Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
PROLOG

MATLAMAT dalam kehidupan seseorang untuk mencapai kejayaan adalah impian yang diimpikan bagi setiap manusia. Tetapi, masih ada lagi yang tidak pernah menghargai setiap kejayaan yang diperolehi. Itulah kehidupan yang perlu mereka tempuhi bagi setiap dugaan yang diberi. Bagi situasi ini, sesetengah daripada mereka tidak pernah membuat perkara yang berfaedah dalam kehidupan mereka. Mereka hanya membuat perkara yang diingini untuk memenuhi hasrat dan nafsu mereka sahaja.

          Begitu juga bagi kehidupan Lan yang kini asyik memilih jalan untuk keseronokan dalam hidupnya daripada memilih perkara yang mendatangkan kebaikan. Bagi Lan, hidup ini masih lagi panjang dan perlu menikmati setiap perkara yang mendatangkan hasil dalam hariannya itu.

          “Oiiii Lan..!!!

          “BANGUNLAH..!!!” Teriak Sam.

          “Hari dah siang ni, kata nak pergi dating dengan awek cute yang kau baru kenal tu..!!!” Teriak Sam lagi.

          “Kang ada yang melepas pula.” Bisik Sam kepada Lan yang asyik berselumbung dengan selimutnya itu.

          “Bisinglah kau.” Sahut Lan.

          “Aku dah kejutkan kau ni, jangan cakap aku tak kejutkan.” Bebel Sam sambil menyikat rambutnya di hadapan cermin itu.

          “Hmmm..”

          “Weh, kau ni memang tak setia pada yang satu ye.” Sam menyoal tanpa banyak berfikir akan perkara tersebut.

          “Hish, kau ni. Deep giler ayat.” Lan menjadi bengang apabila kawannya itu asyik menanyakan soalan yang tidak menyenangkan apabila didengari oleh dirinya itu.

          “Dah tu, aku nak cakap macam mana lagi. Kau asyik main tukar-tukar je.” Jawab Sam.

          “Dah hidup aku macam ni, nak buat macam mana.”

          “Hello kawan!!! Aku kenal kau dah lama. Sudah sudah laa tu.” Sam hanya merenung sahaja wajah kawannya itu.

          “Hmmm.”

          Memang sukar bagi Lan untuk menukar kemahuannya dan sering kali kawan-kawannya sudah memberi nasihat kepadanya untuk berhenti mengecewakan hati setiap wanita. Bagi mereka, Lan adalah sahabat mereka dari Universiti lagi. Walaupun, Lan memang seorang kaki perempuan yang suka bertukar-tukar perempuan sana sini. Nasib baik rakan serumahnya itu sudah masak dengan perangai Lan sejak mereka tinggal serumah bersama.

          “Weh, aku dah nak gerak dah ni.” Sahut Sam seketika.

          “Haa, okay okay.”

          “Oiii, bangunlah. Anak teruna apa ni.” Sam berasa geram lalu dia mengambil bantal yang bersaiz kecil dan terus membaling ke arah muka Lan.

          “Aduh!!! Kau ni…” Rungut Lan seketika.

          “Padan muka!!!” Usik Sam.

          “Alahai, sekejap lah bro.” Lan berkata dengan selambanya.

          “Ehh.” Lan dan Sam terhenti seketika.

          “Run…run… run… run………….”

          “Tu, buah hati kau tu dah call.” Sam hanya melihat sahaja telefon bimbit Lan yang sedang berdering.

          “Biarkanlah.” Lan tidak menghiraukan panggilan tersebut.

          “Run…run… run… run………….”

          ‘Aduh, dia ni. Time macam ni kau nak kacau aku,’ rungut hati Lan seketika lalu dia tidak mengendahkan panggilan tersebut.

          “Pape jelah. Letak lagu ringtone pelik-pelik. Pening kepala aku.” Sam hanya membebelkan sahaja.

          “Run…run… run… run……………….” Telefon pintarnya telah berdering lagi dan ia telah membuatkan Lan berasa rimas dengan keadaannya itu.

