Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 3



Di Restoran Mak Jemah…

          Sambil menunggu awek cute, Lan sempat berselfie di restoran untuk melihat wajahnya yang kacak itu. Lan memang suka berfoya-foya dengan wanita, tidak kira perempuan itu kaya atau tidak, dia tidak pedulikannya. Hidupnya kini akan lebih memuaskan apabila dia dapat mempermainkan seorang demi seorang wanita lalu ditinggalkan mereka begitu sahaja.

          Selepas 30 minit berlalu, Lan berasa bosan apabila dia menunggu seseorang yang masih belum muncul lagi di restoran tersebut. Belum sempat dia bangun, dia ditahan oleh seorang wanita yang cantik dan anggun itu. Memang tak salah lagi perempuan yang menahan dia dari bangun itu adalah teman wanitanya yang baru.

          “Sorry, you… Sorry sangat.”

          “Laura. Kenapa lambat.” Tegas Lan seketika.

          “Sorry laa. You...” Laura hanya mengungkap kata-katanya dengan lembut sekali.

          “You ni kan.” Lan hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

          “I lambat. Sesat kat luar sana.” Senyuman manis Laura telah membuatkan Lan tidak jadi untuk memarahinya.

          ‘Haishh dia ni, gedik pula aku tengok. Habis tu, memang kita berada di luar, takkan kat toilet pula,’ terdetik kata hati Lan seketika.

          “Ouh, it’s okay. Lain kali jangan lambat tau.” Lan memberi amaran dengan caranya yang lembut kepada Laura.

          “Ok you, lepas ni kita nak pergi mana you. Nak pergi tengok wayang… atau pergi shoping… atau kedua-duanya sekali, nak tak you.” Laura tersenyum lalu terus memandang ke arah Lan.

          “Kejap!!! Kita kan baru je kenal.” Sahut Lan.

          “Yelah, I nak kenal dengan you lebih rapat lagi.”

          “Cara lain takde.”

          “Alaa, you ni.” Laura hanya memuncungkan sahaja mulutnya itu.

          “Laura…” Pujuk Lan seketika.

          “Don’t touch me.” Laura menepis tangan kanan Lan yang hendak menyentuh tangan kirinya itu.

          ‘Hey, perempuan ni macam enjin motor pula aku tengok. Memang perangai dia macam ni ke, tak boleh berhenti bercakap langsung. Menyesal aku dapat awek macam ni. Baru je kenal, dah nak tu lah, nak ni lah… pergggghhhh… pokai aku,’ Lan hanya bermonolog lalu dia menggarukan sahaja kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Laura, jangan macam ni.” Pujuk Lan lagi.

          “Nak lebih erat, kita kena pergi shopping dulu… wayang dulu… bla… bla… bla…” Sambung Laura yang tidak berhenti untuk bercakap.

          “Cop… cop… cop…” Laura terhenti berkata-kata dan sedikit terkejut apabila Lan mencelah seketika.

          “Okay, Laura ku sayang, intan payung ku.. Boleh tak you berhenti bercakap sekejap.” Lan menyahut dengan nada suaranya yang lembut.

          “Hmmm, okay.” Laura hanya terdiam seketika.

          “Okay, listen Laura. Kita baru je kenal. So, kita slow-slow dulu, boleh.” Lan berkata dengan lemah lembutnya dan mengukirkan senyuman manis kepada Laura.

         “Okay you. Actually, I tak kesah pun.” Laura hanya membalas senyuman Lan.

          Senyuman Laura telah membuatkan hati Lan berasa tenang, apatah lagi kalau lelaki-lelaki yang lain, mungkin sudah lama terjatuh hati kepada Laura. Tapi bukan di hati Lan, dia hanya mahu melihat sejauh mana kesetiaan Laura kepadanya. Sebelum ini, ramai wanita hanya terpikat akan duitnya sahaja berbanding dengan dirinya.

          ‘Untung aku dapat dia dulu, tapi perempuan ni betul-betul mata duitan. Tak ramai perempuan yang setia, tahu nak lukakan hati lelaki je,’ fikir Lan sambil melihat Laura yang comel itu yang berada di hadapan matanya.

          “You.”

          “Hmmm.”

          “Jom, pergi sana.”

          “Okay.”

          ‘Baik juga lelaki ni, lebih mudah untuk aku perdayakannya. Aku akan pastikan hidup kau tak senang. Lelaki macam kau ni, patut ditinggalkan,’ Laura bermonolog.

          “You ada cakap apa-apa ke tadi?” Soal Lan seketika.

          “Ehh, takde pun.” Jawab Laura.

          “Ohh, ye ke. Why I feel like you say something?” Lan berasa pelik seketika.

          “Nothing laa. You salah dengar kot. I tak cakap apa-apa pun.” Laura hanya tersenyum seketika.

          “Ohh, okay.”

          ‘Seriously, dia boleh dengar ke kata hati aku ni. Padahal, sunyi je kat kawasan ni. Adapun, kereta dengan motor jelah bunyinya. Bahaya betullah mamat ni,’ Laura hanya bermonolog sahaja.

 

Dua jam kemudian…

          “You.” Panggil Lan seketika.

          “Ye sayang.”

          “Perut I dah lapar ni, lama lagi ke?”

          “A few minute.” Jawab Laura.

          “Okay.”

          ‘Aduh, perempuan ni. Betul cakap Sam, sepatutnya aku kena bersara daripada buat masalah dengan perempuan,’ fikir Lan seketika. ‘Aku rasa, yang ni yang last kot,’ fikir Lan lagi.

          “Ehh..” Lan tersentak seketika.

          ‘Aku rasa macam pernah kenal je perempuan tu,’ Lan terfikir akan sesuatu perkara lalu dia mula mengingati wajah seseorang yang bermain di fikirannya. Dia sangat yakin bahawa susuk tubuh wanita itu pernah dia kenali sebelum ini.

          “Kat mana aku pernah jumpa pompan ni ye?” Fikir Lan lagi.

          “Tak mungkin!!!” Nada suara Lan menjadi perlahan dan tersentak seketika.

          “ALICIA!!!” Lan terus menyebut nama tersebut.

          “Who’s Alicia?” Soal Laura secara tiba-tiba disebelah Lan apabila dia terdengar Lan menyebut nama perempuan lain.

          “Haa.. aa.. a..” Lan hanya terpinga-pinga sahaja.

          “Who’s Alicia!!!” Soal Laura lagi dengan nadanya yang tinggi.

          “Kenapa dengan you ni.” Lan tiba-tiba menyerdih.

          “I tanya, siapa Alicia..!!!”

          “You salah dengar, okay.”

          “No!!! I hear you say that!!!” Laura meninggikan suaranya lagi.

          “Enough, Laura. Enough!!!” Lan mula berasa rimas dengan keadaannya sekarang.

          “Habis tu, you cakap apa tadi.”

          “I cakap.. yang tu.. nama dia Ali. Tengok, kesian betul dia.” Bohong Lan seketika.

          “Haa.. What!!!”

          “Iye.. tengok sana.”

          ‘Aduh, perempuan ni. Nasib baik ada nama Ali kat situ, kalau tak.. memang aku tak boleh nak cover dah ni,’ Lan bermonolog.

          “Are you sure?” Renung Laura dengan pandangan matanya yang tajam ke arah Lan.

          “Yes!!! Really sure.” Jelas Lan.

          “Okay, let’s go.”

          “Okay.”

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.