Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 53




          “Memang sah, itu dia. Apa yang dia buat dengan perempuan tu? Siap tergelak-gelak bagai.” Bisik Laura akan dirinya sendiri.

          “Dah jumpa perempuan lain ke? Inilah lelaki. Baru break sepuluh bulan, dah cari perempuan lain. Ehh! Macam mana aku boleh tahu sepuluh bulan? Ahh, itu semua tak penting.” Bisik Laura lagi lalu dia mula terfikir.

           Laura hanya merenung tajam sahaja kepada Lan dan seorang wanita itu.

       “Ehh. Kenapa aku hiraukan dia pula. Lantak dialah nak cari perempuan lain, kan. Yang aku ni dah kenapa?” Laura mula menepuk kepalanya sendiri.

          Laura hanya memerhati sahaja gelagat Lan dari jauh. Dia cuba untuk perhatikan setiap pergerakan atau langkah Lan. Dia terus memerhatikannya lagi.

          “Apa yang dia borak dengan perempuan tu ahh?” Fikir Laura lagi.

          “Dahlah. Malas aku nak masuk campur.” Laura putus asa seketika lalu dia terus menoleh dengan pantas.

          Dengan caranya yang tidak sengaja, dia telah menjatuhkan banting iklan di hadapan kedai tersebut. Dia membulatkan kedua-dua belah matanya kerana terkejut akan tindakannya itu.

          Orang awam yang lalu-lalang di situ turut terkejut.

          Laura ternampak Lan sedang menoleh ke arahnya. Dia segera mengangkat banting tersebut. Lalu dia terus beredar dari kawasan kedai tersebut.

          “Aduh. Dia perasan aku ke tadi. Kuat pula tu banting tu jatuh. Macam mana aku boleh terlanggar banting yang punya besar tu. Aduhhh, masalah lah.” Laura hanya mampu berbisik akan dirinya sahaja.

          “Harap-haraplah dia tak nampak aku tadi. Tulah, Laura. Usha lagi orang. Berganda-ganda masalah kau kali ni.” Bisik Laura lagi.

          Laura segera berlari ke arah butiknya lalu dia terus memasuki ke dalam tanpa sebarang tolehan di belakangnya itu.

          Shakira kelihatan kebingungan setelah melihat Laura yang tergesa-gesa menuju ke kaunter pembayaran.

          “Weh, Laura. Kau dah kenapa, berlari sana, berlari sini.” Tanya Shakira seketika.

          “Tak ada apa. Aku okay.” Ringkas Laura yang cuba untuk membetulkan kedudukannya itu.

          “Aku cari kau tadi. Tengok-tengok, kau dah menghilang dah. Nasib baik aku tak report polis.”

          “Takde pape lah. Aku jalan-jalan je kat luar tadi.”

          “Orang jalan, jalanlah juga. Yang kau ni, gelisah je. Macam nampak hantu.” Shakira hanya melihat sahaja gelagat rakan sekerjanya itu.

          “Kira, aku okay je.”

          “Betul ni.”

          “Betul, Kira.”

          “Ahh, ceritalah pasal tadi.” Shakira menukar topik perbualannya seketika.

          “Pasal apa?” Laura terlupa seketika.

          “Alaa, pasal kau nak bagitahu kat aku tu…” Shakira mula memberi hint kepada Laura.

          “Ouh, yang tu.”

          “Haa, yang tu. Yang kau cakap kau ada buat salah kat aku. Salah apa?” Tanya Shakira.

          “Sebenarnya, Kira…”

          “Assalamualaikum.” Laura terhenti lagi apabila seseorang telah memberi salam dari luar butiknya itu.

          “Waalaikumusalam.” Serentak Laura dan Shakira menjawab salam tersebut.

          “Huhh. Nanti kau sambung balik, cerita kat aku. Aku nak layan customer kat depan tu jap.” Shakira terus pergi ke bahagian luar butik untuk melayan pelanggan yang sedang menunggu di luar butik itu.

          “Aduhhhhh. Aku baru je nak buka cerita. Ada pula yang menganggu. Pening ahh macam ni.” Laura hanya membebel akan dirinya sahaja.

          Shakira mengukirkan senyumannya kepada pelanggannya itu.

          “Ye, Encik. Ada apa-apa yang perlu say a bantu?”

          “Maaf menganggu.” Lan membalas senyuman Shakira itu.

          “Ehh, tak apa.”

          “Boleh saya jumpa dengan Cik Laura?” Tanya Lan seketika.

          “Cik Laura!” Shakira akan terkejut sedikit.

          “Ye. Cik Laura ada?” Tanya Lan lagi.

          “Ada. Dia ada kat dalam.” Jawab Shakira sambil dia memerhatikan gaya lelaki itu.

          “Hurmmm, boleh awak panggil dia?” Balas Lan seketika.

          “Ehh ehh, boleh boleh. Kejap ye. Saya pergi panggil dia.” Shakira mula tersengih seketika lalu dia segera masuk ke dalam kedai butiknya itu.

          Lan turut tersengih akan gelagat pekerja kedai itu.

          “Laura.” Shakira membulatkan matanya lalu terus memendang ke arah Laura.

          Laura mula berasa kebingungan di situ.

          “Ehh, kau ni apa hal?”

          “Laura. Aku dah jumpa jejaka idaman aku.” Shakira mula mengelamun.

          “Hmmm, ingatkan apa tadi. Elok laa dah jumpa. Customer tadi nak beli pape tak?” Tanya Laura seketika.

          “Customer tadi hensem sangat.. nak terkeluar jantung aku. Gaya dia, badannya yang tegap.. tapi, tegap sikit jelah.”

“Ehh, dia ni. Gatal benor nampak.”

          “Kau tak tengok lagi muka dia. Tergoda aku.” Sambung Shakira lagi.

          “Takde masa aku. Dah tu, dia datang sini buat apa?” Tanya Laura lagi.

          Shakira terhenti seketika dari lamunannya itu.

          Laura mengangkatkan kepalanya sedikit ke arah Shakira.

          “Ohh, hurmmmm.”

          “Apa hurmm hurmm?”

          “Customer tadi nak jumpa dengan kau.” Shakira mengangkatkan keningnya itu.

          “Nak jumpa dengan aku? Kenapa? Ada pape yang aku buat salah ke?” Laura hanya mengelip-ngelipkan kedua-dua belah matanya sahaja.

          “Mana aku tahu. Yang aku tahu dia nak jumpa dengan kau.”

          “Aku kenal dia ke?” Tanya Laura lagi.

          “Ishh, kau ni. Aku pun baru jumpa dia hari ni. Tapi, aku rasa dia kenal kau. Sebab dia nak berjumpa dengan Cik Laura. Nama kau, kan. Takkan nama aku pula.” Balas Shakira.

          Fikiran Laura mula terganggu.

          “Eeee, tak payah nak pikir-pikir sangat. Dia dah tunggu kau kat luar tu. Mana tau kau pun kenal juga. Pergi pergi pergi.” Shakira menarik tangan kanan Laura untuk menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang lelaki itu.

          “Ehh ehh ehh. Ye ye ye, aku pergilah ni.” Laura hanya menurutinya sahaja.

          Shakira hanya tersenyum sahaja.

          ‘Aduh, masalah betul laa. Satu, satu, masalah timbul. Yang ni, lelaki mana pula nak jumpa aku. Aishhh.’ Fikirannya mula menjadi kusut dan berasa sedikit geram akan dirinya sendiri.

 

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.