          ‘Adus, baru je kenal. Dah call aku 24 jam, cerewet betullah perempuan ni. Aku peduli apa dengan perempuan tu, perempuan lain kan ramai lagi. Aku kan hemsem, hahaha….’ Bisik hatinya sambil tersengih seorang sendiri.

          “Jangan kau nak berangan lah kalau setakat hemsem tapi poket kosong, perggggghhhh….. boleh bla laa…. hahaha….” Tergelak Sam apabila dia dapat mengutuk Lan dengan wajahnya yang selamba itu.

          “Oiii, poket aku tak kosong, okay. Aku banyak duit tau.”

          “Duit kau sendiri ke…. duit bapak kau?” Sampuk Sam seketika lalu dia menaikkan keningnya ke arah Lan.

          “Weiii, kau kutuk aku ke.” Sahut Lan seketika.

          “Taklah, aku kutuk jiran sebelah tu.” Jawab Sam dengan selambanya.

          “Kau baca fikiran aku ke apa ni, hah?” Lan tersentak apabila kawanya itu mengetahui akan tujuannya yang sebenar.

          “Hahaha……” Gelak Sam seketika.

          “Relaks laa bro, macam tak biasa. Kita ni kan duk satu rumah. Apalah kau ni, kecoh je.” Sambung Sam sambil membuat muka selamba lalu tergelak seorang sendiri.

          ‘Dommmm...’

          “OIII..!!!”

          Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi hentakkan yang begitu kuat sekali dan telah mengejutkan Sam dan Lan di dalam bilik tidur mereka itu.

          “Ops..!!! Sorry bro.” Muncul pula seorang lagi sahabat mereka iaitu Haidier yang suka sangat buat kecoh apabila dia mula berasa bosan.

          “Apa hal kau ni. Aku nak tidur tak boleh.” Lan hanya merungut sahaja.

          “Takdelah. Pintu ni macam nak pecah je. Tak repair ke pintu ni.” Haidier hanya melihat-melihat sahaja keadaan pintu bilik itu lalu dia tersengih sahaja.

          “Tak repair kepala kau, yang kau hentak kuat-kuat tu apa sal. Nasib baik darah aku tak naik. Hishh, kau ni.” Geram Sam terhadap rakannya itu yang selalu buat kacau.

          “Rilek ler, bro.” Haidier hanya mampu tersengih sahaja.

          “Entah kau ni, lain kali beri lah salam ke atau ketuk pintu dulu.” Lan menyampuk.

          “Kan sopan macam tu.” Sampuk Lan lagi.

          “Alaa korang ni, kecoh lah. Relaks lah.” Jawab Haidier lalu terus duduk di atas katil.

          “Haa, apa cite?” Soal Sam.

          “Jom korang.” Sahut Haidier sambil memandang Lan dan Sam sambil membuat bahasa isyarat tangannya itu.

          “Pergi mana pula.” Soal Lan pula.

          “Turun makan laa!!! Kang aku yang habiskan semuanya.” Geram Haidier dibuatnya apabila melihat gelagat kawan-kawannya itu tidak faham akan bahasa isyaratnya.

          “Yelah yelah, nak turun lah ni. Nak mimpi yang indah pun tak boleh.” Rungut Lan seketika apabila mimpinya dikacau oleh mereka berdua.

          “Jom lah Dier, kita turun dulu. Nak tunggu dia ni, tahun depan tak habis.” Bebel Sam.

          “Yelah, nak pergi lah ni.” Sahut Lan.

          “Weh weh… tolong..” Jerit Lan seketika.

          “Apa hal.” Haidier berpaling ke arah Lan dan dia menjadi bingung seketika.

          “Kain aku.. kain aku nak tercabut dah ni.” Rungut Lan lagi.

          “Tak pakai kain pun takpe, bukan orang nampak pun.” Sahut Sam.

           “Wehh, korang…”

          “Tu.. tunggu..”

          “KORANG…!!!”

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.