TIK tok, tik tok, jam di dinding sedang berdetik pada setiap saatnya. Jarum pendeknya sudah menunjukkan pada pukul 4.00 petang. Kerjanya sudah lama siap. Dia boleh sahaja pulang lebih awal. Tetapi, dia tidak mahu berbuat begitu. Walaupun, dia anak kepada Ketua Pengurus, tidak semestinya dia boleh berbuat sesuka hati di dalam syarikat itu. Suatu hari nanti, dia akan digantikan tempat dengan ayahnya itu. Kini, dia perlu mempelajari dan memiliki sesuatu yang baharu. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membimbing pekerja-pekerja yang lain.
Dia belum bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar itu. Masih memerlukan ilmu yang banyak di dada. Selok-belok syarikat perlu diketahui lebih mendalam.
‘Bosannya. Meeting pun dah habis. Nak ajak Faris, dia tak habis kerja lagi. Sam pula sibuk dengan Art dia. Haidier! Dia lagi tak boleh, kerja akaun dia tu dahlah berlambak kat office. Selalu kerja on time dia tu. Memang tak boleh ganggu laa.’ Lan hanya memikirkannya sahaja.
‘Semenjak aku dah single ni, rasa bebas pula. Tak payah nak fikirkan pasal perempuan. Selama ni, hidup aku jadi sia-sia je. Habiskan duit untuk perempuan. Cuma seorang perempuan ni je yang sanggup nak pulangkan duit aku,’ fikir Lan lagi. ‘Laura, Laura,’ Lan tersengih sahaja lalu tergelak kecil apabila terfikir akan suatu nama tersebut.
“Tuttt.. tuttt.. tuttt..”
Bunyi ketukan pintu membuatkan Lan terhenti berfikir akan suatu perkara tersebut. Lan menoleh.
“Boleh saya masuk, Boss.” Haikal hanya berdiri di sebelah pintu yang telah dibuka olehnya itu.
“Ehh, masuk masuk. Tak payah nak bos-bos sangatlah.” Sahut Lan.
Haikal menutup semula pintu bilik pejabat itu.
“Bakal.” Ringkas Haikal lalu dia menarik kerusi untuk duduk.
“Ehh, kau ni. Aku baru je sebulan kerja kat sini. Banyak lagi yang perlu aku belajar.” Segan Lan seketika.
“Kau, kalau dah tengok plan syarikat, terus dah tahu nak buat apa. Bakal pemimpin.” Ungkapan Haikal itu telah membuatkan Lan semakin bertambah segan dalam dirinya itu.
“Hishh, kau ni. Mana yang aku tahu, aku buat. Yang tak tahu tu, aku serahkan kepada kau jelah.” Lan hanya tersenyum sahaja.
“Haha. Kalau aku pun tak tahu, kita bagi kat Madam Ling.” Gelak Haikal seketika dan diikuti dengan gelak Lan.
“Amboi kau, bukan main. Kang dia kejar kau pusing satu syarikat ni. Baru kau tahu.” Lan hanya tergelak-gelak sahaja.
“Aku dah biasa dah kena kejar.” Gelak Haikal lagi.
“Kau memang.”
“Ni, proposal yang hari tu, cepat betul kau luluskan. Kalau aku, seminggu baru dapat diluluskan.” Haikal mula menukarkan topik perbincangannya dengan Lan itu.
“Seminggu. Cepat tu. Lagipun, orangnya dah ada di depan mata nak luluskan. Call je, jumpa, and kasi settle terus.” Beritahu Lan seketika.
“Kau ni baguslah. Kau kena jadi idola aku ni.”
“Ehh! Kau pun apa kurangnya. Ketua HR yang paling cekap kat company. Kalau tak ada kau, belum tentu lagi pekerja lain dapat buat.” Puji Lan kepada Haikal.
“Jangan puji sangat. Kembang telinga aku bila orang puji.” Haikal hanya tersengih sahaja.
“Haha.” Gelak Lan seketika dan diikuti dengan gelak tawa Haikal.
