Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 19




 

TIUPAN angin malam telah membuatkan Lan berasa dingin dan sejuk apabila mereka berempat berjalan di tepi Taman Tema yang dipenuhi dengan cahaya berkelipan di kawasan taman itu. Keindahan malam telah membuatkan mereka berasa tenang dan tertarik akan sinaran yang berkelipan di waktu malam itu.

          “Cantik giler.” Sam mula terpegun apabila melihat cahaya-cahaya kecil yang berwarna-warni di Taman Tema itu.

          “Kan, cantik kan. Tak sia-sia kita berjalan jauh dari Subang ke Penang ni.” Teruja Faris seketika.

          “Ehh, kau sorang jelah yang jalan. Kitaorang tak sanggup nak berjalan.” Usik Haidier lalu tergelak sendirian.

          “Maksud aku naik keretalah. Pantang aku silap sikit, ada je nak bahan.” Geram Faris seketika lalu tersenyum sinis.

          “Haha, rilek bro. Aku gurau je.” Haidier hanya tersengih sahaja.

          “Haha, kitaorang dah masak sangat dah dengan perangai kau tu. Bukan kau je Faris kena bahan, aku dengan Lan ni pun kena bahan dengan dia.” Sam tergelak seketika lalu diikuti dengan gelak tawa mereka bertiga.

          “Wehh, kita kawan dari U lagi kot. Memang camni ahh perangainya.” Celah Lan sambil tergelak-gelak.

          “Wehh, mana aci satu lawan tiga. Kalah ahh aku macam ni.” Haidier hanya menggaru-garukan kepalanya sahaja.

          Lan mula melihat telefon pintarnya yang dari tadi telah dipegang olehnya semasa berjalan-jalan bersama kawan-kawannya itu.

          ‘Ehh, missed call. Siapa yang call aku banyak kali ni,’ Lan hanya membelek-belek sahaja di muka skrin telefonnya itu untuk melihat siapakah gelaran yang telah menelefonnya itu.

          ‘Hmmm, mak cik ni. Ingatkan siapalah tadi. Rindu aku ler tu. Kadang-kadang aku tengok perempuan ni rasa lawak pun ada, cute pun ada, gedik memang banyaklah,’ Lan berasa geli hati apabila memikirkan hubungan dia dengan Laura.

          “Ehh, jap. Kenapa ayah call aku?” Bisik Lan seketika.

          “Pukul lapan tadi ni. Ada apa ye ayah call aku? Lima missed call pula tu. Aku ingat Laura sorang je yang rindu aku, ayah pun rindu aku.” Bisik Lan lagi lalu dia terus mencari nombor telefon ayahnya untuk menelefon semula.

          “Lan.” Belum sempat Lan membuat panggilan, Haidier telah menyapanya dari belakang.

          “Jom pi makan.” Ajak Haidier.

          “Ahhaa.” Lan hanya melihat kembali ke arah telefon pintarnya itu.

          “Dari tadi aku duk perati je. Awek baru ke?” Haidier mengangkatkan kedua belah keningnya itu.

          “Huishh, kau… Tak adalah, Laura ni tiba-tiba missed call.” Jawab Lan dengan selambanya.

          “Ohhhh… Laura namanya.” Haidier hanya mengiyakannya sahaja lalu dia terfikir akan sesuatu perkara.

          ‘Laura. Macam pernah dengar je nama tu. Kenapa aku rasa macam pernah dengar je nama Laura ni. Aduh, malaslah fikir,’ fikir Haidier seketika.

          “Kalau macam tu, call lah balik.”

          “Ehh, tak ada masa aku.”

          “Dah tu, duk belek-belek tu, apa sal?” Haidier kebingungan seketika.

          “Tak… tiba-tiba je ayah aku call.” Jawab Lan lagi.

          “Lah! Ayah sendiri nak call pun tak boleh.”

          “Bukan apa, ni tak pernah-pernah call aku banyak kali.”

          “Dah tu, call lah balik. Mana tau ada hal penting ke dia nak bagitahu.”

          “Aku dah banyak kali call, tapi tak jawab-jawab dari tadi.”

          “Solat kot.”

          “Maybe.”

          “Dahlah, jom. Aku lapar dah ni. Kejap lagi kau call balik.” Ajak Haidier lagi.

          “Yelah.”

