Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 14




          “Assalamualaikum.” Encik Hassan memberi salam setelah sampai di rumahnya lalu dia terus merebahkan dirinya di atas sofa yang berada di ruang tamu itu.

          “Waalaikumusalam. Abang! Awalnya abang balik hari ni. Kerja tak banyak ke kat office. Nah, minum dulu bang.” Soal Puan Noraini sambil membawa secawan teh panas kepada suaminya.

          “Tau tau je abang nak air.”

          “Haa bang.”

          “Ishh awak ni Aini. Kata semalam nak suruh abang rest, jangan kerja kuat-kuat. Ni abang balik awal, awak merungut pula.” Bengang Encik Hassan seketika.

          “Aini tanya je bang. Janganlah marah.”

          “Tak marah pun.”

          “Bang.” Puan Noraini memanggil suaminya lagi.

          “Hmmm.”

          “Kalau boleh Aini tahu, semenjak dua tiga menjak ni abang mimpi apa ye?”

          “Ermm errmm.” Encik Hassan tersedak seketika apabila isterinya menanyakan soalan kepadanya.

          “Tak ada apalah. Biasalah, takkan Aini tak ada mimpi.” Encik Hassan pula yang menyoalkannya.

          “Ehh, abang ni. Bukan apa, sejak kebelakangan ni abang mimpi pelik-pelik sambil terbawa-bawa keluar mimpi tu. Aini jadi takutlah, kalau apa-apa yang terjadi.” Puan Noraini berasa risau akan suaminya itu.

          “Betul Aini, abang tak ada apa-apa masalah. Biasalah, kerja kat office tu banyak, mungkin sampai terbawa-bawa ke mimpi. Tu yang abang mimpi yang bukan-bukan. Mimpi kan mainan syaitan.” Jelas Encik Hassan kepada isterinya itu.

          “Tulah, kerja tu jangan terlalu kuat. Abang dah tak kuat macam dulu dah. Abang kena rest sekarang ni.” Tegur Puan Noraini dengan nada yang lembut kepada suaminya itu.

          “Tapi, bila difikirkan balik.. kalau abang rest, siapa yang nak handle kerja kat office tu?” Soal Encik Hassan sambil merenung ke arah wajah isterinya itu.

          “Anak kita kan ada.” Jawab Puan Noraini sepantas kilat.

          “Si Fazlan tu. Dia mahu ke tidak kerja kat situ.” Keluh Encik Hassan seketika.

          “Abang bincanglah dengan dia. Mana tahu dia nak kerja dengan ayah dia.” Pujuk Puan Noraini seketika.

          “Anak awak tu lebih sukakan kerja dia sekarang. Dah berjaya buka company sendiri, macam naknya kerja dengan bapak dia ni.” Encik Hassan sedikit berang.

          “Boleh je bang. Dia kan bos, boleh je suruh budak-budak kerja dia tolong tengok-tengokkan company dia. Boleh ye bang, bincanglah dengan anak kita tu.” Pujuk Puan Noraini lagi sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya kepada suaminya itu.

          “Awak ni memandai-mandai je.”

          “Bolehlah bang.” Rayu Puan Noraini.

          “Yelah. Nanti abang cuba cakap dengan dia.”

          “Okay.”

          “Tapi, kalau dia setuju. Kalau tak, awak pujuklah anak awak tu sendiri.” Encik Hassan terus beredar dari ruang tamu setelah berbual dengan isterinya itu.

 

 

 

          ‘Kenapa fikiran aku menjadi resah? Kenapa peristiwa itu boleh muncul di dalam mimpiku?Apa semua ini? Macam mana aku nak menembus segala dosa-dosa aku ini? Aku sudah buat kesilapan besar dan sangat berdosa. Sudah 23 tahun aku merahsiakan perkara ini daripada mereka. Adakah isteri dan anak ku akan memaafkan segala perbuatanku ini? Dosa-dosa aku terlalu banyak. Ya Allah, maafkan segala perbuatanku ini Ya Allah,’ Encik Hassan hanya merintihkannya di dalam hatinya sahaja dan dia tidak tahu lagi dimana tempat untuk dia mengadu.

