Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 37




          “APA!!! Ingat kau sorang je ke yang bolehjerit kat aku. HAHH!!!” Teriak Laura seketika.

          ‘Alamak, diorang gaduh besar ni. Apa yang aku nak buat ni. Takkanlah aku nak masuk gelanggang pula. Tak pasal-pasal aku pula yang terpelanting kat udara.’ Hati Lan menjadi resah apabila dia melihat pergaduhan mereka berdua itu.

          “Kau ingat kau boleh terlepas macam tu je! Aku datang sini bukan nak raikan simpati kat kau. Aku nak balas balik apa yang kau lakukan kat aku dulu, Cik Laura!” Lelaki itu mula membalas balik serangan daripada Laura.

          “Kau ingat aku takut dengan kau, Encik Syamel..!” Laura hanya merenung tajam sahaja ke arah mata lelaki itu.

          ‘Ehh, Syamel! Ahh sudah, Firdaus tu yang mana satu pula. Berapa banyak jantan yang kau kenal ni. Aku ni yang dah ke berapa. Uishh! Memang ini semua permainan perempuan.’ Bisik di hati Lan seketika.

          Lelaki sudah mula hilang sabar. Dia cuba untuk mengawal kemarahannya tetapi tidak boleh lagi dia menahannya.

          Dengan pantas tangan kanan lelaki itu memegang lengan kiri Laura untuk menariknya ke tempat kereta.

          Laura mula menjerit kerana terkejut akan tindakan lelaki itu.

          “HEY! APA YANG KAU BUAT NI! LEPASLAH!!!”

          “DIAM! Ikut aku sekarang!”

          “LEPASKAN AKU!!!” Laura cuba untuk melawan tetapi kekuatan lelaki itu lebih kuat berbanding dengan dirinya itu.

          “Weh! Dia nak bawa Laura ke mana tu? Tak boleh jadi ni. Kau main kasar pula.” Bisik Lan.

          Lan terus bergegas menuju ke arah mereka berdua. Tanpa banyak berfikir, Lan memegang tangan lelaki itu yang sudah menarik tangan Laura dengan sekuat hatinya.

          Api kemarahannya sudah meningkat ke tahap maksimum apabila lelaki itu cuba berkasar dengan seorang perempuan. Dia cuba untuk mengawal perasaan marah itu sebelum penumbuknya sampai ke muka lelaki itu. Mula tenangkan diri tetapi tangannya masih lagi memegang tangan lelaki itu.

          Laura terkejut dan terkaku seketika apabila melihat Lan yang sedang mempertahankan dirinya itu.

          Lelaki itu mula berang apabila ada orang lain yang cuba untuk masuk campur dalam masalah mereka berdua.

          “Kau siapa, hah! Nak halang aku!”

          “Kau main kasar dengan perempuan, kau masih tanya aku siapa pula.” Nada Lan sedikit marah tetapi dia cuba untuk bersikap tenang.

          “Oiii! Ini masalah aku! Bukan masalah kau! Kau orang luar, pergi berambus.”

          “Hey, bro. Kau pun orang luar juga, kan. Kalau ada masalah, boleh bincang elok-elok.” Lan ingin meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.

          “Kau tolong ke tepi.”

          “Kalau aku tak nak.” Cabar Lan seketika.

          Laura hanya mampu berdiamkan dirinya sahaja.

          “Kau nak cabar aku ke apa, hahh!”

          “Bro, aku bukan nak cabar tapi…” Lan cuba untuk bawa berbincang tetapi lelaki itu sudah mencelah perjelasannya itu.

          Laura masih lagi terkaku di situ.

          “Ini masalah aku dengan perempuan giler ni. Kau jangan nak masuk campur hal aku!”

          “Campur tak campur, tapi kau dah main kasar dengan perempuan ni. Ini tempat awam!” Lan bersikap tegas.

          “Peduli apa aku!!!”

          “Lepaskan aku, Syamel!!!” Laura meronta-ronta untuk dilepaskan tangannya itu.

          Berang Lan seketika.

          “KAUUU…..” Lan terus memberi satu tumbukan padu kepada muka lelaki itu.

          Lelaki itu pun terjatuh lalu terduduk di atas jalan tar sambil memegang mukanya yang dalam kesakitan itu.