 

          Puan Noraini menjadi tidak senang duduk apabila melihat gelagat suaminya itu ke hulur ke hilir di hadapan ruang tamu mereka itu. Dia asyik memerhatikan sahaja suaminya itu yang sedang mendail nombor seseorang tetapi tidak dapat dihubungi.

          “Abang.” Panggil Puan Noraini seketika.

          “Hmmm.”

          “Abang call siapa malam-malam ni?” Tanya Puan Noraini kepada suaminya itu.

          “Tengah call budak ni lah.” Jawab Encik Hassan.

          “Budak mana pula ni, bang?” Puan Noraini sedikit kebingungan terhadap suaminya itu.

          “Anak kamu lah. Anak siapa lagi saya nak call.” Encik Hassan hanya menyambung semula mendial nombor telefon yang telah tentera di laman skrin telefonnya itu lalu membuat panggilan.

          “Yelah, saya ni duk tertanya abang call siapa. Budak tu anak abang juga, kan.” Puan Noraini mula mencebikkan mulutnya sahaja.

          “Ni. Kenapa susah sangat anak kamu ni nak angkat phone. Dari pukul lapan tadi aku call, tak mahunya dia nak angkat.” Rungut Encik Hassan terhadap anak terunanya itu.

          “Ala abang, nanti dia call lah balik.”

          “Tadi, dia ada call balik.” Encik Hassan mula mengeluh seketika.

          “Dah tu, bang. Dia ada cakap pape ke?” Soal Puan Noraini secara tiba-tiba.

          “Missed call. Abang ada kat luar tadi, tak sempat nak angkat.” Encik Hassan hanya duduk di atas sofa setelah penat berdiri di ruang tamunya itu.

          “Hmm, masing-masing missed call. Memang tak dapatlah.”

          “Yang aku tak fahamnya, ke mana dia pergi malam-malam macam ni. Kalau iye pun keluar dengan kawan, jawablah panggilan aku. Susah betul nak tegur anak awak ni lah.” Marah Encik Hassan seketika.

          “Abang, anak kita sorang tu je. Maybe, dia ada kerja ke, atau tertinggal phone dia ke.” Puan Noraini ingin menenangkan hati suaminya itu.

          “Apa-apa sajalah.”

          “Ni bang, Aini nak tanya. Kenapa abang tiba-tiba je nak call Fazlan?” Soal Puan Noraini dengan penuh curiga terhadap suaminya itu.

          “Awak juga yang suruh saya call dia. Bila nak balik? Bila nak uruskan syarikat? Bila nak kahwin? Bila nak bawa calon isteri? Ke awak tak nak semua tu?” Soal Encik Hassan pula setelah dia membebelkannya sahaja.

          “Ouhh, abang janganlah marah Aini. Aini cuma bertanya je. Tengok abang risau je dari tadi.”

          “Aini. Kita ni dah makin meningkat usia. Abang tak naklah pergi dulu sebelum tengok anak kita kahwin. Abang ni pun bukannya larat sangat nak uruskan company tu. At least, adalah anak kita nak membantu uruskannya nanti. Lepas tu, cucu kita pula yang uruskan. Betul tak, Aini?”Jelas Encik Hassan seketika.

          “Betullah tu, bang.” Puan Noraini hanya mengiyakannya sahaja kata-kata suaminya itu.

          “Nanti abang call lah dia, pujuk dia supaya balik rumah. Nanti bila dia dah balik rumah, Aini pula yang pujuk dia.” Puan Noraini memberikan pendapatnya kepada suaminya itu.

          “Awak kalau bab pujuk-memujuk bukan main lagi ye.”

          “Abang kenal saya, kan.” Puan Noraini hanya mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Dah kenal sangat. Kalau bukan kerana pujukan awak, abang tak cair macam ni.” Usik Encik Hassan seketika.

          “Ishh, abang ni. Saja je tau nak usik Aini.”

          “Ehh, abang cakap salah ke? Betul, kan?”

          “Iye. Nanti abang call ye anak teruna kita tu.”

          “Esoklah abang call. Abang dah letih, nak tidur.” Encik Hassan bingkas bangun untuk menuju ke bilik tidur mereka dan diikuti dengan isterinya yang berada di belakangnya itu.

          “Yelah, bang. Aini pun dah mengantuk.”

 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.