          “Abang. Abang okay ke tak ni?” Sapa Puan Noraini seketika.

          “Hmmm, okay je.”

          “Aini tengok abang ni resah semacam je.”

          “Aini.” Encik Hassan memanggil isterinya dengan nada suaranya yang sayu.

          “Iye abang.”

          “Andai kata abang dah tak ada..”

          “Apa abang cakap ni. Jangan cakap macam tu, takdir kita semua di tangan Tuhan bang.” Belum sempat Encik Hassan menghabiskan kata-katanya, Puan Noraini sudah mencelah.

          “Ye, abang tahu takdir kita di tangan Tuhan.”

          “Habis tu, yang abang cakap macam tu dah kenapa?” Puan Noraini sedikit marah dan kecewa apabila suaminya berkata sebegitu.

          “Sabarlah, abang nak cakap ni.”

          “Hmmm.” Puan Noraini hanya menundukkan kepalanya sahaja.

          “Andai kata abang dah tak ada nanti. Abang nak Aini jaga anak teruna kita tu dengan sebaik-baiknya. Bila dia dah kahwin nanti, Aini kena cakap dengan Fazlan yang dia kena sayang isteri dia.. cinta isteri dia.. jangan pernah abaikan tanggungjawab dia.. dan yang paling penting, dia kena sentiasa hormat mak dia sampai bila-bila.” Encik Hassan hanya memandang sahaja riak wajah isterinya yang setia untuk mendengar kata-katanya itu.

          “Boleh tak janji dengan abang, Aini.” Sambung Encik Hassan.

          “Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak pergi mana? Abang jangan cakap bukan-bukan. Berani tinggalkan Aini dengan Fazlan, Aini tak nak cakap dengan abang lagi.” Puan Noraini mula berasa sedih apabila suaminya berkata sebegitu lalu dia mula merajuk dengan suaminya itu.

          “Abang tak pergi mana-manalah. Aini boleh janji tak dengan abang?” Encik Hassan bertanyakan lagi kepada isterinya itu.

          “Boleh abang. Tapi, abang jangan cakap macam tu lagi.” Puan Noraini hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Iye. Abang cuma cakap je.”

          “Cuma cakap je pun tak boleh!”

          “Yelah yelah.”

          Encik Hassan hanya mengiyakannya sahaja dan kemudian dia terus mendiamkan dirinya lalu terus meletakkan kepalanya ke atas bantal yang empuk bagi menenangkan fikirannya itu. Dia tidak mahu isteri dan anaknya tahu peristiwa lampau yang pernah dia alami tetapi dalam pemikirannya hanya terlintas, ‘suatu hari nanti mereka akan tahu juga perkara ini. Adakah mereka akan menerima aku? Aku tidak layak menjadi suami, mahupun menjadi seorang ayah. Aku berasa kesal. Macam mana aku nak hadap semua ini,’ Encik Hassan hanya mengenangkannya sahaja dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi.

 

          “Tolong Hassan. Aku nak jumpa dengan anak aku.”

          “Kau ikut je aku!!!”

          “Mana dia, Hassan!!!”

          “Aku cakap, ikut aku!!!”

          “Kau tipu aku, kan. Sebenarnya, kau sendiri tak tahu mana anak aku, kan!!!”

          “Kau diam, boleh tak.”

          “AKU TAK PERCAYAKAN KAU!!! MANA ANAK AKU!!!  MANA KAU SEMBUNYIKAN DIA!!! CAKAP HASSAN!!!”

          “KAU DIAMMM!!!”

          “AKU TAK PEDULI!!! MANA ANAK AKU!!! KAU BUAT APA DENGAN DIA, HAA!!!”

          “ANAK KAU DAH MATI!!!”

          “HASSANNN!!!”

 

          “Arghhhh… Astaghfirullah Al-Adzim.” Encik Hassan terus beristighfar setelah terjaga dari tidurnya lalu dia hanya menoleh ke arah isterinya yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya itu.

          ‘Ya Allah, apakah maksud mimpi ini? Kenapa baru sekarang ia menghantui hidupku, Ya Allah. Apa yang perlu ku lakukan sekarang ini,’ Encik Hassan hanya berfikirkannya sahaja.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.