          Laura terus memegang lengan baju Lan setelah tangan kirinya itu sudah dilepaskan lalu dia menggelengkan kepalanya ke arah Lan untuk tidak menyerang lelaki itu lagi.

          Lan hanya memandang sahaja wajah Laura lalu dia menoleh semula ke arah lelaki yang masih lagi terduduk di atas jalan tar itu.

          “Oiii! Kau apa hal, hahh!!!”

          “Dari tadi aku dah cakap baik-baik dengan kau. Ingat kau sorang je yang ada baran, hahh!” Berang Lan seketika.

          Lelaki itu perlahan-lahan untuk bangun dari tempat yang dia terjatuh tadi. Dia hanya merenung tajam sahaja ke wajah Lan dan Laura.

          “Kau ingat kau dah terlepas. Aku akan musnahkan hidup kau, Laura.” Amaran lelaki itu kepada Laura.

          “Oiii! Kau ni memang tak serik-serik lagi ke. Nak aku lebamkan mata kau yang sebelah lagi tu ke.” Ugut Lan sambil dia menunjukkan genggaman penumbuknya itu.

          “Kali ni kau terlepas, Laura. Kalau bukan disebabkan lelaki tak guna ni, kau lama mampus!”

          “Ehh! Ingat kau berguna sangat ke.” Lan hanya membalah sahaja.

          “Oiii, jantan tak guna. Aku tak pernah takut dengan kau laa. Dia tak ada pun, aku boleh handle kau sorang. Sekarang, berambus, ahh!!!” Celah Laura lalu dia menunjukkan keberaniannya itu.

          ‘Huishhh! Sombong betul dia ni. Kalau aku tak ada kat sini tadi, kau dah lama nazak dah. Masih nak cakap tinggi lagi.’ Lan hanya bermonolog sahaja.

          “Kau sekarang boleh ahh cakap besar! Aku akan datang lagi. You just wait.” Lelaki itu memberi amaran keras kepada Laura.

          “Kau boleh pergi mati dengan ugutan kau tu!!!” Laura hanya naik angin sahaja.

          Lelaki itu hanya memandang sinis kepada Laura kerana berasa tidak berpuas hati dengan perbuatannya itu.

          “Apa tunggu lagi. Berambus laa.” Celah Lan seketika.

          “Playgirl.” Lelaki itu menuding jarinya kepada Laura untuk memberi amaran sahaja kepadanya lalu dia terus beredar dari kawasan itu.

          Lan tersentak seketika.

          ‘Playgirl..! Memang betullah jangkaan aku selama ni. Dia memang suka permainkan semua lelaki. Memang betullah tu, ini semua permainan perempuan.’ Lan hanya terfikirkannya sahaja.

          Laura menghelakan nafas leganya itu.

          “You okay?” Tanya Lan seketika.

          “Kau tak payahlah nak tanya aku okay ke tak.” Laura hanya menjeling sahaja.

          ‘Amboiiii, dia nak main kau aku dah sekarang ni. Dulu beriya-riya panggil ‘I’ ‘I’ ‘You’‘You’ bagai. Sekarang, dah anggap aku musuh dia pula,’ hati Lan berasa sedikit geram.

          “Nak tanya khabar pun, salah ke.” Balas Lan dengan nada suaranya yang agak geram sedikit.

          “Tak payah tanya khabar pun tak apa. Aku tak perlu pertolongan kau pun.” Laura mula membalasnya kembali.

          “Ehh, apa masalah awak? Lelaki tadi punyalah agresif.. aku nampak, aku datanglah nak selamatkan keadaan.”

          “Kau dah tengok kan, keadaan semakin teruk!” Laura membulatkan kedua-dua belah matanya sahaja.

          “Atleast, kau taklah kena pukul dengan dia, atau kena sepak ke. Kita tak tahu, kan. Macam-macam boleh jadi.”

          “Ishh, kau perli aku ke apa.”

          “Ehh, taklah. Kau terasa ke.” Lan sengaja mengusik Laura.

          “Ishhh! Kau dengan lelaki tadi tu, sama je, tak ada beza pun. Dua-dua menyakitkan hati.”

          “Ehh, aku pula. Sekurang-kurangnya aku tak pernah nak angkat tangan kat perempuan.” Lan hanya berbalah sahaja.

          “Ishhh! Kauuuuu!”

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.