Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 38




          Laura berasa sangat geram dengan sikap Lan itu. Perbuatan lan telah membuatkan Laura berasa jengkel seketika.

          “Kau ni memang sengaja ye nak menyakitkan hati aku.” Laura hanya mengecilkan matanya sahaja ke arah Lan.

          “Bukan aku. Lelaki tadi tu yang buat kau marah, kan. Aku just datang nak menyelamat je.” Balah Lan lagi.

          “Kau datang pun, lagi tambahkan masalah aku laa. Lelaki semuanya sama.” Renung Laura dengan tajam.

          “Memanglah sama. Lelaki dengan lelaki, samakan.” Lan hanya membuat muka sahaja.

          “Ehh, tak lawaklah.” Laura mula menggerakkan langkahnya untuk beredar dari kawasan itu.

          “Excuse me, Cik Laura.” Panggil Lan.

          Langkah pergerakan Laura mula terhenti seketika.

          “Memang tak nak berterima kasih ke. Orang dah tolong, jangan bersikap sombong sangat. Ye, Cik.” Lan hanya berkata-katakannya sahaja.

          “Perlu ke aku nak berterima kasih dengan kau.” Balas Laura.

          “Perlu. Sebab bukan hanya kerana aku sahaja yang akan tolong, maybe orang lain juga akan tolong kau. Takkan kau tak menghargai langsung orang yang dah tolong kau.” Lan hanya memberikan kata-kata nasihat sahaja kepada Laura.

          “Okay. Dah habis?” Laura hanya membuat muka selamba sahaja.

          “Rasanya dah kot.” Perli Lan.

          “Kalau dah habis, terima kasih banyak-banyak.” Balas Laura lalu dia mulakan langkah pergerakannya kembali.

          “Tak ikhlas, tak payah nak berterima kasih.” Sampuk Lan dari belakang Laura.

          Laura berasa sedikit terganggu dengan kata-kata Lan itu.

          Laura pun menoleh semula lalu dia terus menuju perlahan-lahan untuk mendekati Lan.

          “Apa kau cakap?” Bengang Laura seketika.

          “Yelah, aku bukan hadap sangat dengan terima kasih kau tu. Aku akan tolong orang yang betul-betul memerlukan pertolongan. Tapi, tak sangka pula ada perangai perempuan yang tak suka ditolong.” Perli Lan lagi.

          “Apa yang kau nak dari aku sekarang ni? Lepas dia, kau pula nak sakitkan hati aku!” Marah Laura.

          “Berapa ramai lelaki yang ada dalam hidup kau tu?” Lan mula menyoalkannya secara tiba-tiba.

          Laura sedikit terkejut.

          “Firdaus. Syamel. Oh kejap. Yang tadi tu Syamel. Lepas tu siapa lagi ye, mesti ramai kenalan lagi, kan. Aku ni yang keberapa ye?” Soalan itu mula bertubi-tubi keluar daripada mulut Lan itu.

          Laura tergamam.

          ‘Macam mana dia boleh tahu nama-nama tu. Dia ni bela saka ke apa. Dia ni memang pembawa masalah betul. Apa yang dia nak sebenarnya.’ Fikiran Laura menjadi kusut seketika.

          “Ehh ehh, banyaknya kau tahu tentang aku. Kau masih sayang kan aku lagi ke. Mungkin, kau ni yang kesepuluh kot. Atau yang kedua puluh. Alah, sorry. Tak ingat pula. Maybe yang ke seratus.” Perli Laura pula kepada Lan.

          Lan berasa dingin sahaja apabila mendengar kata-kata Laura itu.

          ‘Amboi perempuan ni, dah tunjuk belang dah. Panas pula hati aku ni. Boleh pula dia bagi aku yang keseratus, bagilah yang kelima ke. Pandai kau ye, aku kenakan kau, kau pula yang kenakan aku.’ Hati Lan sedikit panas.

          “Ouh! Aku pun bukannya kisah sangat. Cuma nak pesan, hati-hati dengan lelaki-lelaki yang pernah kau kenal tu. Maybe, diorang ada di mana-mana sahaja.” Bisik Lan ke telinga Laura.

          Lalu Lan terus beredar dari kawasan itu.