“Ouh ya. Ni, fail. Kang aku lupa pula.” Celah Haikal.
“Emmm.”
“Aku nak suruh kau semak dulu sebelum aku bagi kat Tuan.” Haikal menghulurkan fail itu kepada Lan.
Lan terus menyambut fail tersebut.
“Kenapa tak bagi terus je kat Tuan.” Lan hanya meneliti sahaja setiap helaian itu.
“Aku nak pandangan dari bakal Ketua dulu. Mana tahu, aku boleh tambah kat dalam tu sikit.” Jawab Haikal kepada soalan Lan itu.
“Amboi! Aku ni budak baru nak up. Nak semak proposal ni, aku bukannya reti sangat.” Balas Lan.
“Baru nak up ye. Tak apalah. Aku nak share je pendapat aku. Kau bacalah dulu. Kalau ada penambahan, aku akan tambah.” Haikal ingin memastikan proposal yang dia lakukan itu boleh menepati syarat dalam syarikat tersebut.
Lan hanya membaca dengan teliti.
“Aku rasa dah okay sangat point kau ni. Nak tambah pun, macam dah okay sangat. Dah okay dah tu.” Balas Lan setelah dia meneliti setiap halaman helaian proposal itu.
“Tak nak tambah apa-apa point?” Haikal memerhatikan proposalnya sahaja.
“Tak payahlah. Okay dah ni. Lain kali aku tambah point untuk kau.” Balas Lan lagi.
“Betul ni.”
“Yes. Dah boleh diluluskan dah.” Senyum Lan.
“Amboi, Tuan belum semak lagi ni.”
“Lepas semak, confirm dia suruh teruskan.” Lan dengan yakin akan keputusannya itu.
“Wah, confident betul.”
“Mesti kena confident. Kalau tak menjadi pun, mesti kena confident juga.” Spontan Lan seketika.
“Haha. Terbaiklah kau. Kau tak nak balik ke?” Haikal terus menukarkan topiknya lagi.
“Rasa malas.” Ringkas Lan.
“Selalunya balik awal.”
“Hari ni je, aku pergi lewat sikit.” Balas Lan.
“Kalau aku tanya sikit, boleh.”
“Encik Haikal, sejak bila minta izin ni.” Usik Lan seketika.
“Saja, haha. Aku nak tanya je, kau tak letih ke buat dua kerja. Pagi datang office, petang pula berkejar ke sana.” Tanya Haikal seketika.
“Aku dah biasa dah. Lagipun, aku boss kat company sana. Suruh PA aku tolong tengok-tengokkan. Company kecil je. Kalau yang ni, company besar memang kena awasi selalu.” Lan hanya menerangkannya sahaja kepada Haikal.
“Bagus betul kau ni. Kat sini kau buat keuntungan, kat sana kau buat amalan. Aku tabik kau, bro.” Haikal berasa kagum akan sikap dan tanggungjawab Lan itu.
“Yang untung tu, kita semua yang lakukan bersama. Yang amalan tu, kita boleh kongsi bersama.” Lan hanya mengukirkan senyumannya sahaja.
“Memang betul tu. Kalau ada free, aku ikut kau, boleh?” Tanya Haikal lagi.
“Ehh, boleh sangat. Bila kau free laa, aku sentiasa free.” Lan tersengih sahaja.
“Haha, okay okay.” Haikal tergelak sedikit.
Lan memberi semula proposal itu kepada Haikal. Haikal hanya menyambutnya sahaja.
“Hurmm, okaylah. Aku nak sambung pergi buat kerja.” Haikal hanya melihat jam di dinding lalu dia bingkas bangun dari kerusi itu.
“Rehat jelah. Dah nak balik dah ni.” Usik Lan lalu dia pula yang melihat jam dinding di sebelah kirinya itu.
“Ehh, mana boleh rehat. Baru pukul 4.30. Setiap masa kita perlu hargai.” Balas Haikal dengan spontan.
“Haha. Yelah tu.” Lan tersengih lagi.
Haikal pun turut tersengih lalu dia beredar dari bilik pejabat Lan itu.