau bila nak balik, aku dah nak bertolak dah ni.”

          “Wait wait wait. Kau suruh papa dengan mama kau tunggu kejap. Aku dah nak gerak dah ni.”

          “Haa okay okay. Cepat sikit Hany.”

          “Okay okay, bye.”

          “Awak wak wak! Saya dah nak gerak dah ni.”

          “Hahh! Cepatnya.” Bingung Haidier seketika.

          “A’ah. Laura dah nak balik.”

          “Hahh! Laura.” Haidier semakin kebingungan.

          “Aaaaa, housemate saya. Housemate saya dah nak balik. Family dia jemput.”

          “Ouhh.”

          “Okay awak, saya pergi dulu. Bye.” Hany hanya mengukirkan senyumannya sahaja lalu bergegas untuk pulang ke rumah sewanya itu.

          “Aaaaa, okay.” Belum sempat Haidier ingin melambaikan tangannya, Hany sudah pun beredar dan dia hanya mampu untuk tersenyum sahaja.

 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.