          Laura membulatkan matanya sahaja apabila Lan beritahu sesuatu kepadanya itu. Dia berasa cemas dan melihat keadaan di sekelilingnya itu. Laura mula terasa terancam lalu dia segera mendapatkan keretanya yang tidak jauh dari beberapa buah kereta yang lain.

          Lan hanya terus berjalan dan berjalan sahaja tanpa sebarang tolehan ke belakang. Dia mula berasa geram terhadap Laura. Tetapi, dia perlu menenangkan fikirannya itu.

          Lan sudah sampai ke tempat letak kereta lalu dia terus menyandarkan dirinya pada keretanya itu. Dia terlalu banyak berfikir. Kusut seketika fikirannya itu.

          ‘Kenapalah aku ikut perempuan tu tadi. Sepatutnya, aku biarkan je. Sekarang, dah jadi masalah. Memang panas betul hati aku ni. Nasib baiklah aku ada sikit kesabaran dalam diri ni. Kalau tak, memang jadi macam lelaki tadi. Huishh! Tak nak aku. Baran dia melampau sangat.’Lan hanya memikirkannya sahaja lalu dia berasa gerun apabila mengingati kembali kejadiannya tadi.

          Lan perlu menenangkan mindanya itu sebelum dia mula memandu untuk pulang ke rumah.

          Termenung seketika.

          Perutnya kembali berdendang-dendang untuk diminta diisi dengan makanan. Lan memegang perutnya sahaja lalu dia mula teringat akan suatu perkara.

          “Ehh! Tadi aku nak beli air kat Starbucks, kan. Tapi… aku tak rasa pula nak minum. Hilang terus dahaga aku.” Bisik Lan.

          Lan terpandang sesuatu yang berada di hadapannya itu. Jaraknya juga tidak jauh dari tempat letak keretanya. Dia hanya memerhatikan sahaja papan tanda itu.

          “Hahh! Aku nak makan pizza laa. Pizza Hawaii. Lepas tu, letak cheese banyak-banyak. Syok giler.” Lan bergegas menuju ke ‘Pizza Hut’ itu kerana perutnya itu tidak dapat lagi menahan lapar.

          “Yes yes yes. Ehh!” Lan berlari anak untuk menuju ke tempat pizza tersebut lalu telefon pintarnya mula berdering di dalam poket seluarnya itu.

          “Siapa yang call aku ni. Aku baru je nak beli makanan.” Lan melihat sahaja di muka skrin telefonnya itu. Cuba untuk meneliti panggilan itu.

          “Faris! Ehh, dah rindu aku ke.” Tersengih Lan seketika.

          “Hello, Faris.”

          “Haa, Lan.”

          “Haa, ada apa tu?”

          “Kau lambat lagi ke nak balik?”

          “Sorry, lupa nak bagitahu dalam ‘group whatsapp’. Hari ni aku balik rumah mak ayah aku. Kenapa, bro?”

          “Ouh, tak ada apa yang penting pun. Ingatkan kau balik lewat hari ni.”

          “Family aku ada buat ‘dinner time’ malam ni.”

          “Ouh, ye ke.”

          “Ada apa?”

          “Tak ada apa. Sam dengan Haidier ajak makan kat kedai mamak malam ni. Nak tengok bola.”

          “Alamak, sorry bro. Aku tak dapat join dengan korang malam ni. Dah janji dengan family.”

          “Ehh, tak apa. Lain kali kan boleh.”

          “Tulah, sorry sangat.”

          “It’s okaylah. Esok malam, balik sini tak?”

          “Esok petang aku balik.”

          “Haha, cantik. Haidier ajak pergi gim malam esok. Kau okay tak malam esok?”

          “Aku on je.”

          “Okaylah macam tu. Jumpa petang esok.”

          “Haa, okay.”

          Lan hanya tersengih bersendirian sahaja.

          “Macam-macam korang plan ye. Ehh! Aku nak buat apa tadi.” Lan terlupa akan sesuatu perkara.

          “Haa, aku nak beli pizza laa.” Lan sudah ingat semula apa yang dia inginkan.

          Langkahnya diteruskan lalu segera masuk melalui pintu ‘Pizza Hut’ itu.

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.