Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 18




          “Jangan tinggalkan aku… please!”

          “Please!”

          “Please!!”

          “Ali…Ali… ALICIA!!!”

          “Weh, kau pe hal?” Faris terkejut akan jeritan Lan secara tiba-tiba.

          “Aa.. aku kat mana?” Lan hanya melihat keadaan di sekelilingnya dengan wajahnya yang penuh kebingungan itu.

          “Weh, pale hotak kau. Kita ni kat bilik resort dan tengah bercuti kot! Nilah perangai kalau tidur lepas asar. Siap panggil nama ‘Ali’ lagi.” Bebel Faris seketika lalu dia menyambung main permainan di dalam telefon pintarnya itu.

          “Haa.. apa? Ali?” Lan kebingungan lagi.

          “Yelah! Dari tadi aku dengar kau meracau-racau nama ‘Ali, Ali, jangan tinggalkan aku’. Ali mana pula yang kau skandal ni. Baru jalan jauh sikit, dah mengigau-ngigau bagai.” Bebel Faris lagi.

          “Sorry bro.”

          “Kau pe hal sampai sebut nama ‘Ali’. Skandal baru pula ke?” Usik Faris.

          “Ali!!! Woi, agak-agaklah. Takkanlah aku nak skandal dengan jantan kot.” Lan masih lagi dalam keadaan mamai tetapi dia masih sedar akan dirinya apabila kawannya itu mengatakan sesuatu kepadanya.

          “Mana tau, lagi perfect pula kali ni.” Usik Faris lagi sambil memain permainan gamenya itu.

          “Huishh, kau ni.”

          “Tak adalah, mulanya aku fikir macam tu. Kau sebut-sebut nama ‘Ali’. Lama juga aku perati je. Lepas tu, kau sebut…….” Faris hanya terhenti seketika lalu dia memalingkan dirinya daripada Lan.

          “Aku sebut apa?”

          “Weh, si Sam dengan Haidier pergi beli makanan. Malam kang kita mulakan aktiviti kita, okay.” Faris memaling semula ke arah Lan.

          “Kau jangan tukar topik, tadi aku sebut apa?” Lan menginginkan juga jawapan daripada Faris.

          “Alaa kau ni, kau mengingau je. Tak penting pun.” Faris masih lagi membuat alasan.

          “Sebabkan aku mengingaulah, aku nak tahu, aku sebut apa.”

          “Degillah kau ni.”

          “Kau pun degil juga tak nak jawab aku punya soalan.” Lan hanya membalas balik ungkapan Faris itu.

          “Ishhh, kau ni. Yelah.” Akhirnya Faris mengalah juga.

          “Haa, apa?”

          “Kau sebut nama ‘Alicia’ tadi.” Jawab Faris lalu dia memalingkan dirinya semula daripada Lan.

          Lan tersungkur lalu terjatuh dari atas katil apabila mendengar suatu nama yang keluar daripada mulut kawannya itu dan dia hanya mampu terngangakannya sahaja tanpa sebarang bantahan.

          “Aduh!” Lan mengadu kesakitan akibat terjatuh dari katil.

          “Laa illahahilallah, budak ni. Kau apa hal lagi?” Faris terus memaling semula ke arah Lan kerana terdengar bunyi yang terhempap di atas lantai.

          “Sakit doh.”

          “Kau masih tak boleh lupakan dia lagi ke?” Soal Faris secara tiba-tiba.

          Lan hanya terdiam seketika apabila Faris menyoalkannya.

          “Ke kau masih dendam lagi dengan dia?” Soal Faris lagi.

          Lan hanya terus bangun lalu menuju ke arah pintu almari baju untuk mengambil tuala dan bekas mandiannya itu. Lan tidak menghiraukan kata-kata Faris itu.

          ‘Memang aku tak boleh lupakan dia. Aku cuba untuk lupakan dia tapi makin sakit hati ini bila teringat kisah kita dulu. Mungkin kali ini aku perlu melupakannya buat selama-lamanya. Dan sampai bila aku nak bersikap playboy, sedangkan ini bukan perangai aku yang sebenarnya. Makin lama aku pendam, makin sakit,’ luah hati Lan seketika lalu dia tersentak seketika.

          “Kau kena move on. Lupakan dia. Kau mulakan hidup baru. Dia pun dah lama kahwin, dia pun ada hidupnya sendiri.” Faris hanya mampu memberikan nasihat sahaja kepada Lan.

          “Taklah. Aku dah lama lupakan dia.” Lan hanya mampu mengeluh sahaja lalu dia merebahkan dirinya ke atas katil.

          “Baguslah macam tu. Dah berapa tahun kau tak berjumpa dengan dia. Kitaorang ni lagilah tak pernah jumpa langsung dengan bekas awek kau tu. Tau tau je, dia dah kahwin. Nak tengok gambar dia pun, kau tak bagi. Yang kitaorang tau hanya nama ‘Alicia’ je.” Faris hanya membebelkannya sahaja.

          “Ehh, jap. ‘Alicia’ dalam cerita anime tu ke, ‘Ejen Ali’.” Fikir Faris seketika dan Lan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

          “Ahh pape jelah, yang penting aku tak nak kau menderita je suatu hari nanti.” Sambung Faris lagi.

          ‘Sebenarnya aku dah cukup menderita dan terseksa yang amat perit sekali,’ luah hati Lan lagi.

          “Taklah, aku okay je.” Sahut Lan seketika.

          “Lepas ni tak payahlah kau nak jadi playboy lagi.” Usik Faris seketika.

          “Haa, yang tu aku tak jamin lagi. Aku tunggu cinta dia untuk aku dulu, baru aku boleh lepaskan dia.” Jawab Lan dengan senyumannya yang nakal itu.

          “Pula dah. Kesianlah kat dia tu.”

          “Kesian.” Lan hanya tersenyum sinis sahaja.

          “Lantak kaulah. Ishh, kau tengok! Dah aku kalah.”

          “Padan muka kau.” Lan terus bingkas bangun lalu menuju ke arah bilik air.

          “Ishh, aku tak boleh kalah macam ni. Kau tunggu jap Balmond, aku guna senjata tuah aku ni. Haa, ambik kau!” Faris hanya membebelkannya sahaja kerana kalah main dalam permainannya itu.

          “Ting Tong…”

          “Ting Tong…”

          “Siapa pula yang mengacau ni.” Rungut Faris seketika.

          “Ting Tong…”

          “Iya!!! Kejap kejap!!!”

          “Ting Tong…”

          “Coming coming!!!” Gegas Faris menuju ke muka pintu untuk membuka pintu tersebut dan dia ingin melihat siapakah yang sedang berada disebalik pintu bilik resort mereka itu.

          “Penghantaran pizza dah sampai.” Sam menghulurkan sekotak pizza yang bersaiz besar kepada Faris.

          “Hotak kau. Bapak lamanya keluar. Aku dah kemurungan duk kat bilik ni, tau tak.” Faris hanya membebelkannya sahaja.

          “Hehh, rilek laa bro. Aku suruh kau ikut, kau tak nak.” Sahut Sam.

          “Entah, kau ni. Si Lan mana?” Sampuk Haidier seketika.

          “Tuu..” Faris memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Baru nak mandi.” Sampuk Sam seketika.

          “Yelah, aku kejutkan, tidur mampus. Lepas tu, melalak-lalak entah benda tah yang menghasut dia.” Faris hanya membebel sahaja.

          “Pula dah.” Haidier hanya memandang ke arah Faris lalu dia segera membuka kotak yang berisi pizza itu untuk dimakan.

          “Dahlah. Makan dulu.” Celah Sam dan Faris pun menyusur ke hadapan mereka berdua untuk menjamah pizza tersebut.

          “LAN!!!” Jerit Haidier seketika.

          “Woiii, perlahanlah sikit. Pekak telinga aku.” Tegur Faris.

          “Dia kat toilet, mana nak dengarnya kalau cakap perlahan.” Jawab Haidier.

          “Tapi janganlah dekat sangat dengan telinga aku.” Rungut Faris.

          “LAN!!!” Jerit Haidier lagi lalu Faris mula memandang tajam ke arahnya. Haidier hanya mampu tersenyum sahaja.

          “IYEE…” Sahut Lan yang masih lagi di dalam bilik air itu.

          “MAKAN!!!” Jerit Haidier seketika.

          “YEE.. MAKAN DULU..” Sahut Lan lagi.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.